Showing posts with label kesihatan Anak. Show all posts
Showing posts with label kesihatan Anak. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Tips Bawa Anak Berjumpa Doktor Gigi dan Penjagaan Kesihatan Gigi

Awal minggu ni Ummi terpaksa ke klinik pergigian untuk mencabut gigi kak long. Wahh, dah besar dah anak Ummi, dah tumbuh gigi kekal! Tapi yang peliknya gigi susunya tak goyang langsung walhal gigi kekal dah tumbuh separuh.

Alhamdulillah gigi kak long cantik dan bersih. Mana tak nya, Umminya control tak bagi makan pelik-pelik, kemudian kena gosok gigi. Bila gigi kekal dah tumbuh tetapi gigi susu masih kukuh di tempatnya, mama Ummi komen “gigi kuat sangat kot sebab banyak ambil kalsium”. Haha, adakah penangan MealShakes? Ohh tidaakkk!!

Masa jumpa doktor gigi, katanya gigi yang keluar tu tidak tumbuh betul-betul bawah gigi susu, tu yang tak goyang. Adoila, tak terfikir pula begitu sebabnya. Hihi. So, terpaksalah cabut, dan terpaksalah inject bius dan kena cabut dua batang gigi terus.



Alhamdulillah kak long tak menangis langsung, malah tak melawan langsung masa kena bius tu. Sebenarnya Ummi pernah kena bius pada gusi juga, jadi tau memang sakit masa kena inject tu. Tetapi Alhamdulillah kaki tangan dia pun takde nak tolak-tolak ke apa. Malah kak long tak keluar suara pun masa inject tu, senyap je dia tahan. Ada juga lah rasa dia crampkan tangan dan kaki, tu je!

Ini nasihat dentist.

"Mengikut pengalamannya selama menjadi seorang doktor gigi, seorang kanak-kanak yang bila di rumah dia sering dimarah, dicubit, dipukul bagai.. apabila di klinik gigi mesti buat hal, tantrum, dan susah nak dikawal. Sebaliknya, seorang kanak-kanak yang sentiasa dilimpahi kasih sayang akan tenang jiwanya walaupun dia sakit kena bius!"

Sebagai ibu bapa, pernah tak terdetik, aihh risaunya nak bawa anak jumpa doktor gigi, mesti diorang takut, tantrum, tak nak dok diam. Haaa, cuba amalkan nasihat doktor gigi Ummi ni, insyaAllah anak-anak ok je ke klinik gigi.

Ok, kesihatan gigi dan gusi pun kita kena jaga. Setiap enam bulan kita harus berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, suplemen penting diambil untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi ada pada tahap yang optimum semestinya…

Ostematrix Shaklee
Kalsium yang tiada lemak kolestrol, dilengkapi dengan Vitamin D dan magnesium untuk menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam gigi dan menghindari endapan kristal kalsium dalam darah.

Vita-C Plus
Bersifat sustained release yang mengekalkan vitamin C optimum dalam darah dalam jangka masa yang lebih panjang. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan penyakit skurvi, dan gusi berdarah, luka pada gusi lambat baik dan lain-lain.

Chews Vita-C
Untuk kanak-kanak dan mereka yang susah nak telan Vita-C tu, digalakkan kemam Chews Vita-C Shaklee, memang superb!

Tips Penjagaan Kesihatan Mulut

Bengkak Gusi; setelah kita berkumur-kumur dengan air garam, elok juga kita telan Vita-E Complex, Ostematrix dan B-Complex. Cepat je reda bengkak tu insyaAllah!

Gigi berlubang; tak sempat jumpa doktor gigi lagi? Ambil sebiji Zinc Complex, tumbuk hingga lumat dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian tampalkan pada kawasan berlubang itu.

Ulcer, bibir pecah; amalkan Vita-C Plus higher dose (kalau biasa ambil sebiji sehari, bila naik ulcer boleh ambil 2 biji sehari). Dan bagus juga amalkan Omega Guard untuk mengurangkan bengkak pada bibir.

Minum air masak yang mencukupi, antara 2 hingga 3 liter sehari!

Banyaknyaa nak kena makan, untuk mulut je kott! Sebenarnya kalau anda memang mengamalkan kesihatan bersama Shaklee, “B-Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard” dah memang vitamin asas. Cuma apabila terjadi kesakitan pada mulut seperti yang diterangkan di atas, bolehlah ambil dos lebih sikit dan pada masa yang sesuai!

Apa-apa pun, gosok gigi jangan miss, kurangkan makan yang manis-manis, kalsium jangan abaikan. Dan berjumpa lah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap enam bulan. InsyaAllah kita nak pakai gigi ni lama!

Kalau nak konsultasi, atau sebarang pertanyaan terutama produk Shaklee, boleh hubungi Ummi
Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Wednesday, December 3, 2014

Kes Pengasuh Dera Sebab Anak Susah Makan

Assalamualaikum mommies yang penyayang.

Apabila anak kurang selera makan, cerewet makan, tidak berselera nak makan, bukan takat kita risau bila dia kat rumah saja. Kita kena fikirkan keadaan mereka di rumah pengasuh juga.

Bayangkan pengasuh ada lima enam anak asuhan (tu baru lima-enam orang, ntah ntah sampai 10 orang anak dia kena jaga), macam-macam kerja nak buat. Anak kita pula susah makan, tak ada selera makan, mau mengamuk pengasuh dibuatnya, kan? Anak kita lambat makan, tetapi asyik menangis dan meragam sebab lapar. Agak-agak berapa lama pengasuh boleh bersabar?




Dah beberapa kes dah Ummi baca, pengasuh dera sebab masalah anak susah makan. Dan Ummi dah tengok video-video anak kena dera sebab masalah ini. Seriauuu kan???

Cer tengok Video ini




Sampai hati tak, kalau anak yang kena dera tu anak kita? Huhuhu. Mau menangis kita kan?
Jadi, apakah cara nak tambah selera makan anak-anak? Cara tingkatkan nafsu makan mereka?

Ummi pernah kongsikan cara Ummi tambah selera makan anak Ummi yang pertama; kak long, boleh BACA DI SINI

Menurut Kelly Dorfman (seorang pakar nutritionist) dalam bukunya “What’s Eating Your Child” kekurangan nutrisi-nutrisi penting dalam pemakanan harian menyebabkan selera makan anak mungkin akan terganggu, antaranya

  • Zink
  • B-Complex
  • Fosforus
  • Iron (Zat Besi)

Di sinilah Meal Shakes membantu tambah selera makan anak (boleh juga untuk orang dewasa). Apabila tubuh seseorang cukup nutrisi (bukan kalori), nafsu makan dia akan sesuai dengan keperluan makanan hariannya.

Banyak lagi kebaikan Meal Shakes Shaklee, boleh USHA DI SINI!!


Ibu mana yang tidak mahu berikan yang terbaik untuk anaknya kan? Jom dapatkan MealShakes Shaklee untuk penjagaan kesihatan pengarang jantung anda sekarang!

Boleh ORDER SENDIRI >>KLIK DI SINI<<

Kemudian Hubungi Ummi untuk konsultasi cara pengambilan Meal Shakes ya!

UmmiAbida@IffahAzhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Monday, December 1, 2014

Pengalaman Tambah Selera Makan Anak; Dulu Memang Perang Suruh Makan, Sekarang??


Assalamualaikum mommies hebat,

Satu lagi masalah perihal anak-anak yang sering berlegar di fikiran mommies ialah mereka susah makan, kurang selera makan, cerewet makan, picky eater. Huh! Dan macam-macamlah cara mommies cuba, tips mommies korek untuk tambah selera makan anak ni.

Bukannya apa, bila anak tak berselera makan, susah kita dibuatnya. Bukan setakat kita dok fikir nak masak apa, kena masak dua tiga kali, dua tiga jenis.. tapi masalah yang lebih serius apabila anak kurus sangat, lembik, asyik mengamuk, selalu demam, haa apa lagi?

Masalah ini timbul pada Ummi juga tau! Kak long waktu umur antara 4 tahun, dia tak nak makan, kalau makan pun tak selera. Nak ikan je, tak nak ayam ke daging ke. Susah kan macam tu? Lagi dramatic, setiap kali nak suap dia makan, kena perang dengan dia. PENAT, STRESS!! Kemudian dia senang sakit. Ada je nak muntah-muntah, pastu demam, suhu badan naik tinggi, bawa pergi klinik, ponteng sekolah…

Lama-lama, Ummi tekad bagi dia suplemen. Suplemen terbaik lah, MealShakes! Masa tu ada promo buy 6 free 1. Ummi fikir, inilah masa terbaik nak cuba Meal Shakes. Tengok-tengok, terus jatuh cinta!! Kak long memang kurus keding. Hahaha. Sekarang??


mealshakes tambah selera makan anak


Sekarang waktu makan kami lebih ceria, tak tegang, tak stress, dan paling best… kak long minta tambah! “Kita (kak long) nak tambah tiga kali, kita belum kenyang lagi”, ataupun “Ummi, kita nak tambah empat kali! Ummi masak sedap sangat hari ini”. Bertambah-tambah selera makan kak long, sama naik dengan selera adiknya Asma’.

Ibu mana tak berbunga-bunga?? Berbunga-bunga macam ibu dalam video ni laa tengok anak dia makan.


Disebabkan itu juga Ummi dah perlu tambahkan jumlah nasi yang dimasak, dari 3 cawan sehari ke 3.5 cawan sehari. Kadang-kadang tengok, dia makan lagi banyak dari Ummi!!

Oklah, sebenarnya memang perlu kita pantau pemakanan anak-anak ni. Makan banyak sangat pun tak elok. Pastikan makanan yang dia ambil seimbang setiap hari. Ada carbo, protein, bijirin, vitamin dan mineral lainnya.

Dalam MealShake Shaklee terkandung keperluan nutrisi penting anak-anak seperti protein, kalsium, vitamin dan mineral. Tetapi tidak bermakna bagi anak minum MealShakes dah tak perlu bagi anak makan pula! MealShakes membantu menampung lopong-lopong kekurangan nutrisi dari pemakanan hariannya.

Bagi Ummi, tak rugi bagi anak MealShakes ni. Ia tahan 3 bulan untuk anak. Katakan harganya RM113.75, kita bahagi 3.. jadinya tak sampai RM40 pun kita laburkan sebulan untuk kesihatan anak kita.

Anak makin sihat, makin tambah selera makan, makin ceria, makin cergas, makin cerdas, ibu mana tak gembira kan? Mulakan hari ini! Dapatkan MealShakes untuk menambah selera anak-anak dan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Nota kaki #1:
Setiap pembelian MealShakes Shaklee, 10% daripada keuntungan akan disalurkan kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan (program kolaborasi dengan MyKasih Foundation). Melabur untuk kesihatan anak, sambil menderma untuk anak orang lain. Dah double pahala dah tuu...

Nota kaki #2
Ada dua cara untuk mendapatkan Meal Shakes Shaklee (untuk tambah selera makan anak). Pertama KLIK GAMBAR DI BAWAH dan pilih “Meal Shakes”



Kedua; hubungi Ummi sekarang melalui WhatsApp atau SMS atau email, COD area Gombak, Taman Melati, Batu Caves!!

Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Tuesday, November 4, 2014

7 Aktiviti Merangsang Otak Bayi Semasa Menyusu

Assalamualaikum mommies yang hebat.

Sejak kebelakangan ini, permintaan untuk set menyusu memang antara set terlaris di Malaysia. MILK BOOSTER; tidak kiralah milk booster dari produk mana sekalipun, mommies-mommies ak­an berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan penyusuan sehingga dua tahun. Syabas Ummi ucapkan! Semoga usaha kalian dirahmati dan diberkati Allah, amin!

Antara kebaikan (yang sangat banyak kebaikan menyusukan anak berbanding memberikan susu formula) menyusukan anak ialah “bonding” antara ibu dan si bayi. Selain dari itu, banyak aktiviti-aktiviti menarik dan mudah dapat dilakukan semasa menyusukan anak dan di samping itu dapat merangsang otak bayi.

Otak bayi berkembang pesat bermula dari dalam Rahim ibunya lagi. Otak bayi berkembang sesuai dengan persekitaran dan pengalaman yang dia hadapi. Kegembiraan, ketawa, melihat pada objek berwarna terang semua dapat merangsang minda bayi seawal dari lahir. Otak bayi terdiri daripada sel-sel otak yang harus di sambung antara satu sama lain (synapse). Makin banyak pengalaman bayi seperti di bawah, makin banyak jaringan sel-sel otak yang bersambung. Makin banyak jaringan, makin bijak seorang bayi itu insyaAllah. Oleh itu, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang otak bayi yang dapat dilakukan semasa mommies menyusukannya?




Menyentuh telapak tangan bayi

Pernah terbaca, apabila mommies menyentuh, membelai perlahan telapak tangan bayi, ia akan merangsang otak bayi. Pegang tangannya, usap telapak tangannya, belai jari-jemarinya satu persatu. Lakukan untuk sebelah tangan setiap kali menyusu. Tambahan jika mahu, sambil membelai sambil berdoa moga-moga tangan kecil ini membesar dan bermanfaat untuk masyarakat dan agama ketika bayi mommies menginjak usia dewasa.


Memperlihatkan objek berwarna terang.

Warna yang terang dapat merangsang otak bayi apabila dia melihatnya. Semasa menyusu, mommies boleh perlihatkan objek yang terang warnanya pada bayi. Boleh nyatakan padanya, “ini warna merah sayang”, contohnya. Lakukan untuk beberapa warna lain untuk satu sesi menyusu. Jika mahu menggunakan flash card berwarna-warni juga boleh!




Perlihatkan flash card (kad imbas)

Untuk bayi yang sudah pandai memberi respon, mommies boleh gunakan flash card untuk meransang mindanya. Samada flash card itu bergambar, atau ingin memperkenalkan padanya huruf-huruf, ataupun perkataan-perkataan. Jangan terkejut, seawal usia setahun lebih, bayi sudah pandai membaca!!


Nyayian atau alunan.

Alunan suara yang merdu juga dapat merangsang minda bayi. Nyanyilah lagu yang sama untuk beberapa ketika dan tukar kepada lagu yang lain (untuk beberapa ketika), dan ulang lagu yang pertama (untuk beberapa ketika) dan seterusnya. Aktiviti ini dapat membantu bayi mengingati intonasi dan tatabahasa yang sama yang terdapat dalam lagu tersebut. Pilihlah lagu yang sesuai untuknya seperti “kasih ibu”, “ibu, kaulah ratu hatiku”, “Alif Ba Ta”. Jangan pula nyanyi lagu cinta ke, rock ke.. tak sesuaiii gitew!



Biasakan dengan alunan al-Qur’an.

Menjadi kebiasaan mommies memasang alunan al-Qur’an di laptop, TV atau smartphone. Ketika menyusu, apabila mommies sendiri membacakan ayat suci al-Qur’an kepada bayi, dia akan memandang tepat pada kita kan? Dia sedang menikmati bait-bait kata-kata Sang Rabb nya yang dialunkan oleh ibunya sendiri! Berbanggalah.




Kenalkan anggota badan

Skil bahasa bayi berkembang pesat dari 0 hingga 3 tahun. Oleh itu, gunakan waktu menyusu untuk mengajar bayi benda yang dekat dengannya iaitu anggota badan. Pegang tangannya sambil berkata “ini tangan baby, tangan baby comel, halusnya tangan baby ni”, usap-usap lah sikit kan? Boleh juga tambah ayat bertanya, “mana tangan baby? Ini tangan baby!” Kemudian pegang kaki pula dan anggota lain. Ulang banyak kali. Umur belum sampai setahun pun dia dah boleh bezakan mana rambut, mana tangan, kaki, perut dan lain-lain.



Bermain geletek-geletek.

Prinsip Ummi, bayi yang sentiasa gembira, otaknya berkembang lebih pesat berbanding bayi yang ditinggalkan bermain sendirian, sering menangis dan jarang ketawa. Sewaktu menyusu, Ummi suka bermain “round round garden”. Ambil telapak tangannya, nyanyi bait-bait di bawah ini sambil jari kita pusing-pusing pada telapaknya..
“Round a round a garden
Like a teddy bear..”

Kemudian, sambil berkata “one step, two step..” sambil dua jari kita bergerak ke lengannya (seolah-olah jari itu adalah kaki yang sedang berjalan), dann… “tickle you under there” dan geleteklah bahagian yang dia geli. Ada masa, geletek kakinya, ada masa geletek ketiaknya. Dia akan ketawa berdekeh-dekeh dan dia pasti akan minta lagi!



Bayi yang melalui pelbagai jenis pengalaman akan lebih teransang mindanya berbanding bayi yang ditinggalkan bermain sendirian. Mommies haruslah membantu bayi mommies untuk melalui pengalaman-pengalaman ini dengan penuh emosi gembira dan tenang.

Merangsang otak bayi haruslah melalui semua jenis deria iaitu deria penglihatan, pendengaran, percakapan, rasa dan sentuh. Dan aktiviti-aktiviti di atas sangat mudah dilakukan, tidak memerlukan tenaga yang banyak, dan menggembirakan.

Kebanyakan mommies keluar bekerja dari pagi sampai petang, ada juga yang malam baru balik. Ambillah peluang bermain sambil bonding sambil meransang otak insan yang insyaAllah menjadi kebanggaan mommies bila dia besar kelak.

Hurmm, lepas ini berkuranglah mommies yang main candy crush kan kan kan? Tak mengapa, korbankan candy crush untuk dapatkan anak pintar, mulakanlah hari ini!
Sebelum mengakhiri artikel tak seberapa ini, tahukah mommies omega-3 terbukti membantu menyambung jaringan synapse di dalam otak dan memeliharanya agar synapse ini tidak mudah reput? Ini bermakna omega-3 membantu meransang otak bayi mommies! Salurkan omega-3 tulen semulajadi Omega Guard melalui susu mommies agar mommies dapat meransang otak si kecil mommies semaksimum mungkin. Nak tahu lebih tentang Omega Guard, boleh baca di sini!

Untuk order Omega Guard pula, mommies boleh melakukan pembelian online sekarang jika mommies memegang kad kredit mahupun kad kredit. Sila klik gambar di bawah.



ATAU!! INGIN PENJIMATAN SEHINGGA 20% UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE? BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI SEKARANG. HUBUNGI UMMI SEPERTI DI BAWAH YA!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Cerita anak, athma dan nebulizer. Tiada penawarkah?

Assalamualaikum semua,

Anak-anak adalah ujian dari Allah. Antara ujian yang Allah beri pada kita melalui anak-anak ialah kesihatan mereka. Ada anak-anak yang diuji dengan mengidap athma. Ada yang athma nya moderate, ada yang kronik athma nya.

Masa Ummi bersalin si kenit bijak Asma’ dulu, Ummi ditempatkan di bilik bersama seorang kanak-kanak yang ada masalah athma. Tiba saja masa rawatan, anak itu akan diberi nebulizer. Menjerit dan meronta-ronta dia, terpaksa ibunya memegang anak itu dengan kemas dan nurse akan memegang nebulizer. .




Kasihan!! Kasihan sungguh melihat anak itu. Bagai didera. Walaupun sesi nebulizer tu hanya beberapa minit saja. Sayu melihat anak berusia tiga tahun itu cuba melepaskan diri untuk tidak menerima rawatan nebulizer tersebut. Kasihan juga pada ibunya yang terpaksa ambil cuti kerja untuk menjaga anaknya yang dirawat di hospital.

Punca Athma 

Athma berlaku apabila saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan pesakit tidak dapat bernafas dengan baik. Adakalanya pesakit berasa sesak nafas dan termengah-mengah.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan symptom ini berlaku, antaranya alergi terhadap debu (hama), bulu hucing, habuk, kulat dan sebagainya. Cuaca juga boleh trigger athma, cuaca yang terlalu sejuk juga tidak boleh, cuaca yang terlalu panas pun tidak boleh.

Allergen ini menyebabkan berlaku pembengkakkan pada saluran pernafasan. Apabila berlaku keradangan, saluran pernafasan menjadi sempit dan juga mucus terhasil. Ini menyebabkan udara sangat sukar untuk keluar masuk. Athma pada kanak-kanak biasanya kerana imuniti tubuh si kecil masih tidak kuat dan tidak mampu untuk defend badan sendiri.



Anak-anak yang mengidap athma biasanya dibekalkan inhaler atau akan mendapat rawatan nebulizer untuk meredakan symptom athma dengan cara mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan semasa ia menyerang. Namun, nebulizer dan inhaler bukanlah merawat masalah athma, tetapi hanya mengurangkan symptom pada waktu itu sahaja.

Bagaimana cara untuk mengelak dari athma menyerang? Bagaimana cara untuk mengurangkan symptom athma tanpa menggunakan nebulizer. Jom tengok testimoni di bawah:-





Subhanallah!! Omega Guard ini insyaAllah biiznillah membantu mengelakkan anak terkena athma, sekali gus menghindari anak-anak dari menggunakan nebulizer.

Omega Guard ini terbukti selamat digunakan (bermula usia setahun dan ke atas), halal dan berkesan. Omega Guard ialah minyak ikan semulajadi terbaik di pasaran. Tak percaya? Bacalah testimoni-testimoni di bawah lagi:-




Psstt psstt… di samping Omega Guard Shaklee, Meal Shakes Shaklee sangat bagus diberikan kepada kanak-kanak terutama yang menghidap athma.

Kesan Sampingan Omega Guard kepada kanak-kanak


Antara kesan sampingan Omega Guard Shaklee kepada kanak-kanak ialah:-
  • Menjadikan kanak-kanak mampu memberi tumpuan kepada pelajaran dengan lebih baik.
  • Membantu menguatkan memori kanak-kanak.
  • Membantu perkembangan otak kanak-kanak, menyambungkan sel-sel otak dan merangsangnya.
  • Menguatkan imunisasi tubuh kanak-kanak.
  • Membantu melawan virus demam, batuk, selsema di kalangan kanak-kanak.


Teruja nak cuba Omega Guard Shaklee untuk anak anda? Klik klik saja gambar di bawah sekarang!!!


ATAU ingin dapatkan harga PROMOSI sementara waktu masih berlaku? Klik gambar di bawah!!



ATAU ingin MENJADI AHLI SHAKLEE DAN MEMBELI OMEGA GUARD DENGAN HARGA AHLI? Anda akan jimat sehinnga 20%!!! Sila hubungi Ummi sekarang:-

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Wednesday, October 29, 2014

Dialogic Reading; satu langkah ke hadapan untuk membentuk anak genius

Assalamualaikum semua,

Anak genius, itulah harapan kita sebagai ibu bapa. Siapa yang tidak mahukan anak yang genius! Lahir sebagai genius? Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa genius akan melahirkan anak yang genius. Akan tetapi, tidak mustahil kita membentuk anak genius walaupun dia berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Yang penting? Usaha ibu bapa itu harus LUAR BIASA!
Sejak dua menjak ini, Ummi sering membaca tentang bagaimana cara untuk mengajar anak membaca dengan berpandukan gambar. Membaca kepada anak-anak sudah dibuktikan banyak kebaikan terutama dalam membantu perkembangan optimum otak anak kita. Namun, membaca berpandukan gambar disertai interaksi adalah satu langkah ke depan untuk membentuk anak genius.

Itulah yang dinamakan DIALOGIC READING


Apakah itu Dialogic Reading?

Dialogic Reading ialah satu teknik membaca bersama anak-anak yang kaya dengan interaksi di antara ibu/bapa (pembaca) dengan anak-anak (pelajar). Pertanyaan dan jawapan berdasarkan cerita semasa membaca buku dapat mengembangkan bahasa anak-anak di samping melatih anak-anak berfikiran luas, kreatif  dan menjadikan sesi membaca lebih menarik dan hidup (life).

Bagaimana Dialogic Reading dapat membentuk anak genius?

Dengan kaedah Dialogic Reading, anak-anak mendapat pengalaman baru ketika membaca. Anak-anak didedahkan dengan kemahiran berfikir, meneliti, mengembangkan imaginasi, mengembangkan idea, kreativiti dan memperkaya tatabahasa.

Kemahiran-kemahiran ini dapat membantu anak-anak mengatasi masalah atau “problem solving” dengan cara berfikir secara kritikal “critical thinking”, mencambah imaginasi, berani mencuba pengalaman baru dan tidak statik pada kemahiran yang lama.

Teknik Dialogic Reading

Apa yang anda perlu?
  • Buku bergambar
  • Anda
  • Anak anda


Cara-caranya

Bacalah buku bergambar dengan anak anda semasa moodnya sedang tenang dan dalam keadaan positif.

Langkah Dialogic Reading dirumus dengan perkataan singkat PEER, dan setiap satu huruf mengandungi cara tertentu.

Langkah
Cara Melakukannya?
Bagaimana ia membantu?
P = Prompt
e.g.
Anda: Apa itu?
Anak: Kucing
Tanya anak anda soalan, atau ajaknya bercerita tentang apa yang dia nampak pada mukasurat yang sedang dibaca.

  • Membantunya memberi sepenuh perhatian
  • Membantunya memahami cerita
  • Menambahkan tatabahasa

E = Evaluate, apa yang disebut anak tadi
Adakah jawapan anak tadi betul? Apa lagi info yang anda boleh tambah?


E = Expand, kembangkan idea

e.g.
Anda: ye, ini kucing. Bulunya berwarna oren. Boleh kamu sebut sekali lagi?

Penambahan beberapa perkataan atau idea.

Jika jawapan awal tadi salah, betulkan secara lembut.
  • Menggalakkan anak mencari idea baru dan menambah perkataan baru.


Membina tatabahasa.
R = Repeat

e.g.
Anak: kucing itu bulunya berwarna oren
Ajarkan anak mengembangkan response kepada soalan pada langkah pertama tadi

  • Menggalakkan anak menggunakan bahasa yang lebih advance


Tidaklah begitu susah untuk menggunakan kaedah Dialogic Reading ini kan? Ia akan memberi pengalaman dan pengembaraan dalam pembacaan. Anak-anak pun akan lebih gembira dan semangat untuk membaca bersama-sama.

Jenis-jenis pertanyaan untuk Dialogic Reading 

Bagaimana kita ingin bertanya dengan cara yang betul semasa kita membaca dengan anak kita? Soalan yang diutarakan kepada anak berusia 2-3 tahun pastilah tidak sama dengan anak yang berusia 4-6 tahun. Secara asas, ada lima cara untuk bertanya atau “prompt” tadi, juga diringkaskan dengan perkataan CROWD.

Jenis pertanyaan
Cara Melakukannya
C = Completion,

e.g. “mari kita habiskan mukasurat ini bersama-sama..
Tiba-tiba hujan turun, kucing oren itu pun ____”

Ajak anak anda menghabiskan ayat atau cerita (terpulanglah berdasarkan teks cerita mahupun ideanya sendiri)
R = Recall

e.g. “ingat tak, apa jadi pada kucing oren semasa dia berlari untuk mengelak hujan sebelum ini (pada mukasurat sebelumnya)?”

Tanya anak anda apa terjadi dalam cerita tersebut.

Tanya dia apa yang watak dalam buku itu sedang lakukan.
O = Open-ended

e.g. “agak-agak apa kucing itu akan lakukan?”

Mengajak anak berfikir untuk mengembangkan ceritanya sendiri
W = Pertanyaan Wh
(what, where, why, who, how)
Tunjukkan pada gambar dan tanya apakah objek itu atau apa ia sedang lakukan dan sebagainya

D = Distancing

e.g. “ingat tak semalam kita ke sekolah, kita nampak kucing. Tetapi warna bulunya putih kelabu, bukannya oren”

Mengkaitkan cerita di dalam buku dengan kehidupan harian anak anda

Dialogic Reading merupakan satu teknik atau kaedah membaca yang sangat menarik. Ia akan ada interaksi membina antara ibu/bapa dan anak-anak. Bila kita baca teori Dialogic Reading, nampak seperti susah ingin praktikkan. Namun, cubalah! Ia akan menjadi pengalaman indah membaca bersama anak-anak.

Percaya atau tidak, dari “bunga itu warna merah” (seperti yang terdapat dalam gambar pada buku) boleh dikembangkan ceritanya kepada “madu yang kak long makan dengan Omega Guard tu”. Biarkan anak-anak yang mengembangkan cerita, kita bantu-bantu sahaja.

Yeay!! Jumpa dah satu aktiviti untuk cuti sekolah yang bakal datang nanti, aktiviti untuk mengembangkan minda kedua-dua puteriku insyaAllah. Misi mencari dan mengumpulkan buku bergambar akan bermula tidak lama lagi!!

Selamat membaca buku bersama anak-anak, dan selamat melahirkan anak yang genius :)

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...