Wednesday, October 29, 2014

Dialogic Reading; satu langkah ke hadapan untuk membentuk anak genius

Assalamualaikum semua,

Anak genius, itulah harapan kita sebagai ibu bapa. Siapa yang tidak mahukan anak yang genius! Lahir sebagai genius? Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa genius akan melahirkan anak yang genius. Akan tetapi, tidak mustahil kita membentuk anak genius walaupun dia berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Yang penting? Usaha ibu bapa itu harus LUAR BIASA!
Sejak dua menjak ini, Ummi sering membaca tentang bagaimana cara untuk mengajar anak membaca dengan berpandukan gambar. Membaca kepada anak-anak sudah dibuktikan banyak kebaikan terutama dalam membantu perkembangan optimum otak anak kita. Namun, membaca berpandukan gambar disertai interaksi adalah satu langkah ke depan untuk membentuk anak genius.

Itulah yang dinamakan DIALOGIC READING


Apakah itu Dialogic Reading?

Dialogic Reading ialah satu teknik membaca bersama anak-anak yang kaya dengan interaksi di antara ibu/bapa (pembaca) dengan anak-anak (pelajar). Pertanyaan dan jawapan berdasarkan cerita semasa membaca buku dapat mengembangkan bahasa anak-anak di samping melatih anak-anak berfikiran luas, kreatif  dan menjadikan sesi membaca lebih menarik dan hidup (life).

Bagaimana Dialogic Reading dapat membentuk anak genius?

Dengan kaedah Dialogic Reading, anak-anak mendapat pengalaman baru ketika membaca. Anak-anak didedahkan dengan kemahiran berfikir, meneliti, mengembangkan imaginasi, mengembangkan idea, kreativiti dan memperkaya tatabahasa.

Kemahiran-kemahiran ini dapat membantu anak-anak mengatasi masalah atau “problem solving” dengan cara berfikir secara kritikal “critical thinking”, mencambah imaginasi, berani mencuba pengalaman baru dan tidak statik pada kemahiran yang lama.

Teknik Dialogic Reading

Apa yang anda perlu?
  • Buku bergambar
  • Anda
  • Anak anda


Cara-caranya

Bacalah buku bergambar dengan anak anda semasa moodnya sedang tenang dan dalam keadaan positif.

Langkah Dialogic Reading dirumus dengan perkataan singkat PEER, dan setiap satu huruf mengandungi cara tertentu.

Langkah
Cara Melakukannya?
Bagaimana ia membantu?
P = Prompt
e.g.
Anda: Apa itu?
Anak: Kucing
Tanya anak anda soalan, atau ajaknya bercerita tentang apa yang dia nampak pada mukasurat yang sedang dibaca.

  • Membantunya memberi sepenuh perhatian
  • Membantunya memahami cerita
  • Menambahkan tatabahasa

E = Evaluate, apa yang disebut anak tadi
Adakah jawapan anak tadi betul? Apa lagi info yang anda boleh tambah?


E = Expand, kembangkan idea

e.g.
Anda: ye, ini kucing. Bulunya berwarna oren. Boleh kamu sebut sekali lagi?

Penambahan beberapa perkataan atau idea.

Jika jawapan awal tadi salah, betulkan secara lembut.
  • Menggalakkan anak mencari idea baru dan menambah perkataan baru.


Membina tatabahasa.
R = Repeat

e.g.
Anak: kucing itu bulunya berwarna oren
Ajarkan anak mengembangkan response kepada soalan pada langkah pertama tadi

  • Menggalakkan anak menggunakan bahasa yang lebih advance


Tidaklah begitu susah untuk menggunakan kaedah Dialogic Reading ini kan? Ia akan memberi pengalaman dan pengembaraan dalam pembacaan. Anak-anak pun akan lebih gembira dan semangat untuk membaca bersama-sama.

Jenis-jenis pertanyaan untuk Dialogic Reading 

Bagaimana kita ingin bertanya dengan cara yang betul semasa kita membaca dengan anak kita? Soalan yang diutarakan kepada anak berusia 2-3 tahun pastilah tidak sama dengan anak yang berusia 4-6 tahun. Secara asas, ada lima cara untuk bertanya atau “prompt” tadi, juga diringkaskan dengan perkataan CROWD.

Jenis pertanyaan
Cara Melakukannya
C = Completion,

e.g. “mari kita habiskan mukasurat ini bersama-sama..
Tiba-tiba hujan turun, kucing oren itu pun ____”

Ajak anak anda menghabiskan ayat atau cerita (terpulanglah berdasarkan teks cerita mahupun ideanya sendiri)
R = Recall

e.g. “ingat tak, apa jadi pada kucing oren semasa dia berlari untuk mengelak hujan sebelum ini (pada mukasurat sebelumnya)?”

Tanya anak anda apa terjadi dalam cerita tersebut.

Tanya dia apa yang watak dalam buku itu sedang lakukan.
O = Open-ended

e.g. “agak-agak apa kucing itu akan lakukan?”

Mengajak anak berfikir untuk mengembangkan ceritanya sendiri
W = Pertanyaan Wh
(what, where, why, who, how)
Tunjukkan pada gambar dan tanya apakah objek itu atau apa ia sedang lakukan dan sebagainya

D = Distancing

e.g. “ingat tak semalam kita ke sekolah, kita nampak kucing. Tetapi warna bulunya putih kelabu, bukannya oren”

Mengkaitkan cerita di dalam buku dengan kehidupan harian anak anda

Dialogic Reading merupakan satu teknik atau kaedah membaca yang sangat menarik. Ia akan ada interaksi membina antara ibu/bapa dan anak-anak. Bila kita baca teori Dialogic Reading, nampak seperti susah ingin praktikkan. Namun, cubalah! Ia akan menjadi pengalaman indah membaca bersama anak-anak.

Percaya atau tidak, dari “bunga itu warna merah” (seperti yang terdapat dalam gambar pada buku) boleh dikembangkan ceritanya kepada “madu yang kak long makan dengan Omega Guard tu”. Biarkan anak-anak yang mengembangkan cerita, kita bantu-bantu sahaja.

Yeay!! Jumpa dah satu aktiviti untuk cuti sekolah yang bakal datang nanti, aktiviti untuk mengembangkan minda kedua-dua puteriku insyaAllah. Misi mencari dan mengumpulkan buku bergambar akan bermula tidak lama lagi!!

Selamat membaca buku bersama anak-anak, dan selamat melahirkan anak yang genius :)

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


6 comments:

  1. dialogic reading antara apa yang puteri praktikkan masa ajar budak-budak tadika dulu...budak-budak memang tumpukan perhatian lebih dan teruja bila dapat menerangkan tentang gambar dalam buku cerita tersebut :)

    ReplyDelete
  2. Puteri mengajar budak-budak tadika dulu? bestnya! lagi2 bila bercerita guna teknik dialogic reading. can imagine! then we can see their creativitiy. awesome!

    ReplyDelete
  3. terima kasih maklumatnya, lengkap ni bagus dicuba kalau ada anak kecik.

    ReplyDelete
  4. terima kasih denaihati sudi singgah dan beri komen. kalau ada anak kecil, bolehlah mencuba. jika belum ada... boleh cuba pada anak saudara, hehe!

    ReplyDelete
  5. masa anak umur tiga tahun boleh lagi mereka cerita dengan gambar tapi sekarang 4 ke5 tahun tak boleh tipu sebab dia boleh membaca hua.....

    ReplyDelete
  6. kalau tak kan suri, bagi satu gambar suasana (tanpa teks).. suruh dia bercerita sendiri. kat situ bolehlah kita tengok kreativiti mereka berfikir. macam buku kamus ADIK tu best gambar suasana dalam satu kawasan.. ummi nak start dengan kamus ADIK kemudian baru buku cerita bergambar insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...