Tuesday, October 14, 2014

Teknik mengajar anak pantas membaca

Assalamualaikum semua,

Jika anak kita sudah mula masuk tiga tahun, atau ke atas, bolehlah kita mula berfikir untuk mengajarkan anak membaca. Sewaktu Ummi pulang ke Malaysia for good, Ummi tercari-cari juga buku untuk mengajar anak Ummi yang sulung tu membaca. Waktu itu umurnya 3.5 tahun.

Buku yang femes untuk mengajar anak membaca ialah Bacalah Anakku lah kan, siapa tak kenal? Hehe. Ummi pun google sana, search sini. Jumpalah seorang ejen yang jual set cepat membaca yang terdiri daripada 3 set membaca “Bacalah Anakku”, “Read Easy” dan “Al-Furqan”. Lengkaplah pelajaran bahasa Malaysia, English dan Al-Qur’an dalam set ini.


Inilah set yang Ummi beli tu, dapat poster percuma lagi. Ada flash card sikit yang disediakan dalam setiap set. Tak ingat dah berapa harga kesemua set ini termasuk postage. Yang Ummi ingat, ada baki RM4 sebab masa bank-in tak boleh masukkan RM1 dan RM5 kan.. masa tu Ummi tak start lagi maybank2u. Ummi cakap kat ejen tu, halal je la RM4 tu. Tetapi dia insist juga nak kembalikan duit baki. Hihi. Semoga ejen tu murah rezeki. Amin!

Awal pembelajaran, Ummi mulakan dengan Bacalah Anakku dan Al-Furqan. Yang Al-Furqan sangat cepat kak long tangkap. Terus masuk buku kedua. Yang Bacalah Anakku ni, ya Allah!! Ummi dok ajar dia “mmm… aaa.. ma”, dia dapat tangkap. Then bila ada tulis “ma” dia baca “ba”. Tak ke rasa nak meletup jiwa ni.

Lama-lama kak long rasa bosan dan susah nak membaca Bacalah Anakku. Buku 1 pun tak lepas-lepas! Haha. Last-last Ummi pun stop ajar dia. Lama juga lah, berbulan-bulan. Tetapi sambil-sambil tu Ummi ajar dia suku kata mudah dengan cara flash card, tetap dia tak dapat sangat.

Tibalah satu hari ni, kami jalan-jalan dan nampak kedai buku, kami pun masuk. Kami gi kawasan buku-buku pra-sekolah, banyak juga buku cerita bersuku kata ni. Mudah anak-anak membaca. Kak long pun belek-belek buku kat situ.

Tiba-tiba kak long baca sendiri, “ba…s… BAS!” Terkejut Ummi dengar. Selama ini baca “ba” pun selalu salah. Mungkin sebab ada bantuan gambar. Ummi pun uji suku kata lain, ok lah dia boleh terima. Terus Ummi grab buku tu, beli 1 buku gabungan 8 siri buku. Nama buku tu?

Siri Buku Pantas Membaca

Ummi pun pulun habis ajar kak long baca buku Pantas Membaca ni. Dia minat, dia suka, ok lah kan.. Buku ini pakai pendekatan gambar. Macam muka surat di bawah ni..


Jadi, stimulasi membaca dia melalui gambar. “Ini baju biru”. Memang baju dalam gambar tu warna biru pun kan.


Ni lah buku no. 5 yang kak long baca masa di kedai buku tu. Setiap suku kata disertakan gambar. Nanti di sebelah muka surat ada cerita tentang “bas Haji Dali”. Ok je dia baca.

Sekarang ni dah lega, kak long dah nak masuk buku 8 dah. Sikit lagi habis lah tu. Yang penting, minat dia membaca tu ada. Kalau Ummi tulis entri blog ke, baca sms atau whatsapp ke, dia akan join baca sekali apa yang tertulis. Leganya hati!!

Tahun depan dah nak masuk 6 tahun. Kenalah dah pandai membaca kan. Nak masuk darjah 1 rata-rata ada interview, huh!!

Ok lah, di bawah ini Ummi kongsikan sedikit tips dan teknik untuk mengajar anak membaca:
  1. Bina minat dia membaca; kalau dia tak minat, memang lambatlah dia nak tangkap. Tetapi bila dia minat, hurmm, laju je dia dapat. Cara nak bina minat dia? Jangan marah, jangan tinggikan suara, motivasikan dia dengan memberi pujian, tepukan, pelukan, hadiah jika dia berjaya membaca  dan sebagainya.
  2. Jangan terlalu banyak menguji dia; kadang-kadang baru sekali kita ajar dia “ini ka, ki, ku” kita dah uji semula.. “ni apa?” Kemudian bila dia salah, kita kata dia tak cepat tangkap. Ini cara yang salah ye mommies!
  3. Banyakkan mengajar; sambungan kepada point di atas, jika dia salah, beritahu dia elok-elok, “ini ka, ini ki, ini ku”, “jom baca sama-sama.. ka ki ku” sambil tunjuk pada suku kata tersebut.
  4. Buat secara consistent; 3 kali sehari?? Itulah yang Ummi buat! Pagi sebelum ke sekolah, selepas makan tengahari dan malam sebelum tidur. Satu hari ulang benda yang sama je.
  5. Satu sesi jangan terlalu lama; yang ini kita perhatikan minat dia. Kak long kadang-kadang sampai satu jam dia boleh ulang dari buku 1 sampai buku 4 dalam satu sesi. Adakala 10 minit pun dia dah bosan. Ikut cues anak tu, kalau dia penat atau tengah marah ke, tak usahlah bazir masa dan tenaga, stop dulu.
  6. Latihan pelbagai variasi; mommies boleh buat extra latihan di luar buku. Mommies boleh buatkan powerpoint, baca di laptop, atau beli white board kecil dan tulis di situ, atau beli huruf-huruf magnetic ajar di pintu peti ais.
  7. Mulakan setiap sesi dengan membaca doa; bacalah doa “Allahummaftah Alaina hikmataka wanshur Alaina min khaza-ini rahmatika ya Arhamarrahimin”



Setiap usaha kita, insyaAllah dikira pahala. Ajar anak sendiri lagi tu. Jangan putus asa, jangan cepat rasa penat. Alright, selamat mengajar anak membaca!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


2 comments:

  1. nak bagi anak pantas membaca..senang aje. biasakan membaca depan anak. anak mudah terikut perangai kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm, betul tu titan. dengan membaca depan anak-anak, minat membaca mereka pun akan terpupuk. membaca (untuk kita ni) laa amalan mulia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...