Showing posts with label testimoni produk Shaklee. Show all posts
Showing posts with label testimoni produk Shaklee. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Omega Guard Shaklee bantu pesakit herpes


Assalamualaikum para pencinta kesihatan. Apa khabar semua? Meh sini Ummi nak kongsi cerita. Bukan hebat pun cerita ni, cumanya harap-harap bermanfaat bagi pembaca.

Ummi sejak kecil sering diserang ulcer mulut.

Wednesday, December 4, 2013

Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part Two)

Part 2

Jarak antara kak long dan adik agak jauh. Oleh sebab itu Ummi sempat untuk membuat pelbagai persediaan untuk menerima cahaya mata kedua pula. Persediaan ini bukan persediaan dari segi materi; baju, pampers dan sebagainya, tidak!! Malah baju semua Ummi tak beli kerana baju-baju lama kak long masih elok dan cantik untuk dipakai semula oleh adiknya.

Persediaan ini sebenarnya lebih kepada persediaan mental untuk mendapat anak kedua. Antaranya, mencari lebih banyak info tentang kehamilan, cara bersalin, set berpantang, cara menyusu, masalah bayi baru lahir dan sebagainya. Ummi tekad tidak mahu memberi susu formula pada anak kedua kali ini!!

Masalah penyusuan timbul juga untuk anak kedua. Puting  susu merekah, luka dan sangat pedih dan susu pada mulanya tidak begitu banyak. Tetapi Ummi kuatkan hati dan kuatkan diri. Sakit tetap sakit, susu tetap kena bagi. Sehingga menitis-nitis air mata tumpah tatkala merasa sangat sakit, sambil dalam hati Ummi beristighfar. Ummi tahu sakit itu penghapus dosa. Bibir masih boleh mengukir senyuman walaupun sakitnya terkadang hingga kini (sudah 8 bulan) masih dirasai.

Jika ada yang sudah membaca entri-entri lama Ummi, pasti anda tahu mama Ummi menghadiahkan Set Penyusuan Shaklee bagi meng”support’ perjalanan mencabar menyusukan anak sepenuhnya ini. Dan Ummi sangat berterima kasih dan gembira dengan pemberian ini. Set penyusuan ini membuatkan susu Ummi bertambah pekat dan banyak. Hasilnya? Anak ummi yang kedua tidak pernah merasa susu formula sehingga sekarang. Malah dia tidak terbiasa minum susu dari botol kerana sering menyusu terus dari Ummi.

Semua saranan, tips-tips Ummi ikut, demi untuk menambahkan susu badan. Dan set penyusuan Shaklee sangat membantu menjayakan misi Ummi kali ini. Tekad Ummi tidak terhenti sampai sini sahaja. Ummi tekad semua anak Ummi sampai ke depannya tidak minum susu formula tetapi dari susu Ummi mereka sendiri.

Di samping susu menjadi banyak dan pekat, anak sentiasa kenyang dan sihat. Pipinya makin hari makin boolat. Pernah suatu hari ketika abinya memandikan si adik, abi menyanyikan lagu ini:-

“Aku anak sihat
Tubuhku kuat
Kerana Ummi
Sering makan Shaklee”

Heh heh heh….
(lagu sebenar: aku anak sihat, tubuhku kuat, kerana ibuku rajin dan cermat)


Bukan sahaja dapat banyakkan susu, set penyusuan Shaklee dapat memberi pelbagai khasiat dan kelebihan lain terutama kepada si ibu.

Jangan segan jangan silu untuk bertanya tentang produk ini. Hubungi Ummi di

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail,com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part One)

Assalamualaikum mommies semua.

Ummi percaya semua mommies nakkan yang terbaik untuk anaknya bukan? Dan sudah ramai mommies lain mengambil langkah bijak untuk menyusukan anak sepenuhnya samada si ibu ini bekerja atau tidak. Ini kerana mereka tahu akan banyak khasiat dan kebaikan memberi susu ibu kepada anak berbanding susu formula. Ummi pasti mommies yang sedang membaca entri ini juga antara ibu-ibu yang bijak itu.

Hari ini Ummi nak cerita kisah Ummi, pengalaman Ummi menyusukan kedua-dua anak Ummi.

Ketika anak pertama, Ummi masih tidak pandai tentang selok belok menjadi ummi kepada bayi Ummi termasuklah cara betul menyusukan anak. Ummi merasakan susu Ummi akan keluar dengan banyak tetapi rupa-rupanya sangkaan Ummi salah.

Pelbagai masalah Ummi hadapi semasa berpantang termasuklah tidak cukup susu badan, puting merekah dan luka. Walaupun sudah membeli pam, Ummi tidak pandai mengepam kerana merasa sangat sakit pada puting.

Disebabkan tidak cukup susu badan, kuning si kak long naik dengan mendadak sehingga terpaksa ditahan wad. Sebelum kak long diletakkan di bawah lampu, dia menangis-nangis seperti kelaparan. Nurse menyuruh Ummi menyusukannya sebelum meninggalkan dia di nursery. Lama juga dia berkepit dengan Ummi menyusu tetapi Ummi ketika itu sedang menahan kesakitan puting luka dan berdarah. Setelah diberikan kepada nurse, baby tetap menangis. Nurse terpaksa memberikan susu botol dan sempat bagi komen pada Ummi, “awak bagi dia susu ke tak tadi, lapar je dia ni haa”.

Sedih sangat hati masa tu. Sepanjang baby diwad, dia diberi susu formula. Ummi di rumah pula tekad untuk menambahkan susu badan. Macam-macam dah cuba untuk perbanyakkan susu termasuklah makan lobak putih, tempe, minyak ikan dan minum susu anmum lacta. Susu Ummi tetap tidak mencukupi dan terpaksa ditampung dengan susu formula.

Sejak dari itu, susu formula menjadi makanan utama anak pertama Ummi dan susu badan hanyalah sekadar tambahan semasa dia mahu bermanja-manja dengan Ummi. Perasaan tu memang rasa tak sedap sentiasa dan sebelum mengandung anak kedua pun Ummi sudah tekad untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya.

bersambung.... 



Set Penyusuan Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (part two) 

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS,WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Wednesday, November 27, 2013

Tanda-tanda kurang kalsium dalam badan


Assalamualaikum semua

Kalsium penting untuk tulang dan gigi. Semua orang tahu tu kan? Kalsium boleh didapati dari produk tenusu seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain. Adakah pengambilan kalsium kita mencukupi? Di bawah adalah kisah Ummi kurang kalsium….

Raya Aidilfitri yang lepas Ummi masih dalam recovery proses dari

Tuesday, November 26, 2013

Kurus dengan set bersalin Shaklee



Assalamualaikum semua.

Saja la hari ini Ummi nak kongsi pengalaman sendiri kan. Sebelum melahirkan Asma', Ummi dah tercari-cari set bersalin yang sesuai. Disebabkan Ummi ni jenis bajet je selalu (hihihi), Ummi takut nak pandang set nona rogue ke sendayu tinggi ke, takut tengok harganya. Mungkin bagus tu la harganya mahal, ye tak?

Masa berpantang dengan si kak long, Ummi ambil set bersalin A ni. Murah juga la,
siap ada barut herba lagi. Tapi sayangnya Ummi tak gunakan set tu sepenuhnya. Mandian periuk dan the dia je ummi consume, lain-lain ummi tak guna. Keputusannya? Luka lambat baik, sakit sana sakit sini. Sedih jugalah bila dikenang pengalaman bersalin kali pertama dulu.

Apa-apa pun, yang dah lepas tu biarkan, kita jadikan pengajaran. Masa anak kedua ni mama Ummi yang cadangkan set bersalin Shaklee. Search punya search, ada kata harganya hanya rm100 (trialpack). Hurm, kira ok la tu kan. Beli pula dengan kawan mama, best sebab dapat konsultasi sepenuhnya. Siap akak tu tanya cemana makan Shaklee, ok dak? Heee.. terharu la ada yang ambil berat tentang kita kan.

Minggu pertama bersalin badan masih lemah. Nak jalan pun kena perlahan-lahan je. Nak pula, masa tu Ummi batuk teruk. Sebenarnya start batuk sebulan sebelum bersalin lagi. Penat juga bila batuk teruk masa berpantang ni, badan dah lah lemah, nak kena jaga jahitan bawah semasa batuk, nak kena pakai mask semasa menyusukan si kecil. Kafarah minallah.

Masuk minggu kedua dah terasa segarnya badan. Badan lebih bertenaga. Habis semua kerja buat sendiri, breakfast sendiri, siapkan air mandian sendiri, mandikan baby sendiri. Masuk minggu ketiga pula Ummi dah start duduk kat bilik atas. Pepagi jam 5 dah turun minum milo+ESP dan jamah sikit roti.

Time berpantang tu cik abg tak dapat temankan sebab dia ada kuliah. Ummi duduk dengan mama. Mama pula busy keluar sana keluar sini. Sesekali dapat balik Malaysia kan. Hihi. Jadinya, memang kena independent la, basuh baju baby kat atas, bawa turun, sidai kat bawah. Kejap naik kejap turun la sejak dari tu.

Kesimpulannya, bila badan segar bugar lepas bersalin, kita mampu untuk aktif turun naik tangga, buat kerja sana sini. Alih-alih, lemak-lemak pun terbakar masa dalam pantang lagi. Nak-nak lagi memang menyusu badan sepenuhnya. Kawan yang datang ziarah pun tegur “aih, dah kurus lah you”, kombang den dibuek ea, hehe!!

Kalau nak bersalin nanti memang Ummi akan consume set bersalin Shaklee ni lagi (aik, dah ada ke??? hoho). Ummi juga recommendkan set bersalin Shaklee ni untuk mommies yang bakal melahirkan. Badan sihat dan segar, senang dan cepat nak turunkan berat badan dan kurus kembali seperti sebelum mengandung.

Lots of love from Ummi

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuik Sabah Sarawak




Thursday, November 21, 2013

Luahan hati; kenapa saya jatuh chenta sama Shaklee

Ummi dari kecil memang sudah dihidapi pelbagai penyakit.

Sakit sana sakit sini. Tapi Alhamdulillah, terapan dan didikan dari mama abah, Ummi tahu penyakit itu hanyalah ujian dari Allah. Ujian tanda sayangnya Dia pada kita.

Masuk wad? Hospital? Memang dah kira rumah kedua Ummi lah masa Ummi kecil. Banyak pengalaman masuk hospital ni. Ada kalanya rasa best masuk hospital, dapat rehat, makan, tengok tv, tidur, tak yah gi sekolah, haha!! Tambahan pula, bila yang datang ziarah tu bawa coklat la, kek la, keropok udang la…

Ingat lagi masa tu masuk hospital sebab ulcer mulut yang teruk, bibir bengkak macam tersimbah air panas. Di bilik yang Ummi duduk tu ada attached toilet. Pada satu malam, ada seorang pesakit bersama ibu dia datang tumpang toilet. Ibu dia tanyalah kenapa mulut tu (mmg nampak teruk ulcer tu), terang punya terang, ibu tu ternampak pula ada keropok udang gebu2 tu atas meja sebelah katil Ummi. “Eh, tu jangan makan tu, nanti tambah lagi teruk mulut tu”. Dalam hati ummi ketawa je. Orang lain kena ulcer mulut satu “bijik” pun dah tak jadi kerja lain kan? Sakit!! Ummi dah biasa Alhamdulillah. Siap makan sambal kicap cili api lagi walaupun ada ulcer (status terbaru kat fb). Nak sedap makan, tahan je la sakit, tersroott sroott ummi makan. Kak long tanya, “pedas ke ummi?”, “taklah, ummi ada ulcer”.

Kalau cerita pasal ubat pula, banyak dah jenis ubat masuk dalam badan ni. ada yang masuk melalui oral (makan/telan), ada masuk melalui cucuk, ada juga masuk melalui IV (drip).Ada yang sampai jadi allergy, tak sesuai dengan badan. Masa kecil, ummi kena makan satu antibiotic tu namanya cloxacelin (aiih, macam tu ke ejaannya? Hihi). Ubat tu memang tak sedap. Setiap kali waktu makan ubat ni, ummi akan menjerit tak nak makan. Ehem ehem, waktu tu baru 6 tahun ye!! Kami tumpang rumah nenek masa tu, nenek naik menyampah tengok kemengadaan ummi, haha!! Tapi itulah sebabnya ummi jadi feveret cucu atok, dia kesian tengok ummi selalu sakit, dari kesian jadi sayang, hehehe.

Tu belum cerita kena cucuk nak ambil darah oleh MO tu,Dr Malik kot nama dia, haha!! Maaf ye kengkawan yang berkerjaya sebagai doctor ni, Cuma nasihat ummi, berlatihlah ambil darah ye, kesian kat patient bila cucuk tak kena vein, kena pusing2 kan lagi jarum tu nak bagi kena vein. Ayah ummi pun takdelah pandai ambil darah orang (tak expert lah), tetapi tak adalah gelojoh main pusing2 jarum kan, huhu, sabar je lah.

Demam ummi lain, selalu disebabkan bacteria bukan virus. Kena makan antibiotic selalu. Oh, ingat lagi masa exam O level, ummi sakit. Teruk jugalah. Tetapi, cerita lidah tak mau masuk ke dalam masa ambil exam Chemistry paper 1 tu memang kelakarlah. Aik, tengah sakit2 pun ada cerita kelakar? Pengalaman tu!! Nak tau cerita lanjut bolehlah PM ye, hihihi.

Shaklee?? Ummi tak pernah tahu menahu tentangnya, tak pernah dengar tentangnya, sehinggalah mama ummi bagi cadangan untuk set bersalin/berpantang untuk anak kedua. Ummi pun ok je dengan cadangan mama. Memandangkan harga pun tak mahal mana kan. Dah deal dengan akak tu, barang sampai, ummi pun consume je ikut jadual yang akak tu beritahu. Ade la tu “vitalea”, “b-complex”, tapi tak pernah terdetik dalam hati yang Shaklee ni sebenarnya adalah vitamin. Masa dalam pantang, ada lagi seorang akak tu tanya ambil set pantang apa, ummi jawab Shaklee. Dia cakap “oh, baguslah, vitamin”. Still, belum click lagi dalam diri yang Shaklee ni adalah vitamin, haha!!

Mama ummi pula hadiahkan ummi set menyusu, sebagai support untuk fully breastfeed. Tenkiu mama cinta!! Set bersalin membantu ummi lebih sihat dan bertenaga. Ummi sebenarnya sering demam diawal-awal selepas bersalin, tambahan pula saya batuk teruk (sebulan sebelum bersalin dah mula batuk teruk) sepanjang berpantang. Ummi lawan sakit tu. Mama ummi kata ummi tak kuat tetapi saya cuba kuatkan diri. Alhamdulillah berjaya dengan se”successful”nya.

Disebabkan set berpantang dan menyusu Shaklee ni berkesan pada pada diri, saya rasa memang best kalau dibuat bisnes. Ummi contact balik akak yang saya deal dengan dia haritu. Dia gembira sangat ummi nak join dia. Mungkin sebelum tu dia pernah doa pada Allah minta seorang downline yang nak serious berbisnes. Betul tak mak? Hehehe…

Bila dah masuk dalam grup bisnes, barulah sedar yang Shaklee ni vitamin, dan ia adalah vitamin semulajadi, bukan calang2 vitamin ye!! Alhamdulillah, langkah saya ambil ke arah kebaikan. Ummi mulakan bisnes kerana ummi telah berpengalaman positif dengan produk Shaklee. Ummi yang banyak sakit-sakit ni sikit sebanyak dapat dibantu.

Dan Ummi percaya, vitamin Shaklee juga dapat membantu lebih ramai lagi diluar sana. Yang istimewanya, kita tak perlu risau kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi bukan sintetik.
Alhamdulillah dengan itu, seiringlah perjalanan ini dengan niat saya, MEMBANTU orang lain mencapai kesihatan optimum mereka. Ujian kesihatan memang tetap ujian, dari Allah kan? Redha, sabar dan ikhtiar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah


Saturday, November 9, 2013

ESP Shaklee; ada kesan sampingan???

Assalamualaikum mommies-mommies semua.

Kalau anda google search dan jumpa entri ini, semestinya anda ingin mencari produk yang terbaik buat anda kan? Ramai orang cerita sana cerita sini tentang ESP, hebat sangat kah ESP ni? Tapi serious Ummi bagitau mommies semua, ESP ni ada kesan sampingan.  Jom baca…

Ummi ambil ESP dan alfalfa untuk tujuan milk booster. Susu Ummi semasa anak pertama tidak banyak. Oleh itu, mama Ummi hadiahkan Ummi dua produk ini untuk meng”support” breastfeeding cucu dia. Alhamdulillah susu bukan setakat bertambah banyak, tetapi juga bertambah pekat, Alhamdulillah. 

Tapi tunggu dulu!! Sesungguhnya ESP memberi kesan sampingan kepada Ummi dalam dua bentuk.

Setelah mengkonsumsi ESP beberapa bulan, ternyata stretch mark di perut Ummi akibat mengandung tempoh hari semakin menghilang. Kulit di bahagian tersebut semakin licin seperti sebelum berkahwin. Allah, gembiranya!! Bukannya apa, bila kulit kita licin, kita jadi lebih bersemangat dan kembali berjiwa muda, ececewaaahhh. Sekarang Ummi masih mengambil ESP supaya stretch marks di tempat lain juga hilang dan kulit menjadi gebu gebana.

Selain itu, ada lagi kesan sampingan setelah Ummi mengambil ESP ni. Boyfriend Ummi tegur Ummi “you nampak kurus la”. Walaaaahhh. Apa lagi nak kata??? Minum ESP+breastfeed sepenuhnya+exercise RINGAN JERR pun cik abe dah tegur macam tu. Memang tak terkata apa dah. Memang jatuh hati sangat dah sama itu ESP.

Kini ESP masuk botol yg kedua. Ummi suka dengan kesan sampingan ESP yang Ummi alami, semuanya positif belaka. Ummi berharap jika mommies yang membeli dan mengkonsumpsi ESP juga dapat kesan sampingan ESP seperti Ummi, malah lebih baik lagi.

Semua ini adalah dengan izin Allah, tetapi ikhtiar tu kenalah dengan cara yang betul. Alhamdulillah `ala kulli hal.

ESP Shaklee memberi kesan sampingan positif kepada Ummi, insyaAllah akan beri kesan sampingan positif juga kepada mommies semua. Untuk tempahan ESP mommies secara online, sila KLIK gambar di bawah


ATAU mommies inging dapatkan potongan harga produk Shaklee sehingga 20%?? Mommies boleh hubungi Ummi Abida untuk mengetahui caranya di

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WA: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail
Penghantara Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Khidmat nasihat dan banyak tips akan dikongsikan kepada pelanggan budiman Ummi secara percuma dan berterusan. Mari sama-sama kita jayakan penyusuan anak kita sehingga mereka dua tahun. Chaiyok chaiyok!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...