Showing posts with label Ahli Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Ahli Shaklee. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Quiz Magika #8; Menangi original totebag ZURICH!!

Assalamualaikum semua,

Siapa yang tak mahu hadiah percuma kan? Bag original lagi tuu! Biasanya kalau pergi ke tempat-tempat pelancongan, totebag2 macam ni memang banyak dijual, dan harganya boleh tahan!

Jadi, anda ingin menang original totebeg ZURICH?..


Quiz ini dianjurkan oleh PM Cery atau nama sebenarnya Pn Shareeza. PM Cery ni ialah nenek moyang Ummi nya grup Shaklee. Orangnya hebat! Seorang jutawan Muslimah yang hebat.

Oklah, apa quiz nya kan? Senang sahaja. Quiz ini diadakan di fb page PM Cery (sila klik Magika Cery si kelip-kelip) dan ikuti arahan di bawah:-

1) 'LIKE' page Magika Cery si kelip-kelip DAN
2) 'LIKE' post ini DAN
3) 'SHARE' post ini di FB atau di Blog anda (salah satu, samaada blog atau FB diterima) DAN
4)TAG tiga orang kawan anda (yerlah kan..takkan nak join sorang2 jer..the more the merrier lah kan..hihi)
4) Lengkapkan slogan dibawah ini..post diruangan komen di post ini (bukan post komen di fb saya ye).. Komen yang berbunyi:-

"Kata-kata hikmah kegemaran saya adalah ____________"

(habiskan ayat magika itu tak lebih dari 100patah perkataan.. terlebih satu dua ok..tp jgn la panjang sangat yer..

Tarikh tutup 30 Oct 2014 jam 10 malam.Boleh join seberapa banyak penyertaan yang anda mahu,as long dah like,dah share,dah tag... then boleh post komen slogan lebih dari sekali... tapi pemenang cuma seorang ye... ALL THE BESTTTT
----
MCsKK

notakaki.. gambar :model cilik anak Master Alin.. hadiah tak termasuk si comel ini ye
******
Senang sahaja kan nak menang totebag original from ZURICH ni kan kan? Jadi apa tunggu lagi? Mari ramai-ramai kita sertai quiz PM Cery ini.

Anda ingin join ahli Shaklee dan berada di bawah naungan PM Cery (grup Jutawan) dan iReach Family? Rugi anda tidak join kami! Hubungi Ummi untuk maklumat lanjut

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Saturday, May 31, 2014

Apakah yang dimaksudkan dengan anti-penuaan?


Assalamualaikum para pencinta kesihatan.

Mesti ramai dari kita, apabila mendengar perkataan “anti-penuaan”, yang terlintas difikiran ialah AWET MUDA? Ini adalah tanggapan yang tidak tepat. Tubuh badan kita bekerja keras untuk menjalani kehidupan seharian kita. Jantung kita tidak pernah berhenti mengepam darah, bermula sejak kita dalam kandungan lagi. Sudah berapa lama jantung kita mengepam? 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? Tubuh badan kita, lama-kelamaan menjadi lesu, lemah, tidak berfungsi seperti mana kita muda-muda dulu.. inilah yang dinamakan PENUAAN! Apabila tubuh badan kita, terutamanya vital organ kita tidak berfungsi dengan baik berbanding kita muda-muda dulu, mudahlah untuk kita mendapat penyakit kronik dan banyak lagi masalah-masalah lain; contohnya sakit jantung, kencing manis, buah pinggang, darah tinggi dan sebagainya.

Sunday, May 18, 2014

Rahsia menjadi WAHM; cabaran dan kebahagiaan buat anda bergelar wanita.


Assalamualaikum mommies semua.

Anak adalah anugerah istimewa pemberian Allah kepada kita bergelar ibu. Fitrah seorang ibu untuk melihat anak membesar dengan sihat dan ceria. Dari sejak kita tahu kita mengandung, pasti kegembiraan dan kebahagiaan menggunung tinggi kerana seorang lagi insan bakal menemani kehidupan kita berpanjangan.

Thursday, May 8, 2014

Bisnes Shaklee – multi-investment untuk saya dan anda.


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk mengendeng-ngendeng dengan mama tersayang. Semalam borak-borak dengan dia lagi, cerita-cerita tentang vitamin Shaklee mana yang Ummi makan. Dia pun cakap, eloklah ambil vitamin Shaklee ni untuk pelaburan kesihatan kita. Hurmm, betul sangat dah tu.

Sunday, April 13, 2014

10 soalan popular tentang NAK JADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum semua.

Anda ingin menjadi ahli Shaklee tetapi anda mempunyai beberapa persoalan tentang keahlian Shaklee. Anda boleh baca 10 soalan popular tentang NAK JADI AHLI SHAKLEE di bawah:-


Monday, March 24, 2014

Nak daftar ahli Shaklee? Serious?? Tengok apa Shaklee dah buat pada saya


Assalamualaikum.

Anda sedang mencari-cari bisnes yang sesuai untuk dijalankan dan anda terfikir untuk memilih Shaklee dan ingin mendaftar jadi ahli Shaklee? Jangan secepat itu!! Baca dulu dan tengok apa Shaklee dah buat pada Ummi setelah Ummi mendaftar menjadi ahli Shaklee!!

Friday, March 14, 2014

Mendaftar ahli Shaklee; bagaimana boleh buat duit dengan menjadi ahli Shaklee?


Mendaftar menjadi ahli Shaklee boleh bertujuan untuk berniaga, ataupun hanya untuk makan sendiri. Berbekalkan  modal serendah RM65, seseorang sudah layak  mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee, dan boleh buat duit dengan Shaklee. Hurm, bagaimana tu?

Friday, February 14, 2014

Jom Jadi Ahli Shaklee; 10 sebab kenapa ramai ahli Shaklee di kalangan ibu-ibu

Assalamualaikum mommies semua.

Actually entri kali ini adalah umum, tapi Ummi nak ajak mommies la baca sebab tajuk pun ada word “ibu-ibu”. Tahu tak mommies yang ramai yang mendaftar jadi ahli Shaklee ialah di kalangan ibu-ibu, tak kisahlah yang jadi ahli Shaklee ni ibu bekerja mahupun surirumah. Dan ramai nak join ahli Shaklee sebab seronok dengan produknya. Mommies belum cuba produk Shaklee? Jomlah cuba!

Tuesday, February 11, 2014

Perlukah menjadi ahli Shaklee? 4 kebaikan utama menjadi ahli Shaklee


Assalamualaikum para pembaca.

Shaklee sudah menjadi fenomena di kala ini dan boleh dikatakan telahpun terjadi "tsunami Shaklee" di Malaysia. Barangkali anda juga salah satu peminat Shaklee tetapi anda hanya membeli dari pengedar Shaklee tanpa tercuit hati ingin menjadi ahli Shaklee. "Hurm, nak makan sendiri jerk, watpe nak jadi ahli dah"

Monday, February 10, 2014

Akibat mendaftar ahli Shaklee di bawah kumpulan yang salah

Anda ingin memulakan bisnes Shaklee tetapi ragu-ragu untuk memilih di bawah kumpulan mana yang harus anda mendaftar? Ingat,  mendaftar di bawah kumpulan yang salah akan menyebabkan anda menyesal tak sudah kerana anda tidak mampu untuk berjaya sepertimana cita-cita anda bergabung dengan Shaklee.  Pilihan di tangan anda!!

Jika anda benar-benar ingin menjalankan perniagaan Shaklee dan anda benar-benar ingin Berjaya, ada beberapa factor yang perlu anda ambil peduli untuk memastikan anda tidak mendaftar di bawah grup yang salah. Di bawah ini Ummi senaraikan antara akibat-akibat jika anda tersalah mendaftar di bawah kumpulan yang salah:

Tiada bimbingan cara-cara memulakan perniagaan Shaklee
Selalunya perkara sebegini terjadi sekiranya anda hanya terus ke mana-mana cawangan Shaklee dan ditawarkan oleh 'penunggu' untuk anda menjadi ahli dibawahnya. Mereka-mereka menjadi 'penunggu' di cawangan untuk memerangkap mangsa-mangsa seperti anda sekiranya anda tidak berhati-hati. Setelah berjaya memerangkap anda untuk menjadi ahli dibawahnya, 'penunggu' tersebut akan hilang tanpa berita dan tidak dapat dihubungi lagi. Alangkah ruginya sekiranya anda benar-benar serius untuk menjalankan perniagaan Shaklee tetapi orang yang sepatutnya membimbing anda hilang tanpa berita.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk walk in di mana-mana cawangan untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee, anda boleh menggunakan ID Ummi iaitu 929407 (Iffah Azhar) sebagai penaja anda. Setelah membuat pendaftaran, sila maklumkan kepada Ummi melalui WhatsApp, SMS, Call atau Email seperti yang tertera dibawah. Ummi akan memastikan supaya anda dibimbing sebaik mungkin 24 jam sehari dari segi ilmu produk, ilmu pemasaran internet serta pelbagai RAHSIA kejayaan online business / online marketing. TIADA KUMPULAN LAIN yang seumpama kami yang menjalankan perniagaan yang sangat mudah dan berkesan.

Selain itu, ada juga yang menawarkan keahlian secara percuma seperti di pasar malam dan sebagainya. Keahlian secara percuma adalah sangat tidak bernilai jika akhirnya anda ditinggalkan secara terkontang-kanting berusaha menjalankan perniagaan Shaklee sendiri.

MLM fesyen lama (old fashion)
MLM fesyen lama selalunya memujuk ahlinya membayar ribuan ringgit, menerima stok berpuluh kotak, dan terus menerus memujuk orang lain untuk menyertainya tanpa diberi ilmu mengenai kebaikan produk dan cara untuk memasarkan produk tersebut. MLM sebegini selalunya tidak mampu bertahan lama kerana stok yang terbengkalai sehingga tamat tarikh luput dan tidak dapat dijual.

Kumpulan kami sangat mementingkan ilmu pengetahuan mengenai produk dan bukan semata-mata tertumpu mencari ahli baru. Maka tidak hairan lah ramai yang berurusan dengan kami menganggap kami seperti seorang doktor, ahli farmasi atau pakar kesihatan  kerana penerangan yang diberikan sangat jelas dan bukan semata mata hanya menjual vitamin.
  
Tiada pendedahan mengenai pemasaran secara atas talian (online marketing)
Sekiranya anda tersilap langkah memilih kumpulan yang salah, mungkin anda akan menghadapi masalah untuk mengembangkan perniagaan anda. Bisnes bersama kumpulan kami amat mudah. Tiada istilah keluar malam sehingga awal pagi meninggalkan anak-anak yang sedang tidur semata-mata untuk coaching, mentoring atau business meeting. Segala galanya dilakukan secara online.

Lingkungan sasaran perniagaan tidak hanya terbatas di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia. Jangan terkejut sekiranya ada diantara ahli kumpulan kami berjaya meluaskan pasaran di Qatar, Jepun, Dubai, Netherland dan lain-lain lagi. Daftar jadi ahli Shaklee dengan kumpulan kami segera, saya akan beri panduan dari A-Z untuk maju dalam bisnes Shaklee bersama kami.

Kumpulan sokongan yang tidak mantap.
Menjadi ahli Shaklee di kumpulan yang tidak mantap akan menyebabkan anda berasa keseorangan,tiada hala tuju dan sangat sukar untuk memasarkan produk anda. Perkara begitu tidak terjadi sekiranya anda menjadi ahli Shaklee bersama kami di mana kumpulan besar kami diterajui oleh 5 orang Master Coordinator (pangkat tertinggi dalam Shaklee) yang sentiasa cekal hati, sabar dalam membantu sesiapa sahaja yang inginkan bantuan.

Akhir kata, sekiranya anda menjadi ahli Shaklee bersama kami, anda akan dibimbing untuk menjadi 'PENYELESAI MASALAH' dan bukan 'PENJUAL VITAMIN'...

Ingin tahu lebih lanjut mengenainya? Hanya sekiranya anda menjadi ahli Shaklee bersama kumpulan kami.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan pasif 3,4,5 dan tidak mustahil 6 angka setiap bulan dalam masa yang singkat. Percayalah hanya dengan bermodalkan sebuah komputer bersama talian internet di rumah, sebuah smartphone (optional) dan RM75 / RM 85 anda mampu mencapai pendapatan pasif 4 angka seawal bulan pertama anda mendaftar.

Ambil tindakan segera dengan menghubungi Ummi, Iffah Azhar (Shaklee ID: 929407) untuk mendaftar keahlian Shaklee dan menuju puncak, keluar dari zon selesa bersama-sama kumpulan kami.
Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail,com


dipetik dan diubahsuai dari: Captvitamin.com

Jangan menyesal jadi ahli Shaklee!!

Assalamualaikum para pembaca semua.

Menjadi ahli Shaklee sudah menjadi begitu mudah sekarang. Dengan hanya bermodalkan serendah rm65, anda sudah dapat menjadi ahli dan layak untuk memulakan bisnes jika anda mahu. Malah, ada juga yang menawarkan menjadi ahli secara percuma tuu. TAPI TUNGGU DULU!!

Thursday, November 21, 2013

Luahan hati; kenapa saya jatuh chenta sama Shaklee

Ummi dari kecil memang sudah dihidapi pelbagai penyakit.

Sakit sana sakit sini. Tapi Alhamdulillah, terapan dan didikan dari mama abah, Ummi tahu penyakit itu hanyalah ujian dari Allah. Ujian tanda sayangnya Dia pada kita.

Masuk wad? Hospital? Memang dah kira rumah kedua Ummi lah masa Ummi kecil. Banyak pengalaman masuk hospital ni. Ada kalanya rasa best masuk hospital, dapat rehat, makan, tengok tv, tidur, tak yah gi sekolah, haha!! Tambahan pula, bila yang datang ziarah tu bawa coklat la, kek la, keropok udang la…

Ingat lagi masa tu masuk hospital sebab ulcer mulut yang teruk, bibir bengkak macam tersimbah air panas. Di bilik yang Ummi duduk tu ada attached toilet. Pada satu malam, ada seorang pesakit bersama ibu dia datang tumpang toilet. Ibu dia tanyalah kenapa mulut tu (mmg nampak teruk ulcer tu), terang punya terang, ibu tu ternampak pula ada keropok udang gebu2 tu atas meja sebelah katil Ummi. “Eh, tu jangan makan tu, nanti tambah lagi teruk mulut tu”. Dalam hati ummi ketawa je. Orang lain kena ulcer mulut satu “bijik” pun dah tak jadi kerja lain kan? Sakit!! Ummi dah biasa Alhamdulillah. Siap makan sambal kicap cili api lagi walaupun ada ulcer (status terbaru kat fb). Nak sedap makan, tahan je la sakit, tersroott sroott ummi makan. Kak long tanya, “pedas ke ummi?”, “taklah, ummi ada ulcer”.

Kalau cerita pasal ubat pula, banyak dah jenis ubat masuk dalam badan ni. ada yang masuk melalui oral (makan/telan), ada masuk melalui cucuk, ada juga masuk melalui IV (drip).Ada yang sampai jadi allergy, tak sesuai dengan badan. Masa kecil, ummi kena makan satu antibiotic tu namanya cloxacelin (aiih, macam tu ke ejaannya? Hihi). Ubat tu memang tak sedap. Setiap kali waktu makan ubat ni, ummi akan menjerit tak nak makan. Ehem ehem, waktu tu baru 6 tahun ye!! Kami tumpang rumah nenek masa tu, nenek naik menyampah tengok kemengadaan ummi, haha!! Tapi itulah sebabnya ummi jadi feveret cucu atok, dia kesian tengok ummi selalu sakit, dari kesian jadi sayang, hehehe.

Tu belum cerita kena cucuk nak ambil darah oleh MO tu,Dr Malik kot nama dia, haha!! Maaf ye kengkawan yang berkerjaya sebagai doctor ni, Cuma nasihat ummi, berlatihlah ambil darah ye, kesian kat patient bila cucuk tak kena vein, kena pusing2 kan lagi jarum tu nak bagi kena vein. Ayah ummi pun takdelah pandai ambil darah orang (tak expert lah), tetapi tak adalah gelojoh main pusing2 jarum kan, huhu, sabar je lah.

Demam ummi lain, selalu disebabkan bacteria bukan virus. Kena makan antibiotic selalu. Oh, ingat lagi masa exam O level, ummi sakit. Teruk jugalah. Tetapi, cerita lidah tak mau masuk ke dalam masa ambil exam Chemistry paper 1 tu memang kelakarlah. Aik, tengah sakit2 pun ada cerita kelakar? Pengalaman tu!! Nak tau cerita lanjut bolehlah PM ye, hihihi.

Shaklee?? Ummi tak pernah tahu menahu tentangnya, tak pernah dengar tentangnya, sehinggalah mama ummi bagi cadangan untuk set bersalin/berpantang untuk anak kedua. Ummi pun ok je dengan cadangan mama. Memandangkan harga pun tak mahal mana kan. Dah deal dengan akak tu, barang sampai, ummi pun consume je ikut jadual yang akak tu beritahu. Ade la tu “vitalea”, “b-complex”, tapi tak pernah terdetik dalam hati yang Shaklee ni sebenarnya adalah vitamin. Masa dalam pantang, ada lagi seorang akak tu tanya ambil set pantang apa, ummi jawab Shaklee. Dia cakap “oh, baguslah, vitamin”. Still, belum click lagi dalam diri yang Shaklee ni adalah vitamin, haha!!

Mama ummi pula hadiahkan ummi set menyusu, sebagai support untuk fully breastfeed. Tenkiu mama cinta!! Set bersalin membantu ummi lebih sihat dan bertenaga. Ummi sebenarnya sering demam diawal-awal selepas bersalin, tambahan pula saya batuk teruk (sebulan sebelum bersalin dah mula batuk teruk) sepanjang berpantang. Ummi lawan sakit tu. Mama ummi kata ummi tak kuat tetapi saya cuba kuatkan diri. Alhamdulillah berjaya dengan se”successful”nya.

Disebabkan set berpantang dan menyusu Shaklee ni berkesan pada pada diri, saya rasa memang best kalau dibuat bisnes. Ummi contact balik akak yang saya deal dengan dia haritu. Dia gembira sangat ummi nak join dia. Mungkin sebelum tu dia pernah doa pada Allah minta seorang downline yang nak serious berbisnes. Betul tak mak? Hehehe…

Bila dah masuk dalam grup bisnes, barulah sedar yang Shaklee ni vitamin, dan ia adalah vitamin semulajadi, bukan calang2 vitamin ye!! Alhamdulillah, langkah saya ambil ke arah kebaikan. Ummi mulakan bisnes kerana ummi telah berpengalaman positif dengan produk Shaklee. Ummi yang banyak sakit-sakit ni sikit sebanyak dapat dibantu.

Dan Ummi percaya, vitamin Shaklee juga dapat membantu lebih ramai lagi diluar sana. Yang istimewanya, kita tak perlu risau kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi bukan sintetik.
Alhamdulillah dengan itu, seiringlah perjalanan ini dengan niat saya, MEMBANTU orang lain mencapai kesihatan optimum mereka. Ujian kesihatan memang tetap ujian, dari Allah kan? Redha, sabar dan ikhtiar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...