Assalamualaikum mommies semua.
Anak adalah anugerah istimewa pemberian Allah kepada kita
bergelar ibu. Fitrah seorang ibu untuk melihat anak membesar dengan sihat dan
ceria. Dari sejak kita tahu kita mengandung, pasti kegembiraan dan kebahagiaan
menggunung tinggi kerana seorang lagi insan bakal menemani kehidupan kita
berpanjangan.
Namun begitu, ramai mommies terpaksa keluar bekerja untuk
menampung kehidupan yang semakin tinggi sara hidup. Mommies keluar pagi sebelum
melihat matahari terbit, dan balik malam tidak sempat melihat matahari
terbenam. Akhirnya? Anak-anak dibesarkan oleh orang yang tiada talian darah
daging sendiri. Kasih-sayang dapat dicurahkan pada hujung minggu sahaja, itupun
kalau tiada kursus, kelas ganti (untuk guru), seminar dan lain-lain aktiviti. Sedihnya,
seawall 3 bulan, seorang bayi sudah harus tinggal bersama pengasuh atau pembantu rumah kerana mommynya
terpaksa keluar mencari sesuap rezeki.
Alhamdulillah setakat yang Ummi tahu, ramai mommies yang
berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sempurna dua tahun. Selain menjimatkan
wang, itu adalah salah satu cara mommies curahkan kasih sayang kepada
anak-anak, tahniah!!
Pernah atau tidak mommies terfikir untuk duduk di rumah
tetapi dapat menjana pendapatan sampingan? Pernah kah mommies terdetik dalam
hati, “aku ingin sangat menjadi orang pertama melihat perkembangan dan kejayaan
anak, tetapi banyak yang anak lakukan di rumah pengasuh saja”. Ataupun,
pernahkan mommies setelah pulang kerja malam, tidurkan anak sambil tenung
wajahnya dan terdetik “kasihan anak mama! Mama keluar awal pagi, balik malam.. tak sempat nak main dengan sayang”.
Ingatlah sesungguhnya wanita tidak wajib langsung untuk
keluar bekerja. Tanggungjawab ini adalah kewajipan seorang suami. Namun begitu,
wanita bergelar mommies boleh sahaja mendapat side income walaupun duduk di
rumah. Itulah yang dinamakan Working at Home Mother atau lebih dikenali dengan
WAHM!!
Wanita bergelar mommies boleh tinggal di rumah, buat
kerja-kerja rumah, jaga dan besarkan anak dengan sebaiknya sambil bekerja dan
jana pendapatan dari rumah. Bunyinya senang kan? Tapi tunggu dulu!! Mari kita
lihat apa cabaran dan apa kelebihan menjadi seorang WAHM..
::Cabaran Seorang WAHM::
- Semua kerja-kerja rumah termasuk membersih rumah, memasak, mandikan anak, suap anak makan, tukar pampers anak, ajar anak membaca/mengira semuanya harus dilakukan sendiri.
- Sambil nak update produk di internet, anak menangis inginkan perhatian, atau sambil follow-up dengan customer di WhatsApp, anak panjat-panjat belakang WAHM. Masa anak tidurlah waktu terbaik update blog, tetapi itu juga masa itu masak, hurmmm…
- Nak COD barang atau ke branch beli stok.. semua kena angkut anak. Nak tinggalkan anak kat mana laa kan?
- Kita kira stok ke, tulis target ke.. depa anak-anak pun nak join skali! Anak-anak ni laa yang tolong susun stok dalam almari kan?
- Tak ada official MC kalau anak demam tetapi jadi double workload pula kalau anak-anak tak sihat dan jatuh sakit.
Cabaran pun cabaran la kan, tapi bahagianyaaa jadi WAHM ni
tau, sebabnya?
- Kita orang pertama tengok dia jalan!
- Kita orang pertama dengar perkataan pertama dia!
- Kita lah orang yang ajar dia membaca/menulis
- Kita juga lah orang pertama mengajar anak membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain.
- Kita tak risau pengasuh atau pembantu rumah buat pelik-pelik pada anak kita.
- Kita dapat hantar dan jemput anak dari sekolah dengan tenang.
- Anak-anak memahami pengorbanan kita kerana nampak jerih payah kita berusaha mencari rezeki.
- Kita dapat menyiapkan dan menghidangkan yang terbaik untuk suami kita; makanan, pakaian dan tempat tinggal yang bersih dan selesa.
Menjadi WAHM bukan yang pernah Ummi fikirkan sebelum ini. Namun,
Ummi tidak pernah terfikir untuk bekerja di luar disebabkan masalah kesihatan
tidak mengizinkan. Rupa-rupanya Allah telahpun merancang yang terbaik buat
Ummi. Di samping menjaga, mendidik dan membesarkan anak di rumah, Ummi juga
dapat membantu zauj mencari wang tambahan untuk menampung kehidupan. Kami bukannya
jenis suka berbelanja macam-macam, selalu keluar makan ataupun sering bercuti
ke mana-mana. Tetapi Alhamdulillah, dengan menjadi seorang WAHM, Ummi rasa
hidup Ummi sangat bahagia, pasti mommies memahami!
Jika mommies juga berminat menjadi WAHM seperti Ummi, jana
pendapatan dan dapat menjaga anak sepenuhnya di rumah, sila hubungi Ummi
segera. Jangan tunggu lama-lama ok!! Kalau bukan anda, siapa lagi?? Kalau bukan
sekarang, bila lagi??
iReach Iffah Azhar, SID #929407
WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com
saya pun wahm mom..kalau ikutkan memang banyak cabarannya tp kene terus berusaha...http://dalilayusof.blogspot.com/
ReplyDeleteBetul tu Dalila Yusof. InsyaAllah, berbekalkan semangatt yang jitu, kita akan terus berusaha! Selamat berkenalan ya
Delete