Saturday, May 10, 2014

Diari “balik kampong” musim panas 2014 (Part 1; memulakan langkah)


*Throwback*

Assalamualaikum semua,

Dah beberapa hari sampai bumi Qatar, teringin pula nak tulis diari. Nak nukilkan dan simpan kenangan perjalanan dan masa dihabiskan di sini. Awalnya memang cadangan mama Ummi supaya kami anak-beranak menghabiskan sedikit masa di “kampung”, kami dapat melepaskan rindu suasana di sini, dan juga atuk uwan dapat melepaskan rindu bermain dengan cucu-cucu.


Disebabkan encik zauj masih mempunyai kelas dan ingin fokus pada tesis, dia enggan ikut kami bersama. Akhirnya Ummi, anak-anak dan adik Ummi terbang ke Qatar menaiki pesawat yang sedikit murah berbanding Qatar Airways yang mahal. Berbanding Qatar Airways yang flightnya direct dari Kuala Lumpur terus ke Doha, penerbangan yang Ummi naiki adalah 3 jam perjalanan, transit 2 jam setengah dan lagi 4 jam ke Doha Airport.

Dari awal perjalanan Ummi sudah agak sedikit rasa risau, “mampukah aku untuk menjaga anak-anak sepanjang perjalanan tanpa kehadiran suami”. Tambahan pula ada transit dua jam yang menyebabkan total masa perjalanan ialah 12 jam berbanding Qatar Airways yang hanya 7 jam setengah sahaja. Walaupun anak-anak tidak begitu lasak, namun si kecil harus sentiasa dipegang dan didukung manakala si kak long pula sentiasa inginkan perhatian Umminya.

Berkat doa dan kesabaran, perjalanan sangat dipermudahkan. Tiada ragam atau bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan. Malah, tiada masalah apapun sepanjang perjalanan. Di sini, amatlah penting kita berdoa dan berserah (bertawakkal) kepada Allah kerana Dialah yang menentukan perjalanan kita. Pernah juga Ummi dengar ada anak basah pakaian semasa dalam kapal terbang, ada pula sentiasa menangis tidak selesa dan sebagainya.

Selain itu, kita harus ada kekuatan fizikal dan mindset. Kekuatan fizikal ni biasanya bila ada encik zauj, kita jadi manja.. baru dukung anak sikit dah nak pass pada dia kan.. angkat barang sikit, dah mula mengadu.. hehehe. Kali ini, semuanya terpaksa sendiri, dukung si kecil sendiri, pegang tangan kak long naik turun tangga, angkat dan tarik beg. Alhamdulillah ada yang membantu angkatkan beg, dan Alhamdulillah dari dulu Ummi amalkan ESP, ostematrix dan Omega Guard, dapatlah kurangkan sakit belakang, sakit otot tangan mendukung bayi seberat 9 kg sepanjang perjalanan, dan badan lebih bertenaga dan tidak cepat rasa letih.

Kekuatan mindset pula adalah satu kekuatan dalaman luar biasa di mana kita sering mendidik diri memberitahu bahawa “aku boleh” dan “aku mampu melakukannya”. Bisikan-bisikan positif ini mengaktifkan fikiran separa sedar dan akhirnya kita berjaya mengharungi cabaran 12 jam travel bersama anak-anak tanpa kehadiran encik zauj. Hurmm, kekuatan mindset ini sangat berguna dalam apa jua kita lakukan, termasuklah ingin berjaya menyusukan anak selama dua tahun, berjaya dalam bisnes (dalam kes Ummi, berjaya dalam bisnes Shaklee), dan berjaya dunia akhirat. Kita kadang-kadang (bahkan sering) terlepas pandang akan kekuatan diri sendiri sehingga kita cepat layu dan mudah putus asa.

Alhamdulillah semuanya dapat diharungi dengan lancar. Saat penerbangan pulang dari Doha ke Kuala Lumpur merupakan satu lagi cabaran yang terpaksa dilalui, namun berkat kekuatan-kekuatan ini insyaAllah perjalanan dipermudahkan dan tahu-tahu dah sampai ke pangkuan keluarga dengan selamat biiznillah insyaAllah!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...