Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia.
Hari ini buka facebook, ramai yang berstatuskan ucapan terima
kasih kepada guru, dan ucapan selamat hari guru. Guru istimewa kerana mereka
dapat mengajar anak bangsa sedangkan kita di rumah nak mengajar 4-5 orang anak
pun terkial-kial, opsss!!!
Guru istimewa kerana kesabarannya menggunung tinggi,
Guru istimewa kerana dapat memenuhi ilmu kepada anak
muridnya,
Guru istimewa kerana tanpa mereka, siapalah kita!!
Ramai yang menjawat jawatan guru secara rasmi atau tidak,
telah mengajar Ummi. Julung-julungnya pastilah mama Ummi tersayang, kerana
pepatah berbunyi “ibu adalah sekolah yang pertama bagi anak-anak”. Kemudian
semua guru-guru sekolah rasmi yang pernah mengajar Ummi selama ini termasuklah:-
Dunkirk Nursery/Primary School
Tadika An-Nur
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Serdang
Sekolah Islam Al-Amin Bangi
Sekolah Menengah Kebangsaan B.B,Bangi
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bangi
English Modern School, Doha
Cambridge School, Doha
Qatar University, Doha.
Dan tidak dilupakan buat guru-guru tuisyen seperti di Islah
Educare, GTF, cikgu Hassan Shukri (mengajar add-math masa form 4), naqibah
usrah, mentor dan coach Shaklee yang telah banyak mengajar Ummi erti kehidupan.
Subhanallah, pahala seorang guru ini mengalir bak air sungai
tiada henti kan. Bayangkan satu ilmu yang diajarkan akan diamalkan oleh 30
orang anak murid secara konsisten dalam sehari. Itu baru sehari.. kalau didarab sebulan,
apalagi setahun, Allahu Allah!!!
Oleh itu, buat guru-guru diluar sana, ucapan jutaan terima
kasih Ummi nukilkan buat guru hebat!! Jasamu dikenang selamanya, Selamat Hari
Guru!!!
Akhir kata, nasyid khas Ummi dedikasikan khas untuk anda
bergelar guru. Semoga Allah merahmati usaha kalian!
Ikhlas dari
No comments:
Post a Comment