Assalamualaikum pembaca Joys of Ummi
Pulang kampung ni teringat2 kisah2 lama, zaman2 belajar dulu.
Ummi ni memang jenis mudah stress dan bila stress, memang senang jatuh sakit.
Masa ujian akhir tahun tingkatan 4 pun masuk hospital sebab stress. Haha!!
Jadi, alkisahnya di sini (di Qatar), masa tu Ummi ambil ujian O level, di sini panggil
IGCSE. Ntah macamana, tengah-tengah exam tu Ummi jadi stress yang tidak dapat
dikawal sehingga menyebabkan terjadinya ulcer perut (gastrik) yang teruk. Makan
apa je keluar balik, muntah2, pedih perut dan sebagainya. Badan menjadi letih,
tidak bermaya dan jawab exam pun gitu-gitu aje. Stress punya pasal! Tetapi Alhamdulillah,
stress dan sakit-sakit pun, dapat juga banyak A, ahaks! Syukur Alhamdulillah.
Kalau dikenang2 kembali, rasa kelakar pun ada, rasa kesian
pada diri sendiri pun ada juga. Sekarang ni dah habis belajar semua, boleh la
fikir.. "buat apa laa stress2, buat seksa diri aje". Huhu, betul juga
tu…
Lepas2 tu pernah lah jumpa dengan Dr Hatta, doktor pakar psikaitris.
Dia datang rumah masa transit nak ke mana Ummi dah lupa. Tanya juga lah,
"macamana nak kawal stress?". Dia kata "berhenti lah dari
perkara2 yg menyebabkan stress tu", hurmm, mampu ke kita buat gitu?
Alhamdululoillah semua itu kini hanya menjadi kenangan. Ummi
berusaha sedaya upaya untuk tidak memberi tekanan pada diri dan otak/minda
selepas ini. Kasihan!! Tetapi, sejak pulang kampung ni, mama Ummi kata abah (yang
kerjanya berat dan stress memanjang) boleh kurangkan stress dia secara
semulajadi. Caranya? Bermain dengan cucu-cucu!! Bermain dengan kanak-kanak
kecil ni memang sangat menenangkan. Tengok dia senyum, tengok dia ketawa,
gelagat yang mencuit hati dapat menghilangkan keresahan dan kecelaruan,
tambahan pula bila baby nangis atau apa, serahkan saja baby pada Ummi dia,
senang kan? Hahaha.
Kesimpulannya, dua cara nak atasi stress secara mudah, semulajadi
tanpa menjejaskan kesihatan langsung ialah tinggalkan perkara punca stress itu
dan keduanya lakukan aktiviti yang kita suka dan menggembirakan.
Jika anda rasa susah nak buat dua-dua cara ini, misalnya anda
sedang belajar diperingkat degree dan anda stress dek kerana assignment yang
bertimbun, final projek yang baru separuh siap dan anda tidak boleh
meninggalkannya (tinggalkan perkara punca stress itu), cubalah tanam minat pada
kerja-kerja anda.
Selain itu, anda boleh ambil suplemen semulajadi yang dapat
membantu mengurangkan stress seperti B-Complex Shaklee. B-complex Shaklee
bertindak sebagai anti-stress atau "penenang" dan juga berfungsi
sebagai energy booster. B-Complex Shaklee yang diperbuat dari bahan semulajadi
ini sangat selamat dan sesuai dikonsumsi oleh mereka yang mudah stress seperti
pelajar, pekerja dan sebagainya.
Ummi sudah mencubanya semasa berpantang tempohari,
Alhamdulillah memang berkesan. Ada adik seorang tu pun beritahu bahawa
B-Complex sangat sesuai untuknya sebagai seorang pelajar kerana dapat membantu
dia mengatasi masalah stress semasa belajar.
Anda juga berminat dengan B-Complex Shaklee? Hubungi Ummi
sekarang dan Ummi akan berikan konsultasi terbaik buat anda. Do what you love! Salam ceria dari Ummi!
No comments:
Post a Comment