Qatar, sebuah negara kecil terletak di teluk Arab,
bersebelahan dengan Saudi Arabia merupakan satu negara yang banyak kenangan dan
memori pada Ummi. Mana taknya, Ummi tinggal di Qatar bermula usia 16 tahun
sehinggalah...
1.
Mendapat segulung ijazah
2.
Bernikah dan membina keluarga kecil
Untuk mencapai ketiga-tiga achievements di atas, pelbagai
cabaran dan dugaan yang harus dilalui.
Masih segar diingatan hari pertama kami berhijrah ke Qatar.
Abah Ummi ingin bertukar angin, mencari suasana tempat pekerjaan baru untuk
menambahkan lagi pengalaman dan ilmu. Waktu itu Ummi baru menginjak tingkatan
lima di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jadinya, memang tak
ambil SPM la dibuatnya! Hehehe.
Awalnya memang nak ambil SPM, kira macam student jarak jauh. Tetapi
disebabkan tahun itu bermula segala macam praktikal untuk semua subjek, memang
terpendam sahajalah hasrat nak memegang sijil SPM tu. Tapi, ada hikmah di
sebaliknya. Alhamdulillah ala kulli hal.
Apa yang bestnya tentang Qatar? Qatar hanyalah sebuah negara
yang kecil, tidak banyak entertainment, tidak banyak shopping mall (itu dulu
lah), tidak banyak attractions dan sebagainya. Tetapi, tinggal di Qatar selama
8 tahun itu banyak kenangan pahit manisnya. Boleh baca di sini 6 perkara menarik tentang Qatar
Alhamdulillah setelah hampir dua tahun meninggalkan bumi arab
ini, Ummi berpeluang kembali untuk menjejakkan kaki ke sini lagi, dapat tinggal
di rumah dulu, dapat menziarahi kedai-kedai dab restoran-restoran kegemaranm
dapat menziarahi university lama. Syukur Alhamdulillah,
Walaupun Ummi akan berada di sini selama dua bulan, bisnes
Shaklee tetap berjalan ye. Kan namanya bisnes online, walaupun Ummi berada di
mana sahaja, boleh hubungi Ummi untuk memesan atau konsultasi tentang produk
kesihatan Shaklee okay! Nantikan cerita-cerita updates tentang kami di Qatar.
Salam sayang dari Doha, Qatar!
No comments:
Post a Comment