Friday, April 25, 2014

Bagaimana nak gandakan dari 3 angka ke angka infinity, mengalir macam sungai??? Rahsia Jutawan Ummi


Assalamualaikum bakal jutawan semua,

Ummi pernah dengar dalam radio tempohari, “bila kita berdoa pada Allah kita nak jadi jutawan, biarlah doa yang spesifik. Kang alih2 jadi jutawan, tapi jutawan rupiah jek”. Hehehe.. ada kebenaran di situ.


Hari ini Ummi nak kongsikan bagaimana cara terbaik kita nak gandakan aset kita dari nilai yang sikit menjadi sesuatu yang saham besar yang tidak akan merugikan kita. Ni kira macam pelaburan cepat dan kekal kaya insyaAllah.

Contohnya lah, kita ada RM300, bagaimana cara kita nak laburkan tiga ratus ringgit ini sebaiknya.

Cara paling mudah, laburkan untuk membeli al-Qur’an untuk ditempatkan di masjid-masjid, sejadah, kerusi roda, atau peralatan untuk rumah anak yatim dan sebagainya. Whoaaa… itu untuk orang lain, apa yang kita akan dapat?

Tahukah anda, melabur cara begini namanya amal Jariah, pahalanya mengalir bagaikan sungai yang deras tiada henti walaupun kita sudah tidak bernafas di dunia ini lagi. Apalah sangat RM300 itu daripada dibelanjakan membeli jajan, pizza hut, tambah koleksi handbag di rumah, atau koleksi dress untuk puteri kita kan. Semua barang-barang ini boleh dibeli dengan syarat ada allocation yang dibuat untuk amal jariah itu tadi.

Bayangkan al-Qur’an yang dibaca setiap hari, setiap ayat, setiap huruf ada pahala untuk penderma al-Qur’annya. Begitu juga dengan kerusi roda yang ditempatkan di hospital, berapa juta orang akan dapat menggunakan kemudahan itu ketika mereka tidak mampu berjalan kerana sakit.

Cumanya, ada syarat untuk menjayakan pelaburan ini kerana jika kita tersalah langkah, pelaburan yang sepatutnya akan berkembang dan mengalir macam sungai tadi akan lebur asapnya dibawa angin, KOSONG!!

So, apa syaratnya?

Melabur dengan duit yang halal. Duit haram jangan disentuh langsung dan jangan dibawa masuk ke rumah. Tiada apa yang akan kita dapat dari duit yang haram.


 Niat kerana Allah ta’ala. Niat supaya Allah redha, niat supaya ramai yang baca dan dapat manfaat dari al-Qur’an itu, niatkan lebih ramai orang baca al-Qur’an sebab dah ada kemudahan al-Qur’an di Masjid semasa menunggu waktu masuk


   Jangan menunjuk-nunjuk. Biarlah anda seorang yang tahu bahawa koleksi al-Qur’an terjemahan Syamil di Masjid Hasanah tu anda yang dermakan. Tidak perlulah sesiapa lain yang tahu.

Apa tunggu lagi, mulakan sekarang! Elok pula tulis entri ini pada hari Jumaat. Semoga kita gandakan amal jariah dan pahala kita untuk bekalan Akhirat kita. Amiiinnn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...