Assalamualaikum
semua,
Hari ini
Ummi ingin berkongsi cerita. Memandangkan semalam kita cerita tentang set
vitamin untuk mengekalkan kesihatan optimum bagi bakal Jemaah Umrah (dan Haji),
hari ini teringat pula Ummi pada kisah dua tahun lalu ketika kami ingin
menunaikan Umrah buat pertama kali.
Oh ya, jika
anda adalah salah seorang bakal Jemaah Umrah, akan berangkat ke tanah suci
tidak lama lagi dan anda sedang mencari set penjagaan kesihatan selama anda di
sana, anda dijemput untuk membaca entri “Set Vitamin Semulajadi untuk Jemaah
Umrah dan Haji” di sini ye ==> Set vitamin Umrah dan Haji
=========================
Tersebutlah alkisah satu keluarga ingin menunaikan Umrah sendiri buat pertama kalinya. Perjalanan yang dimulakan dari negara kecil Qatar dengan berkenderaan darat menjangkakan mengambil masa lebih kurang 24jam. Pelbagai persiapan dan kelengkapan perjalanan dan ibadah Umrah telah dibuat termasuklah servis kereta, persiapan baju untuk Umrah, makanan, peta dan koordinat GPS untuk tempat-tempat tertentu seperti koordinat hotel di Mekah dan Madinah, tempat parking kereta di Mekah, miqat dan lain-lain. Memandangkan ini merupakan perjalanan “individual” mereka, ketua telah mengambil maklumat dan info dari beberapa rakan yang sudah pernah pergi menunaikan Umrah secara driving.
Perjalanan pergi
yang sangat lancer, tiba di Madinah tanpa sebarang masalah. Beberapa hari di
Madinah telah digunakan untuk beribadah di Masjid an-Nabawi, di Raudhah,
berjalan keliling masjid-masjid kecil di Madinah dan berbelanja serba-serbi di
souq Dawood, belakang masjid an-Nabawi.
Pagi,
setelah selesai sarapan pagi, persiapan untuk bertolak ke Mekah telah lengkap.
Koordinat hotel di Mekah telahpun di key-in, begitu juga dengan miqat Birr Ali.
Akan tetapi, pilot dan co-pilot telah terperasan bahawa “estimated time arrival”
ke miqat Birr Ali hanyalah setengah jam. “Eh, takkan setengah jam je Birr Ali
ni dari Madinah, salah coordinate tu!”, “takpe.. takpe.. ada lagi satu
coordinate Mr. M bagi, cuba kita key-in dan tengok”.. tup tup, ETA bagi
coordinate yang kedua adalah lebih lama, dan jaraknya dari Madinah lebih jauh. “Haa,
barulah nampak lojik sikit coordinate ni”, “ok, mari kita mulakan perjalanan,
Bismillah!!”
Perjalanan
dari Madinah ke Mekah juga lancar dan tiada halangan, Alhamdulillah. Pernah
beberapa kali mereka berhenti di stesyen-stesyen minyak untuk isi minyak
kereta, makan dan berehat. Perjalanan diteruskan sehingga GPS menunjukkan
destinasi miqat sudah sampai dan suara makcik dalam GPS tu pun bersuara “arriving
at destination on right!!”. Namun begitu, tiada miqat yang mereka sekeluarga
nampak, akan tetapi hanyalah padang pasir yang luas!
“Hah? Mana
miqatnya?”. Pilot membelokkan kereta dan berhenti di stesyen minyak berdekatan.
“wein miqat? Wein Birr Ali??” Tercengang-cengang pakcik tukang isi minyak tu
bila orang tanya pasal Birr Ali. Dia geleng-geleng saja. Sudahlah menggelabah
satu keluarga tadi, MANA MIQAT BIRR ALI???
Telefon sana
SMS sini, rupa-rupanya benarlah coordinate pertama yang di key-in awal tadi.
Birr Ali sangatlah dekat dengan Madinah. Mereka pun terpaksa berpatah balik ke
Birr Ali untuk niat ihram sedangkan perjalanan mereka sudah setengah perjalanan
ke Mekah (580km dari Madinah). “Barangkali ada hikmahnya di situ”, pilot cuba
menenangkan ahli dalam kapal yang sudah penat dan lelah berjalan jauh
bersempit-sempit dan ber”mengantuk-mengantuk” dalam kereta.
miqat birr ali
Setelah selesai
berihram di miqat Birr Ali, mereka menuju ke Mekah tanpa lengah lagi. Mereka sampai
di Mekah dan selesai menunaikan Umrah sejurus sebelum Subuh.
Alhamdulillah
ala kulli hal
===================================
Kalau
diingatkan kembali kisah ini, nak ketawa pun ada, haru pun ada. Tapi, pastinya
ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Begitulah kisah perjalanan Umrah
kami yang tidak seberapa itu, kereta besar dan selesa, ada duit untuk beli
makanan di perjalanan dan sebagainya. Kalau nak dibandingkan mereka yang
sanggup berjalan kaki dari negara mereka ke tanah suci semata-mata untuk
menunaikan Umrah dan Haji? Subhanallah!!!!
Harap anda terhibur
dengan cerita ini. InsyaAllah di lain waktu Ummi akan nukilkan lagi kisah-kisah
menarik yang pernah Ummi lalui.
Allahu A’lam
No comments:
Post a Comment