Monday, April 14, 2014

Tips berpuasa untuk ibu menyusu

Assalamualaikum breastfeeding mommies.

Mommies masih ada “hutang” belum dibayar sebelum Ramadhan tiba? Mesti ada terdetik dihati, macamana ye berpuasa bagi ibu menyusu ni. Tak salah ibu menyusu berpuasa, Cuma ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan.


Pertama, niatlah kerana Allah. Time kita niat tu, niat betul2, “ya Allah, aku berpuasa ni kerana mengikut perintahMu, aku ingin menjadi hamba yang taat, semata-mata keranaMu. Ini merupakan satu cabaran bagiku untuk berpuasa sambil menyusukan anak. Permudahkanlah ya Allah, berikan aku kekuatan, kesihatan tubuh badan, dan cukupkanlah susu untuk anakku. Sesungguhnya rezeki itu semata-mata dariMu”.

Kedua, jaga pemakanan. Banyakkan minum susu, makan kurma, minum air masak yang banyak, nasi, sayuran dan buah-buahan. Kurangkanlah kuih muih yang tidak membantu memberi vitamin dan mineral untuk membantu penghasilan susu dan penjagaan kesihatan tubuh badan kita.

Ketiga, buat stok susu. Untuk mommies yang bekerja, semestinya mommies sudah arif dan banyak buat stok susu. Namun, semasa berpuasa juga harus buat stok supaya susu tidak “out of stock” kan. Untuk housewife mommies juga boleh buat stok susu, simpan dalam freezer. Boleh topup2 semasa kita berpuasa nanti.

Keempat, elakkan perkara yang dapat mengurangkan susu ibu seperti stress, terlalu penat, minum air masak yang tidak mencukupi, tidak bersahur dan pemakanan tidak seimbang semasa berbuka.

Kelima, banyakkan berdoa dan berzikir. Subhanallah, kuasa berzikir ini memang powerful. Semasa Ummi berpuasa tahun lepas, si kenit tu baru 3 bulan macam tu, memang fully bf tanpa tambahan solid food. Di kala Ummi merasa kepenatan dan lelah, Ummi banyakkan berzikir, ya Qawiy, ya Matin, La hawla wala quwwata illa billah. Memang sangat membantu. Bukan sahaja kita menjadi lebih positif dan ceria, tubuh badan pun sentiasa segar Alhamdulillah.

Di sini juga Ummi lampirkan cadangan Set Mighty 3 Gems Shaklee yang sangat sesuai untuk ibu menyusu yang berpuasa, untuk menjaga kesihatan tubuh ibu menyusu sepanjang hari dan membantu mengekalkan produksi susu ibu sepanjang berpuasa. Boleh baca entri ini ==> Bagaimana Mighty 3 Gems membantu ibu menyusu Berpuasa Penuh Tenaga


Antara kebaikan Set Mighty 3 Gems ialah:-
  • Memberi tenaga sepanjang hari.
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
  • Mengelak tubuh dari dehidrasi (kekurangan air).
  • Membantu memekatkan susu ibu.
  • Mengelakkan tubuh dari cepat penat dan lesu ketika berpuasa walaupun menyusukan anak.


Ummi baru cuba mengamalkan set ini semalam (untuk berpuasalah). Alhamdulillah jam 7 petang tu Ummi selesai masak, terus mandikan anak. Belum siap pakaikan baju dah azan. Zauj suruh berbuka dulu. Minum ESP sahaja dulu, siap pakaikan baju si kenit, solat Maghrib, barulah makan makanan berat. Alhamdulillah memang tak pening, tak penat, masih cergas sampailah waktu berbuka. Alhamdulillah.

So, mommies ingin mencuba set ini? Memang berbaloi dan tidak rugi insyaAllah!! Kasihan pada tubuh dan kasihan pada bayi jika mommies yang berpuasa menyusukan anak tetapi mommiesnya penat dan tidak bermaya.

Sila klik link ini untuk memesan set Mighty 3 Gems
Order Set Mighty 3 Gems

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ummi ya!

iR Iffah Azhar; SID #929407
SMS/WA: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com
FB Page: Joys of Ummi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...