Saturday, April 19, 2014

Sedikit coretan buatmu adikku sayang


Dalam kesibukan hari demi hari mengejar cita-cita, banyak perkara yang pandang sebelah mata, dan banyak juga yang terlepas pandang begitu sahaja. Hari ini, bertarikh 19th April 2014, genaplah pemergianmu selama 5 tahun. Pejam celik pejam celik, tarikh ini datang lagi, mengimbau kembali perjuangan saat-saat terakhir nafasmu.


Sebuah poskad yang dihantar sebagai “kad raya” baru dibaca tadi. Sedih, pilu, terharu, bergenang air mata membacanya. Itulah kali terakhir raya untukmu. Dan saat itu, dikau sendirian beraya bersama uwan sedangkan kami semua berada jauh di perantauan.



Teringat kembali saat kita ke Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan kak Mas dan Abg Ritz, waktu itu kandunganku berusia 8 bulan. Kata orang, “tengah sarat” ataupun “tengah tunggu hari”. Disebabkan itu, kita pulang awal berbanding sepupu-sepupu lain kan. Dan kita naik komuter waktu tu. Dikaulah yang temankan, pimpin tangan agar orang lain tak mengganggu laluanku, seperti bodyguard gitu!!

Lagi.. lagi.. kenangan terakhir bersamamu. Saat kak long telah lahir. Waktu tu sekolah cuti akhir tahun dan dikau tatkala itu mahu naik tingkatan lima. Tetapi dilihatnya sibuk buat kerja lain sedangkan orang lain sibuk ke tuisyen bagai. Pernah kutegur, “belajarlah, tahun depan kan SPM”. Rupa-rupanya Allah telah mengatur semuanya. Kerja yang disiapkan adalah kerja persatuan sekolah BADAR – badan dakwah – Semua kerja-kerja dakwah itu siap “just in time” sebelum dikau pergi. Tidak sangka yang SPM tidak sempat menyapa. Waktu itu juga, anak saudara sulung sering dikau gendong dan cium. Sejuk hati memandangnya.

Maafkanku kerna saat terakhir pemergianmu, aku tiada di sisi. Aku jauh diperantauan dan tidak dapat pulang atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari demi hari, doa terus menerus mengharapkan kesembuhanmu, namun Allah itu Maha Tahu.

Semoga dikau di sana tergolong bersama para mujahid dan solihin. Semoga Allah mengampuni segala dosamu dan menaikkan darjatmu. Allahummaghfirlaka warhamka wa     aafika wa’fu `anka. Rindumu tiada terkira, titisan air mata mengenangkan ketiadaanmu, doa kupohon agar enggkau sentiasa sejahtera di sana


I Miss You Brother!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...