Wednesday, April 16, 2014

Tips untuk mengekalkan kesihatan anda sepanjang menunaikan Umrah


Assalamualaikum semua,
Sekarang ini musim orang ke tanah suci untuk menunaikan Umrah, Subhanallah! Ummi pula dengar, cuaca di tanah Arab termasuklah Mekah dan Madinah semakin terik dan suhu dah naik secara mendadak akhir-akhir ini. Perubahan cuaca dari Malaysia ke tanah suci mungkin akan menyebabkan rakyat Malaysia yang menunaikan Umrah akan mudah jatuh sakit.  Tambahan lagi, suasana di sana yang penuh dengan debu construction sana sini dan kesesakan kenderaan dan manusia akan menyebabkan kesihatan para Jemaah Umrah akan mudah terjejas.


Alhamdulillah, dengan sikit sebanyak ilmu dan pengalaman tentang suasana dan cuaca di tanah Arab, dapatlah Ummi berkongsi tips untuk kekalkan tahap kesihatan maximum kepada bakal Jemaah Umrah yang akan ke tanah suci tidak lama lagi. Iyalah, peluang menunaikan Umrah ini bukan datang banyak kali. Kalau boleh kita dapat melaksanakan ibadah Umrah ini sebaik-baiknya apabila tiba di Mekah dan Madinah. Oleh itu, haruslah kita menjaga kesihatan sepanjang Umrah supaya kita tidak mudah jatuh sakit.

Pertama; minum lah air secukupnya. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari, dan seeloknya lebih dari itu. Kekurangan bendalir dalam tubuh akan memudahkan badan menjadi lemah lesu dan virus mudah merebak dalam badan. Anda boleh dapatkan botol air zamzam di sekeliling dan di dalam Masjid alHaram juga Masjid Nabawi. Ketika sarapan, makan siang dan malam, minum air secukupnya. Elakkan minuman air berais, air sejuk  atai air bergas untuk mengelakkan mudah terkena batuk dan selsema.



Jika anda ingin menziarah tempat-tempat lain di sekeliling Mekah dan Madinah; seperti menziarah Gua Hira' di Jabal Nour, menziarah Jabal Rahmah dan sebagainya, bawalah bersama anda sebotol besar air masak dan minumlah dari masa ke masa untuk mengelak dehidrasi.


Kedua; bawalah payung. Jika jarak dari hotel ke masjid agak jauh, bawa lah payung untuk menutupi kepala daripada panas terik matahari. Bawalah payung yang kecil molek tetapi boleh melindungi tubuh kita. Payung yang boleh dilipat kecil akan memudahkan kita simpan dalam beg ketika kita berada di Masjid nanti.



Ketiga; pastikan anda lebih banyak masa berada dalam bangunan/Masjid dan elakkan berjemur diluar. Luangkan lebih masa di Masjid jika hotel anda jauh dari Masjid. Ini dapat mengelakkan tubuh anda penat berulang-alik yang akan menyebabkan kelesuan, pening, dehidrasi dan mungkin masalah kesihatan yang lebih kronik.


Keempat; pakailah topeng penutup mulut (facial mask) semasa berada diluar bangunan/Masjid. Ini bagi mengelakkan para Jemaah Umrah menghidu asap debu dari pembangunan (construction), kesesakan kenderaan dan wap udara dari manusia yang berlatarbelakang kesihatannya kita tidak pasti.




Kelima; bawalah bersama keperluan ubat-ubatan dan vitamin/suplemen yang dapat menampung dan menambahbaik kesihatan anda sepanjang menunaikan Umrah. Set Kesihatan Optimum Umrah/Haji Shaklee adalah antara produk kesihatan terbaik kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi, tanpa dadah, selamat, powerful dan dijamin halal!! insyaAllah.




Untuk maklumat lanjut tentang Set Vitamin Umrah dan Haji, boleh baca di entri ini ==> Set Vitamin Penjagaan Kesihatan Umrah dan Haji

Hubungi Ummi sekarang untuk mendapatkan Set Vitamin Kesihatan untuk Umrah dan Haji anda sekarang!!

iR Iffah Azhar; SID  #929407
SMS/WA: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...