Thursday, April 17, 2014

Apa yang bayi setahun anda mungkin boleh buat – potensi dan perkembangan bayi anda


Assalamualaikum mommies,

Bayi apabila mencecah umur setahun, kadangkala kita merasa dia seperti sudah setahun setengah atau dua tahun kerana perkembangan mereka cepat dan biasanya ada saja benda baru yang dia pelajari.

Mengikut pembacaan Ummi, kebanyakan bayi umur setahun sudah pandai:-

     1)    Berjalan
     2)    Suap makanan sendiri
     3)    Memahami pertuturan pendek yang biasa dia dengar
     4)    Memasukkan dan mengeluarkan objek dari bekas/container
     5)    Memberi respon (senyum, angguk, geleng, buat muka)
     6)    Memegang sudu/pen dan mungkin pandai mencoret di atas kertas/board.
     7)    Sudah pandai menyebut “mama”, “dada”, “tata”
     8)    Mengstabilkan diri apabila memanjat.




Anak-anak yang memasuki umur setahun ada kalanya…

Kurang tidur siang; berbanding dengan perjalanan mereka sebelum usia setahun, kini mereka sudah pandai jalan dan keinginan untuk meneroka itu meluap-luap. Tahap ingin tahu mereka berganda-ganda menyebabkan mereka kurang ingin tidur siang.

Inginkan lebih perhatian; ada kalanya kita melihat si kecil ini makin menjadi-jadi manjanya dan “mengada-ngada”nya asyik nak melekat saja dengan kita. Itu tanda mereka percaya bahawa mommy mereka lah satu-satunya di hati mereka dan sebagai pelindung, penyejuk hati, bodyguard mereka.

Kurang makan; anak umur setahun ke atas adakalanya ingin main sehingga keinginan untuk makan itu berkurang. Biasanya berat dan tinggi mereka tidak akan naik banyak, dan mungkin juga saiz badan mereka akan mengecut kerana kurang makan tetapi aktif bergerak ke sana sini.

Ajarkan mereka berdikari; jangan terlalu pantas mengangkat bayi yang menangis. Biarkan seketika dan panggil mereka untuk berjalan/merangkak ke arah kita apabila dia menangis. Biarkan dia berjalan sendirian tanpa perhatian kita seketika kemudian baru kita melayan mereka.


Jom tengok apa si kecik Ummi tu dah pandai buat. Asma’ alHusna yang hari ini tepat setahun sebulan tiga hari, melalui pemerhatian Ummi, dia sudah pandai:-

      a.     BELUM PANDAI BERJALAN!! HUHUHU….

Tak mengapa, yang penting kita latih dia berjalan. Bukan kakinya tak kuat berdiri, tahap keyakinan dia untuk melangkah sendiri itu belum jitu.
      
      b.     Memberi respon seperti menggangguk dan menggeleng tanda setuju atau tidak.

“Asma’ nak minum? Mari sini sayang kita minum”.. tiada reaksi! “Asma’, come here, kita minum”, “Asma’ nak minum air?” sambil tunjuk gelas air pada dia. Asma’ menggelengkan kepala dan terus berlalu merangkak ke arah kak long. Haha! Communication understood!!!
      
      c.      Memasang dan mencabut blocks/lego

      d.     Memasukkan mainan ke dalam bekas jika disuruh. “Jom kemas mainan!”

Aktiviti mengemas menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Satu satu blok dia masukkan ke dalam bekas mainan.

      e.      Memasukkan tutup botol/tutup bekas/tutup pen tepat pada mulut perkakas-perkakas itu.

      f.       Menabung!! Duit syiling tu dia boleh selitkan dalam slot kecil tu.

      g.     Menyedut minuman dari straw.

Senang lah Ummi dia tidak perlu lagi bawa botol minuman khas untuk bayi kalau keluar ke mana-mana. Bawa sahaja botol mineral dan sebatang straw, si kecil sudah boleh minum air dari situ.

      h.     Mengetahui beberapa anggota badan seperti tangan, kaki, perut.

“mana perut?” Dia pun akan angkat bajunya dan bersedia untuk dimamam. Hehe.

      i.       Menepuk tangan jika berjaya melakukan sesuatu.

      j.       Melenggok kepala jika mendengar music atau jika kak long menyanyi.

Tengok saja aksi kepala dan lenggokan badan dia bila dengan lagu “gemuruh, Shaklee” tu. Hehehe!!

      k.     MERAJUK!!!

 Hahaha… kadang-kadang bila Ummi tak ikut kehendak Asma’, dia akan menangis dan merebahkan badannya ke lantai dan bila dipanggil, dia buat tak endah sahaja. Huh!

l.  Dapat membezakan sesuatu dan tahu apa yang dia inginkan

Ummi makan biskut, Asma' pun datang nak juga biskut. Ummi bagi roti pengganti biskut kerana biskut manis. Asma' tak nak ambil roti sebab tau biskut lagi sedap dari roti. Hurmmmm....

m. pandai JELES!!

Kalau kak long baring tepi Ummi atau menenggek atau riba Ummi, mesti Asma' akan datang nak join atau marah/tolak kak long ke tepi. Alahai alahai!!!

Dan banyak lagi kepandaiannya seperti pandai meniru gerakan Ummi, kak long dan abi walaupun baru pertama kali melihatnya. Contoh, pandai peluk, kiss, menghulurkan baju ketika memakai baju, dan lain-lain. Alhamdulillah ala kulli haal.

Melihat anak membesar dan perkembangannya hari-hari menyebabkan hati Ummi sentiasa gembira. Anak adalah permata hati. Dia juga adalah amanah dariNya untuk kita sebagai ibubapa pelihara.


Akan tetapi, setiap anak berkembang ikut masa masing-masing. Andai ada yang tersenarai di atas belum anak mommies mahir, jangan risau kerana insyaAllah dia akan belajar dan terus belajar setiap hari. Yang penting, kita sebagai mommy dia haruslah membantu pembelajaran dia dengan cara sentiasa ada interaction dengannya, sentiasa bercakap dan memberi respon padanya, sentiasa memberi perhatian padanya. Anak-anak berkembang dengan pesat. Bantu mereka memegang pensel/sudu dengan betul, bantu mereka berjalan, bantu mereka bercakap dan memahami pertuturan. Lepas ini Ummi nak mulakan mengajar dia membaca pula. Target Ummi, dua tahun setengah dah pandai membaca Qur’an dan bahasa Melayu!! insyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...