Assalamualaikum semua,
Tidak disangka-sangka, rupanya ramai juga yang menghadapi
masalah kulit wajah yang kering. Ummi sering dengar masalah kulit berminyak,
kulit berjerawat tetapi kulit wajah kering berkeping-keping juga merupakan satu
masalah juga kan!
Ummi dari kecil memang ada masalah kulit. Selain kulit wajah
yang kering, Ummi menghadapi masalah kulit nipis disebabkan penyakit yang Ummi
hadapi. Kulit kering dan nipis menyebabkan kulit mengelupas, berkeping, mudah
terkopek, pedih dan akhirnya menjadikan wajah kusam dan tidak berseri-seri. Jarang
sekali Ummi apply foundation ke, toner ke, apalagi make-up. Malah, kalau
tersalah sapu krim pada muka, pastinya muka jadi lebih kering dan merosakkan kulit wajah. Akhirnya Ummi
hanya apply baby lotion pada muka, itu sahaja!!
Sehinggalah pertengahan tahun 2012, Ummi pulang ke Malaysia,
mengandung dan bersalin.. kulit wajah bertambah baik, lebih lembap, dan
bertambah halus. Seperti biasa, Ummi tidak memakai apa-apa produk kecantikan
kulit langsung! Sangkaan Ummi, mungkin kerana Ummi consume produk Shaklee yang
awalnya bertujuan untuk set bersalin dan milk booster. Hurmm, mungkin juga kan!
Ini kerana produk Shaklee yang berkualiti tinggi ini diperbuat dari bahan semulajadi
dan halal. Dan vitamin hebat Shaklee ini membaiki sel-sel kulit wajah dari
dalam!
Dua minggu lalu Ummi pulang kampung (nak tahu cerita pulang
kampung, boleh baca sini), cuaca berubah dan tak sama dengan cuaca di Malaysia.
Di sini cuaca amat kering, humidity rendah.. nak nak lagi dah masuk musim
panas, suhu di luar rumah boleh mencecah 45 darjah!! Di dalam rumah pula
terpaksa pasang aircond setiap masa. Haa, menjadi-jadi kering kulit wajah Ummi
ni!! Masa awal-awal sampai “kampung”, bibir bengkak, lidah kering dan luka,
tekak pun perit je, agaknya badan terkejut dengan suasana! Bukan cultural shock
tapi environmental and weather shock. Seksa juga nak makan sebab lidah dan
tekak sakit, muka pula kering sampai kalau senyum pun sakit! Kulit seluruh
badan pula mengering dan jadi gatal-gatal. Ummi sapu juga virgin coconut oil,
tetapi kesannya tidak lama, baru beberapa jam dah mengering semula kulit. Untuk
mempercepatkan penyembuhan sakit lidah dan tekak, Ummi telan juga Omega Guard
Shaklee, kerana Ummi percaya omega Shaklee boleh bantu pesakit herpes, cuba baca
sini ==> Omega Guard Bantu Pesakit Herpes
Akhirnya, untuk masalah kulit yang berlarutan beberapa hari,
Ummi nekad minum air masak lebih dari keperluan, iaitu lebih 2 liter sehari. Sekejap-sekejap
minum air masak, sekejap-sekejap minum susu juga (ibu menyusu memang elok minum
susu kan?). kesannya? Kulit kering dan dapat diatasi dengan mudah, murah dan
berkesan! Bibir pun dah tak bengkak, badan juga rasa lebih segar dan bertenaga.
Dan baru-baru ni Ummi terasa tekak dah kembang dan nak sakit
je, permulaan untuk terkena batuk la tu. Debu dan pasir dekat sini memang
banyak! Jadinya, sebelum menjadi batuk tu, Ummi telan Vita-C Plus Shaklee
sebelum tidur. Alhamdulillah esok bangun pagi tekak rasa clear. Dan paling
best, kulit muka jadi licin saja! Memang penangan Vita-C Shaklee laa tu! Kan antara
kebaikan Vita-C Shaklee ialah meransang pembentukan kolagen, melawan radikal
bebas, anti-oksida yang kesannya akan melembapkan kulit!
Jadi, jika anda mengalami masalah kulit muka yang kering
seperti Ummi, nasihatnya ialah minumlah air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Mudah
dan murah!! Tetapi memang kena konsisten minum air ni. Kalau nak penangan hebat
untuk kulit wajah, memang tak rugi cuba produk Shaklee seperti yang Ummi sebut
di atas; antaranya ESP dan Vita-C.
Nak pesan produk Shaklee plus konsultasi? Jom kontak Ummi
sekarang! Semoga kita menjana tubuh yang lebih sihat dan kulit wajah yang lebih
sihat dan cantik berseri-seri juga.
No comments:
Post a Comment