Thursday, November 13, 2014

Resepi Nasi Telur Kicap 2 Minit

Assalamualaikum semua.

Pagi tadi Ummi buat nasi telur kicap untuk breakfast. Awalnya si kenit bijak nak makan nasi lemak yang en. Zauj beli kat kedai. Nasi nya dah bercampur aduk dengan sambal. Pedas lah pula untuk dia. Kebetulan ada nasi lebihan (leftovers) semalam. Jadi, apa lagi? Nasi telur kicaplah jawabnya!!

Nasi telur kicap ni rasanya ada orang panggil nasi telur ataupun nasi planta. Ummi panggil nasi telur kicap sebab wajib makan dengan kicap! Dan kicapnya ialah kicap masin.

Nak membuat nasi telur kicap ni cuma 2 minit je, lagi kenyang dari mi segera 2 minit.. dan lagi sihat juga! Rasanya sangat sedap! Jom tengok resepi nasi telur kicap 2 minit ini...


Bahan-bahan:
Semangkuk kecil nasi leftovers
Sebiji telur
Sedikit margerin
Kicap masin

Cara-cara:
1. Panaskan margerin dalam kuali. Bila margerin sedikit panas, masukkan telur dan kalau laju-laju.
2. Tunggu telur separuh masak, kacau lagi. Api perlahan sahaja pun tak mengapa.
3. Apabila telur 3/4 masak, masih basah-basah sikit (tidak terlalu basah), masukkan nasi. Kacau cepat-cepat.
4. Bila dah sebati dan rata nasi dan telur, tutup api dan terus angkat letak dalam pinggan.
5. Curahkan kicap dan makan panas2!


Owh tersangatlah sedap you!!


Senang kan? Sesuai sangat untuk orang bujang atau ibu yang sibuk bekerja, anak-anak, ibu hamil yang tak selera nak makan, orang yang dah lambat nak ke meeting ataupun orang yang dah terlalu kelaparan tak sempat nak masak ikan asam pedas ke..

SELAMAT MENCUBA!!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

4 comments:

  1. Ini resepi rare ni... susah nak jumpe resepi macam ni... hehehehe

    ReplyDelete
  2. rare ke alongxp? hehe. yang penting sangat mudah dan sangat sedap. silalah cuba!

    ReplyDelete
  3. Yelah... sepanjang saya berblogwalking, ni lah pertama kali saya jumpa orang kongsikan resepi macam ni huhu

    ReplyDelete
  4. begitu kah encik alongxp? hehe. apa2pun, terima kasih kerana berblogwalking ke sini dah sudi meninggalkan komen :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...