Monday, November 25, 2013

Resepi kek pisang kukus yang mudah, gebu dan lazat

Assalamualaikum mommies semua. Jom kita tengok resepi mudah ni! Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang kukus ni, memang senang, lembut dan sedap!!

Resepi ni asalnya dari Puan Mama. Ummi bab kek kukus ni memang sukalah sebab ummi tak ada oven dan tak berkeinginan pun nak beli oven. Kalau kek tu boleh dibuat kukus, berbunga-bungalah hati ummi kan.

Kek ni ummi dah kali ketiga ummi cuba buat. Ada lagi satu resepi Resepi Kek Kukus Sedap ummi akan kongsikan kemudian.

So, jom tengok resepinya:

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung
1 cawan minyak Mazola/minyak masak
1 cawan pisang yang dilenyek-lenyek
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara:
    
    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.

Senang kan?

Disebabkan ummi juga tak ada mixer, ummi pukul telur dan gula di dalam pengisar (blender). Mula-mula ummi blend pisang beserta minyak sehingga pisang betul-betul hancur. Ummi curahkan ke dalam bekas lain.

Ummi cuci (guna air sahaja) blender tu baru pukul telur dan gula. Rasanya kalau tak cuci pun tak mengapa. Dah kembang baru masukkan campuran minyak pisang tadi, pukul lagi.

Bila nak masukkan tepung, blender dah jadi berat dan tak mahu pukul lagi. Jadi, ummi keluarkan terus adunan ke dalam loyang, dan kaup sahaja tepung dan gaul rata. Lepas tu, masukkan kek dalam kukusan, tinggalkan selama 45 minit tanpa perlu risau, hehe!!
Haa.. dah siap untuk dimakan; makan panas pun sedap, makan sejuk pun sedap, lembut gebu dan nyum nyum!!


walaupun gambar dari google, tapi ni la bentuknya 
kek pisang kukus bila dah diporong

zoom sikit, zoom sikit bagi terliuq, hehe!!


**Selingan**



Mommies kalau nak try buat pun, silalah. insyaAllah tak menyesal. Api jangan besar sangat, kalau tak, kek akan berlubang kat tengah. dan tidak masak sekata. Ok, selamat mencuba!!!

Selamat Mencuba!!

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com



2 comments:

  1. Nyum. nyum. Nampak menarik. Resepinya pun guna cawan, tak perlu timbang-timbang. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Senang sebab guna blender aje.

    ReplyDelete
  2. Sama2 Ida Ifaz. resepi guna cawan, kukus2 ni memang kegemaran saya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...