Wednesday, December 4, 2013

Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part Two)

Part 2

Jarak antara kak long dan adik agak jauh. Oleh sebab itu Ummi sempat untuk membuat pelbagai persediaan untuk menerima cahaya mata kedua pula. Persediaan ini bukan persediaan dari segi materi; baju, pampers dan sebagainya, tidak!! Malah baju semua Ummi tak beli kerana baju-baju lama kak long masih elok dan cantik untuk dipakai semula oleh adiknya.

Persediaan ini sebenarnya lebih kepada persediaan mental untuk mendapat anak kedua. Antaranya, mencari lebih banyak info tentang kehamilan, cara bersalin, set berpantang, cara menyusu, masalah bayi baru lahir dan sebagainya. Ummi tekad tidak mahu memberi susu formula pada anak kedua kali ini!!

Masalah penyusuan timbul juga untuk anak kedua. Puting  susu merekah, luka dan sangat pedih dan susu pada mulanya tidak begitu banyak. Tetapi Ummi kuatkan hati dan kuatkan diri. Sakit tetap sakit, susu tetap kena bagi. Sehingga menitis-nitis air mata tumpah tatkala merasa sangat sakit, sambil dalam hati Ummi beristighfar. Ummi tahu sakit itu penghapus dosa. Bibir masih boleh mengukir senyuman walaupun sakitnya terkadang hingga kini (sudah 8 bulan) masih dirasai.

Jika ada yang sudah membaca entri-entri lama Ummi, pasti anda tahu mama Ummi menghadiahkan Set Penyusuan Shaklee bagi meng”support’ perjalanan mencabar menyusukan anak sepenuhnya ini. Dan Ummi sangat berterima kasih dan gembira dengan pemberian ini. Set penyusuan ini membuatkan susu Ummi bertambah pekat dan banyak. Hasilnya? Anak ummi yang kedua tidak pernah merasa susu formula sehingga sekarang. Malah dia tidak terbiasa minum susu dari botol kerana sering menyusu terus dari Ummi.

Semua saranan, tips-tips Ummi ikut, demi untuk menambahkan susu badan. Dan set penyusuan Shaklee sangat membantu menjayakan misi Ummi kali ini. Tekad Ummi tidak terhenti sampai sini sahaja. Ummi tekad semua anak Ummi sampai ke depannya tidak minum susu formula tetapi dari susu Ummi mereka sendiri.

Di samping susu menjadi banyak dan pekat, anak sentiasa kenyang dan sihat. Pipinya makin hari makin boolat. Pernah suatu hari ketika abinya memandikan si adik, abi menyanyikan lagu ini:-

“Aku anak sihat
Tubuhku kuat
Kerana Ummi
Sering makan Shaklee”

Heh heh heh….
(lagu sebenar: aku anak sihat, tubuhku kuat, kerana ibuku rajin dan cermat)


Bukan sahaja dapat banyakkan susu, set penyusuan Shaklee dapat memberi pelbagai khasiat dan kelebihan lain terutama kepada si ibu.

Jangan segan jangan silu untuk bertanya tentang produk ini. Hubungi Ummi di

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail,com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part One)

Assalamualaikum mommies semua.

Ummi percaya semua mommies nakkan yang terbaik untuk anaknya bukan? Dan sudah ramai mommies lain mengambil langkah bijak untuk menyusukan anak sepenuhnya samada si ibu ini bekerja atau tidak. Ini kerana mereka tahu akan banyak khasiat dan kebaikan memberi susu ibu kepada anak berbanding susu formula. Ummi pasti mommies yang sedang membaca entri ini juga antara ibu-ibu yang bijak itu.

Hari ini Ummi nak cerita kisah Ummi, pengalaman Ummi menyusukan kedua-dua anak Ummi.

Ketika anak pertama, Ummi masih tidak pandai tentang selok belok menjadi ummi kepada bayi Ummi termasuklah cara betul menyusukan anak. Ummi merasakan susu Ummi akan keluar dengan banyak tetapi rupa-rupanya sangkaan Ummi salah.

Pelbagai masalah Ummi hadapi semasa berpantang termasuklah tidak cukup susu badan, puting merekah dan luka. Walaupun sudah membeli pam, Ummi tidak pandai mengepam kerana merasa sangat sakit pada puting.

Disebabkan tidak cukup susu badan, kuning si kak long naik dengan mendadak sehingga terpaksa ditahan wad. Sebelum kak long diletakkan di bawah lampu, dia menangis-nangis seperti kelaparan. Nurse menyuruh Ummi menyusukannya sebelum meninggalkan dia di nursery. Lama juga dia berkepit dengan Ummi menyusu tetapi Ummi ketika itu sedang menahan kesakitan puting luka dan berdarah. Setelah diberikan kepada nurse, baby tetap menangis. Nurse terpaksa memberikan susu botol dan sempat bagi komen pada Ummi, “awak bagi dia susu ke tak tadi, lapar je dia ni haa”.

Sedih sangat hati masa tu. Sepanjang baby diwad, dia diberi susu formula. Ummi di rumah pula tekad untuk menambahkan susu badan. Macam-macam dah cuba untuk perbanyakkan susu termasuklah makan lobak putih, tempe, minyak ikan dan minum susu anmum lacta. Susu Ummi tetap tidak mencukupi dan terpaksa ditampung dengan susu formula.

Sejak dari itu, susu formula menjadi makanan utama anak pertama Ummi dan susu badan hanyalah sekadar tambahan semasa dia mahu bermanja-manja dengan Ummi. Perasaan tu memang rasa tak sedap sentiasa dan sebelum mengandung anak kedua pun Ummi sudah tekad untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya.

bersambung.... 



Set Penyusuan Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (part two) 

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS,WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Tuesday, December 3, 2013

Hukum haramnya merokok itu ikhtilaf?



Assalamualaikum semua.

Mungkin ada yang merasa hukum haram bagi merokok itu ikhtilaf dan disebabkan itu ramai yang masih mengambil ringan tentang perkara ini. Tetapi Ummi tetap tidak boleh menerima sesiapa yang merokok, tambahan lagi jika dia tahu ilmu agama.

Masih anemia walaupun sudah mengambil suplemen zat besi? Ikuti tips di bawah


Assalamualaikum semua.

Siapa mommies-mommies yang sudah makan makanan yang tinggi zat besi, malah ambil juga suplemen tetapi masih merasa lesu dan tidak bermaya? Siapa ibu-ibu yang ambil suplemen zat besi dari klinik/farmasi tetapi Hb masih rendah? Jom ikuti tips di bawah.

Kekurangan zat besi mengakibatkan kandungan darah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan terjejas. Disebabkan itu, kita sering merasakan penat dan lesu, muka pucat

Monday, December 2, 2013

Set kurus Shaklee untuk ibu menyusu ; anak pintar, lemak ibu terbakar


Assalamualaikum breastfeeding mommies semua.

Pasti ramai mommies yang ingin mengembalikan berat badan ke berat sebelum mengandung dulu kan? Akan tetapi, mommies sedang menyusukan anak, sangat tidak dinasihatkan untuk berdiet. Bersenam di samping menjaga pemakanan (kurangkan minyak, gula garam) sesuai dilaksanakan. Cumanya di sini Ummi ingin kongsikan produk set kurus Shaklee untuk ibu menyusu. Bukan sahaja ia dapat membantu menurunkan berat badan ibu, tetapi juga memberi banyak manfaat lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...