Thursday, December 18, 2014

Pencuri Tegar Masa Saya dan Anda

Assalamualaikum semua,

Semalam Ummi ada kongsikan tentang penjagaan masa juga, iaitu tips menepati masa (tepati waktu). Apabila kita tepati waktu, jadual harian kita tak lari. Oleh itu, banyaklah kerja yang kita dapat buat dalam sehari.

Masa tidak mengejar kita. Malah, masa semakin-makin mencemburui kita. Kalau pembaca perasan, 10 tahun lalu tu, dalam sehari macam-macam boleh buat. Rasa 24 jam tu macam lama sangat. Kan kan?

Tetapi sekarang? 24 jam itu bagaikan tak cukup masa nak bernafas nak buat itu dan ini. Padahal, dah banyak kemudahan yang kita nikmati yang SEPATUTNYA menyingkatkan masa bekerja kita. Ramai yang mengadu tak sempat nak kemaskini bisnes sebab tak ada masa. Hurmm, kenapakah terjadi begini?


SIAPAKAH PENCURI MASA SAYA?



Pencuri masa kita bukanlah sesiapapun, tetapi apakah perkara-perkara kita selalu buat yang sebenarnya tak berfaedah, tak membawa kebaikan, menyebabkan kita leka, menyebabkan kita buang masa??

Jom cuba senaraikan perkara lazim “pencuri tegar masa saya dan anda”
  • Tengok TV
  • Scroll FB
  • Layan WhatsApp
  • Main game kat henpon
  • Layari website shopping online

Apa lagi? Sila lah senaraikan ke dalam buku catatan anda!

Kalau rasa TV tu banyak mencuri masa kita, cabut je antenna TV tu. Kikiki. Rumah Ummi Alhamdulillah tiada TV, dan tak pernah berhajat nak beli TV. Tp masih berusaha sekuat hati untuk mencuri kembali masa dari FB dan WhatsApp.
Sesungguhnya makin ada gadget, makin banyak kita “tak ada masa” sebab banyak masa terbuang di situ. Kan kan? Sedangkan gadget memberi banyak kemudahan seperti dapat update blog walaupun dalam tren, dapat follow-up customer walaupun tengah Global Conference kat LongBeach US. Alahai alahai…

Jika kita mengeluh tak cukup masa, kita kena duduk dan senaraikan betul-betul “siapakah pencuri masa saya”, dan seterusnya kita harus lah bertindak! Cari jalan bagaimana nak curi balik masa kita tu. Jangan biarkan pencuri masa memperbodohkan kita lagi. Masa kita adalah hak kita!

Lagi.. dua MAGIC TIPS nak ada banyak masa??

Pertama; Solat Awal Waktu. Ia bagaikan magic! Jika kita biasakan solat awal waktu, habis azan je terus solat (atau lagi afdal solat berjemaah di masjid) kemudian sambung buat kerja.. rasa macam lama sangat nak sampai ke waktu seterusnya. Banyak perkara kita dapat selesaikan dan smooth je!

Kedua; Bacalah al-Qur’an. Hurmm, kalau fikir akal logic, membaca al-Qur’an ni memakan waktu, macamana pula boleh bagi kita lagi banyak waktu? Haa, cuba lah sendiri dan lihat perubahannya! Lagi banyak kita membaca al-Qur’an sehari, lagi banyak waktu luang kita ada. MAGIC!!

Semoga artikel kali ini mengetuk hati kita supaya lebih berwaspada dengan pencuri masa ni, dan gunakan lah masa kita dengan sebaiknya. Kautlah keuntungan dunia dan akhirat pada sela masa yang Allah pinjamkan untuk kita. Semoga kita semua cemerlang duniawi wa ukhrawi. Aminn!


Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...