Tuesday, December 23, 2014

KAEDAH MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH

Assalamualaikum semua,

Di saat kegawatan ekonomi ini, ramai dari kita yang sedang pulun mencari rezeki, namun dia tidak sedar bahawa rezekinya ada di depan mata!

mudahnya.menjemput.rezeki

Macam mana kita nak selalu merasai REZEKI?
Sebenarnya Allah Taala sentiasa murahkan rezeki kita cuma kita je yang tak nampak. Cuma kita je yang tak rasa. Sesungguhnya nikmat Allah itu LUAS. Sangat-sangat luas! Betapa ruginya kita yang tidak merasa & tidak nampak akan kenikmatan yang Allah berikan itu.


Nak selalu dimurahkan REZEKI?
Maka, lihatlah sekeliling kita dengan REZEKI 

Bagaimana?

1. Ingat balik bila kita bagun dari tidur.

Kalau kita dapat bangun dari tidur,
itulah REZEKI PERTAMA kita.
Rezeki bila Allah bangkitkan kita dari mati.

2. Bangun dari tidur, kita lafazkan "Alhamdulillah".
Itulah REZEKI KEDUA kita sebab dapat melafazkan kesyukuran.

3. Andai kita dapat merasa tubuh kita bergerak pun dah cukup dikira REZEKI. Itulah salah satu nikmat rezeki yang Allah beri. Jarang-jarang kita ucapkan Alhamdulillah bila Allah beri kenikmatan untuk kita bergerak.

4. Andai kita dapat melakukan kerja-kerja harian, itu juga satu kenikmatan REZEKI yang tak terhingga. Ada orang tak mampu melakukan apa-apa kerja harian atas ketidakizinan Allah SWT pada dirinya tapi kita? Kita mampu! Kita boleh bekerja. Itulah REZEKI. Berapa orang je yang bersyukur atas kenikmatan REZEKI ni? Tak ramai....

5. Kita dapat masuk kelas, dapat belajar, dapat ilmu... itu REZEKI! Dah terang-terang nampak menuntut ilmu itu satu REZEKI tapi berapa orang je yang merasa masuk kelas, dapat ilmu itu satu REZEKI? Tak ramai...

6. Kita balik dari sesuatu tempat ke rumah dengan selamat... itu juga REZEKI. Alhamdulillah rezeki kita selamat pergi dan selamat pulang. Ada orang tak selamat macam kita tapi berapa orang je yang mampu lihat ia sebagai satu REZEKI? Tak ramai....

7. Ada banyak REZEKI yang Allah beri ketika kita makan :

a) ada orang tak ada duit nak makan tapi Allah beri rezeki pada dia dengan NIKMAT KENYANG. Maka, dia tak merasai lapar dengan izin Allah. Itulah REZEKI yang Allah bagi pada dia.

b) ada orang tak ada duit nak makan tapi Allah menggerakkan hati orang lain untuk belanja dia makan. Allah... itulah REZEKI dia yang Allah beri!

c) ada orang makan sekadar apa yang dia mampu makan. Contoh, makan lauk kicap pun dia dah merasa cukup! Sebab apa dia merasa cukup? Sebab Allah bagi NIKMAT SEDAP pada dia. Itulah REZEKI yang Allah bagi pada dia.

.... dan macam-macam lagilah nikmat yang rezeki Allah beri cuma kita je yang tak nampak, cuma kita je yang tak merasa. Ruginya kita.....

Ingatlah...
KITA HIDUP NI PUN DAH KIRA REZEKI 
Rezeki Allah bagi kita peluang untuk bertaubat.

Akhir kalam, DAPAT BACA ARTIKEL TAK SEBERAPA NI PUN DAH REZEKI sebab ramai nak sibuk dok “cari rezeki” tapi rasa rezeki asyik tak cukupp je.


Mari kita menjemput rezeki dengan banyakkan bersyukur pada Allah!

1 comment:

  1. Alhamdulillah...
    moga sentiasa menjadi hambaNYA yang bsyukur...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...