Tuesday, December 16, 2014

Be Punctual, Masa itu Emas

Assalamualaikum,

Tadi Ummi ada temujanji dengan prospek, janji jumpa di sini sini, jam sekian sekian. Masa tu ada setengah jam sahaja nak siapkan diri dan siapkan anak-anak. Dalam perjalanan, Ummi teringat kisah ni…

“Ummi ada appointment urut shiatsu dengan seorang kawan Arab Algeria. Dia pernah tinggal lama di France dan Germany (sehingga fasih berbahasa French). Kebetulan Ummi keluar dari rumah agak lewat dan jalan nak ke rumah teman ni agak jammed. Disebabkan itu Ummi sampai 10 minit lewat. Terus kena tegur dengan dia. Katanya orang Germany kalau janji sekian sekian waktu, lambat lima minit pun dah kira teruk dah tu”


Huhuhu!!

Kita orang Melayu?? Janji pukul 9, pukul 10.30 baru nampak batang hidung. “Standard laa kan”??

Walhal Islam sangat menitikberatkan penjagaan masa dan tepati waktu.

Kalau di Jepun pula, katakan ada satu bas ni, jadual bergeraknya pukul 3. Pukul 2.45 enjin bas dah on, 2.50 pemandu bas dah siap-siap, 2.55 dah bunyi vroom vroom, tepat pukul 3 bas gerak. Tidak lewat walau sesaat.

“Be Punctual”

Bila dengar pasal bas kat jepun tu, rasa malunya! Tidak hairanlah Jepun negara maju, mereka sangat menghormati masa. Masalah suka melewat-lewatkan masa sepatutnya bukan masalah yang kita hadapi. Jika kita masih suka melakukannya, ermm… kenalah ubah dari sekarang!

Hargai masa, tepati masa, jangan buang masa… Itulah ciri orang berjaya.

**Selingan**




Btw, tadi jumpa bakal customer Shaklee tu di UIA Gombak. Rupa-rupanya customer tu kawan encik Zauj. Terus close deal Alhamdulillah!

Bagaimana nak latih tepati waktu?

Siap awal! Andai anda ada temujanji pukul 10am. Bangun awal (opss, orang maju tak tidur lepas subuh tau!), siap awal, keluar awal!

Lebihkan waktu “kecemasan”. Contohnya.. biasanya dari rumah Ummi nak ke UIA ambil masa 5 minit. Janganlah dah pukul 9.55 baru nak bertolak dari rumah. Bertolaklah 9.45am atau lebih awal. Mana tahu ada halangan (jammed, terjumpa kawan terborak lama…).

Solat tepat waktu. Haaa! Ini satu latihan hebat untuk sentiasa tepati masa. Lagi bagus sentiasa solat di masjid/surau. Pastinya imam tidak menunggu kita, kita yang harus kejar imam.

Latihan demi latihan, insyaAllah kita mampu melakukannya! Ingat, masa itu emas. Siapa nak buang emas, kan? Rugii..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...