Tuesday, April 8, 2014

Pengedar Sah Shaklee anda di area Gombak

Assalamualaikum semua.

Di zaman kecanggihan teknologi ni, ramai yang suka membeli-belah barangan secara online; baik baju, barangan aksesori mahupun vitamin dan produk kesihatan. Namun begitu, ramai juga yang lebih selesa untuk membeli secara offline iaitu pergi ke kedai untuk memilih barang yang dibeli sendiri.

Anda lebih selesa jika membeli dan membayar setelah mendapat barang? Anda pula tinggal di kawasan Gombak dan sekitarnya dan ingin membeli produk dan vitamin semulajadi Shaklee? Anda ingin pesanan Shaklee anda pegang dulu ditangan baru bayar?

Berita baik buat penghuni Gombak dan area sekitar dan berdekatan. Ummi; pengedar Shaklee anda yang sah ingin menawarkan servis “Cash on Delivery” bagi pesanan vitamin Shaklee bagi area Gombak dan sewaktu dengannya.

Kelebihan servis “Cash on Delivery” :-
  
     1)     Vitamin dan produk Shaklee sudah ada ditangan baru bayar.
     2)     Pesanan vitamin dan produk Shaklee anda akan sampai lebih awal berbanding jika anda meminta ia dipos.
     3)     Boleh kita jumpa dan bagi face-to-face consultation.
     4)     Penghantaran percuma bagi area Gombak, Giant Batu Caves dan petronas Taman Melati. Kalau area sebelah2 tu, boleh COD, tetapi caj sikit la ye, dan semestinya lebih murah dari pos.




Cara untuk mendapatkan servis Cash on Delivery untuk produk dan vitamin semulajadi Shaklee bagi kawasan Gombak dan sekitarnya:

Pertama: Hubungi Ummi, tentukan produk yang ingin dipesan.
Kedua: tentukan tempat dan masa untuk bertemu.
InsyaAllah Ummi akan hantar pesanan Shaklee anda dengan segera!!

Haa, kepada penduduk area Gombak, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan service COD barangan Shaklee anda ok! Hubungi Ummi di:

Iffah Azhar, SID #929407
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



"jika anda kebetulan walk-in ke branch/HQ Shaklee dan membeli atau register ahli di bawah Ummi, sila contact Ummi selepas itu untuk mendapatkan konsultasi dan coaching secara percuma ya! Hak anda untuk mendapatkan konsultasi dari Ummi setelah membeli dengan ID Ummi. Syukran!!"


Monday, April 7, 2014

Set Kurus Bajet Shaklee; mari kurus dengan selamat, duit poket pun jimat!!

Assalamualaikum semua,

Memiliki berat badan yang ideal merupakan idamana setiap orang. Tubuh yang kurus dan sihat memberi manfaat yang banyak; selain tampil lebih cantik, seseorang merasa lebih sihat, lebih aktif, lebih produktif, lebih konfiden sehingga boleh menjadi seorang Muslim proaktif yang hebat! insyaAllah. Shaklee menawarkan Set Kurus Bajet Shaklee; jimat, selamat dan efektif

Pengedar Sah Shaklee di UIA Gombak

Assalamualaikum semua.

UIA atau nama penuhnya Universiti Islam Antarabangsa di Gombak merupakan universiti idaman Ummi masa sekolah menengah dulu. Tapi, apakan daya. Allah tidak mengizinkian Ummi sambung belajar di UIA Gombak tetapi takdirNya Ummi mendapat segulung ijazah dari sebuah universiti di timur tengah. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah.



Tidak disangka-sangka, zauj Ummi pula sambung buat masters di UIA Gombak. Wah, dapatlah tumpang sekaki kat sini. Kalau rindu-rindu, bolehlah datang menjenguk UIA universtti idamanku itu. Supaya mudah untuk ulang-alik, kini Ummi tinggal berdekatan dengan UIA Gombak dan zauj hari-hari ke sana untuk ke kelas mahupun library.

Oleh itu, jika adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang belajar di UIA Gombak dan ingin memesan Shaklee, boleh dapatkan pesanan dari Ummi ya. InsyaAllah Ummi ataupun zauj Ummi akan hantar pesanan Shaklee kalian terus ke mahallah, ataupun boleh janji di mana-mana yang berdekatan. Kos penghantaran adalah percuma dan boleh “COD” atau Cash on Delivery. Bila hantar pesanan Shaklee sendiri nanti lagi senang Ummi nak konsultasi dan beri cara pengambilan vitamin dan sebagainya kan?

Testimoni dan follow-up dengan Student


Seorang pelajar universiti mengambil vitamin C Shaklee 
untuk meningkatkan kesihatannya ketika belajar


Ummi dulu seorang pelajar juga. Ummi memahami bagi mereka-mereka yang sering kepenatan, stress, tidak cukup makan, kurang tidur dan sebagainya. Namun begitu, untuk mengekalkan prestasi, seorang pelajar harus menjaga kesihatannya, ye kan? Lagipun, Islam menitikberatkan penjagaan kesihatan diri demi menjaga prestasi harian kita. Ummi percaya vitamin semulajadi Shaklee yang dijamin halal dan selamat ini dapat membantu meningkatkan kesihatan pelajar-pelajar, terutama pelajar di UIA Gombak.


Antara vitamin Shaklee/produk Shaklee/set Shaklee yang sesuai untuk pelajar:

~ Set Migrain
~ Set Gastrik
~ ESP
~ Nutriferon
~ Carotomax
~ GetClean Water Filter


Nak buat pesanan atau tanya tentang produk Shaklee, boleh hubungi Ummi terus ya. Hurm, tak perlulah panggil Ummi pula, hah! Panggil (kak) Iffah ataupun (kak) ngah pun boleh, macam adik yang dalam gambar tu panggil.  Jika ada adik-adik lelaki atau abang-abang UIA segan nak hubungi Ummi, boleh saja hubungi terus zauj Ummi ye.

iReach Iffah Azhar
SID #929407
SMS/WA: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Zauj; Abdul Ghofur
IRKSH, UIA Gombak
SMS/Call: +6018 3525 902
Email: ghofursmile87@gmail.com



"jika anda kebetulan walk-in ke branch/HQ Shaklee dan membeli atau register ahli di bawah Ummi, sila contact Ummi selepas itu untuk mendapatkan konsultasi dan coaching secara percuma ya! Hak anda untuk mendapatkan konsultasi dari Ummi setelah membeli dengan ID Ummi. Syukran!!"

Saturday, April 5, 2014

SET D; Set Kecantikan Shaklee


Assalamualaikum semua.

Anda menghadapi masalah kulit tidak bermaya, masalah jerawat, bintik2 hitam? Jom atasi masalah kulit wajah dari dalam!!

Mempunyai kulit wajah yang berseri, cerah dan sihat adalah dambaan setiap orang. Namun begitu, kulit wajah kita sering terdedah pada pelbagai pencemaran dan serangan-serangan dari luar tubuh dan juga dari dalam. Pancaran sinaran UV, pencemaran udara, asap dari kereta, radikal bebas dari badan semua adalah punca kulit yang tidak sihat, lemah dan menjadikan kulit kusam, berjerawat dan bermasalah.

Cara mengatasi masalah kulit wajah adalah lebih berkesan apabila merawat dari dalam. Ini bermakna kita merawat sel-sel dan tisu-tisu kulit dari dalam tubuh. Ummi sangat mengesyorkan Set D; Set Kecantikan Shaklee, merawat masalah kulit wajah dari dalam. Set Kecantikan Shaklee ini terdiri daripada Vitamin E, B-Complex dan Vitamin C, pastinya vitamin semulajadi Shaklee!!



 

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Memberi kesegaran dan menjaga keremajaan kulit
  • Melindungi kulit wajah dari sinar UV
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel dan tisu pada wajah


Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit dan membantu penyerapannya; yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit



Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap kepada kulit
  • Mencegah pigmentasi hitam
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Membantu mengurangkan jerawat
  • Mengelakkan stress yang menjadi punca naik jerawat



Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan pembentukan garis-garis halus dan menegangkan kedutan
  • Mempromosi penuaan yang sihat
  • Menjadikan kulit lebih kenyal dan tegang
  • Mencerahkan kulit dan warna kulit yang sekata
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah sihat, bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri


Hanya RM66 SEBULAN!!
BONUS badan lebih sihat, imuniti kuat, anti-stress, memelihara memori dan banyak lagi kebaikan vitamin semulajadi ni.



Apa tunggu lagi? Hubungi Ummi sekarang!!

Iffah Azhar, SID #929407
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

"jika anda kebetulan walk-in ke branch/HQ Shaklee dan membeli atau register ahli di bawah Ummi, sila contact Ummi selepas itu untuk mendapatkan konsultasi dan coaching secara percuma ya! Hak anda untuk mendapatkan konsultasi dari Ummi setelah membeli dengan ID Ummi. Syukran!!"

Tuesday, April 1, 2014

Panduan mencari suplemen kalsium terbaik di pasaran


Assalamualaikum semua.

Tahukah anda bahawa tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium dengan sendirinya?. Oleh itu, badan kita akan dapatkan kalsium melalui dua cara iaitu 1) dari makanan seperti susu, keju atau suplemen kalsium, atau 2) tubuh akan “tarik” kalsium dari tulang dan gigi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...