Wednesday, February 26, 2014

Resepi kuih bakar sangat senang, cepat tetapi lazat

Assalamualaikum semua.

Ni kisah semalam. Ummi setelah sekian lama tak buat kek atau kuih, semalam tetiba "ngidam" nak makan kuih bakar resepi dari mama Ummi. Resepi kuih bakar ini memang serious senang dan cepat tetapi sangat lazat. 


Ada orang panggil kuih bakar ni kuih bingka. Hurm, Ummi pun tak dapat bezakan kuih bakar dengan kuih bingka ni, kui kui kui. Yang penting, kuih bakar ni sedap dimakan, lembut, dan tak sempat apa-apa dah habis dingap! haha.

Ok ok, mari tengok resepi kuih bakar sangat senang, cepat dan lazat ini.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan air
3 biji telur
5-6 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau


Cara-cara:

1) Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender. Kisar sehingga hancur dan sebati.
2) Tapiskan adunan ke dalam loyang yang sudah digris dengan marjerin, taburkan sedikit bijan ke atas adunan. Bakar dalam oven 180C selama satu jam atau sehingga kuih bakar masak.

Haaa, kan dah kata senang nak buat kuih ni!! Ni mmg cara mudah. Manalah tau tetiba ada orang telefon nak datang, memang kuih bakar ni la boleh jadi hidangan bidan terjun! Hihi.

Bagi mereka yang tak ada oven pula, boleh try buat kuih bakar ni dalam pemanggang ajaib. Uish, amende plak tu? Ni dia gambarnya. Pernah nampak kan?




Masak kuih bakar dalam ni lagiii laa cepat. Kerana ia akan masak dalam 30 minit sahaja! Kalau lama, hangus plak nanti. Untuk masak kuih bakar sangat senang, cepat dan lazat ni dalam pemanggang ajaib, tapiskan keseluruhan adunan terus ke dalam pemanggang (yang sudah digris), taburkan bijan dan masak selama 15-20 minit dengan api yang paling perlahan. Setelah isi kuih sudah masak, terbalikkan pemanggang dan biarkan selama 5 minit untuk mendapatkan warna keperangan pada atas kuih. Dah siap!! 

Ummi guna pemanggang saiz 28cm, memang adunan muat-muat elok aje. Kalau ada yang lebih besar mungkin lebih bagus. Pemanggang ajaib ni tak rugi beli, sebab boleh masak pelbagai jenis masakan menggunakannya. Yang paling best, masakan hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk dimasak. InsyaAllah hari ni Ummi nak masak ayam kukus dalam pemanggang ni. Senang dan cepat.

Alright, itu sahaja untuk entri kali ini. Silalah cuba ya!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...