Wednesday, November 12, 2014

Kelas pemasaran online (internet marketing) harga murah tapi HEBAT

Assalamualaikum semua,

Perniagaan online sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Pengguna memilih untuk membeli online barangan yang mereka sukai dan ingini. Manakala sudah ramai penjual memilih pemasaran online untuk menjual produk mereka. Produk yang pelbagai, daripada baju, tudung, produk kesihatan.. sehinggalah ke JERUK ASAM BOI pun ada!! Perniagaan online sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Semakin ramai penjual online, bermakna semakin sengit persaingan antara penjual. Pengguna pula, akan memilih faktor berbeza untuk menentukan dengan penjual online mana mereka membuat pembelian. Harga murah adalah antara faktornya, namun banyak lagi faktor tip top dan lagi mantopp berbanding “harga murah dia jual”  menjadikan pengguna ingin membeli dengan anda!

Kelas Pemasaran Online

Disebabkan persaingan yang tinggi antara penjual online, ilmu pemasaran internet (online marketing) merupakan satu asset yang berharga untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh penjual online. Internet marketing termasuklah cara pemasaran di blog, cara penulisan di facebook, copywriting, seo, buffer, email marketing. Fuhh, banyaknya!!




Disebabkan itu juga, banyak kelas-kelas pemasaran online (internet marketing)  telah diadakan oleh pelbagai pihak, bertujuan untuk membantu penjual online , seperti anda, meningkatkan mutu pemasaran online sekaligus menaikkan sales mereka.

Kelas pemasaran online seperti ini adalah sangat berharga sehingga harga untuk mengikuti kelas ini boleh mencecah ribuan ringgit! Namun, ada juga kelas internet marketing yang lebih murah, harganya dalam ratusan sahaja.

Seminar Mega ASB 2014 

Geng ASB dari group iReach dengan bangganya membuka kelas/seminar/support group untuk menampung pembelajaran internet marketing  kepada semua ahli iReach dengan harga yang sangat berpatutan dan lebih murah berbanding kelas pemasaran online yang lain.

Kelas dan seminar internet marketing dari geng ASB ini adalah EXCLUSIVE untuk ahli iReach sahaja. Satu seminar mega ASB telah diadakan minggu lepas dan ia adalah kelas “hands-on” iaitu kelas praktikal. Para peserta terus mempraktikkan apa yang mereka pelajari, sekaligus terserlahlah pemasaran online mereka di blog, facebook dan sebagainya. Jom usha sekitar seminar pemasaran geng ASB ini…


Istimewanya seminar dua hari ini, telah didatangkan beberapa pakar pemasaran online; ada di antara mereka memang penguasaha kelas pemasaran online, alumni kelas Dr Azizan Osman, dan tidak ketinggalan Jutawan yang telahpun berjaya membuat sales berjuta-juta sehingga mendapat keuntungan berjuta-juta!! Mereka bergabung berkongsi ilmu dan rahsia mereka menjalani perniagaan online.

Hebatnya lagi, kebiasaan bila individu-individu hebat begini bergabung, pasti harga 2-hari seminar nilainya tinggi seterusnya harga kelas yang mahal. Tetapi???

Harga kelas pemasaran online geng ASB ?? Murahnyaa!




Suasana sekitar kelas pemasaran online geng ASB pada 1&2 November 2014..




Hebatlah bapa ni! sambil dodoi anak sambil praktikal internet marketing!


mak bapak kat dalam berseminar, anak-anak berseminar di luar! ahaks..


Bukan setakat membuka kelas, geng ASB telah membuat follow-up group di WhatsApp, exclusive untuk mereka yang join pada hari itu! Memang super praktikal!

iReach Family Shaklee

Begitu hebat geng ASB dari group iReach Shaklee ni, giat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan peserta kelas pemasaran online mereka. Sedihnya, kelas ini exclusive HANYA TERBUKA untuk ahli iReach sahaja!!

Apakah itu group iReach?


Group iReach ialah sebuah kumpulan/jaringan Shaklee yang dikelola oleh P.Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Di bawah group ini telah lahir berpuluh-puluh lagi master Shaklee, berates-ratus bakal master Shaklee, beribu-ribu ahli SID yang giat berbisnes dan juga beribu-ribu ahli Shaklee yang sekadar untuk makan sendiri.



Kenapa group iReach?


Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar telah berjaya membuat berjuta-juta sales sehingga mereka naik Master Shaklee dengan majority sales mereka adalah dari pemasaran online! Ketika mereka naik menjadi master, orang-orang sepejabat mereka tidak tahu menahu mereka adalah pengedar Shaklee. Hebat kan?

Istimewanya pasangan suami isteri ini, mereka tidak tamakkan harta dan ilmu. Banyak ilmu yang mereka pelajari, pengalaman yang mereka lalui mereka curahkan kepada downline mereka. Oleh sebab itu, terjadilah banyak program-program, kelas-kelas, seminar-seminar, webinar-webinar bertujuan untuk membantu downline anak-cucu mereka untuk maju dan lebih maju dari mereka. Seperti yang disebut di atas, selain kelas pemasaran online geng ASB, antara aktiviti-aktiviti group iReach ialah:-

Solaris PRO


Sebuah support group khas untuk ahli iReach yang ingin berbisnes secara online. Banyak ilmu pemasaran online dikongsikan di sini. Tips and tricks pemasaran online semua dibincangkan di sini bersama ahli iReach yang hebat.

Email Exclusive iReach Family


Selain pendekatan group di fb, ahli iReach akan mendapat ilmu, info terkini, tips and tricks melalui email. Nak baca email masa breakfast/lunch ke, masa dah berbaring nak tidur ke, asalkan jangan baca sambil driving ye!

Jom Hebat


Satu lagi aktiviti bertujuan menambahkan ilmu, meningkatkan motivasi, perkongsian tips and tricks, dan inilah masa nak mengondeng bergambar bersama master hebat Akacan Master Lyna Noh!


haa.. ni la mommy Lyna! bergambar bersama mommy di gathering menjadi satu aktiviti wajib bagi kami anak cucu beliau. sedut aura!!




Webinar






Anda tidak dapat ke kelas pemasaran online kerana duduk di gunung Cameron sedangkan kelas internet marketing ni biasanya diadakan di KL, Putrajaya atau jauh dari rumah anda? Jangan risau, asalkan anda ada internet, laptop/smartphone, seminar secara online kami adakan secara berkala! Dan ia adalah PERCUMA!!

Yang bestnya, sambil lipat kain pun boleh dengar webinar, sambil tidurkan anak ke, sambil basuh pinggan ke.. WAHM laa katakan!



Gathering iReach




Ketuk-ketuk iReach laa, potluck gathering sebelum health&wealth talk laa, entah mana-mana lagi mereka ni suka berkumpul!

Meet the Nutritionist


Exclusive untuk ahli iReach, Master Lyba telah bawakan Nutritionist terlatih dari Shaklee untuk menerangkan dengan mendalam tentang tubuh manusia, nutrition dan Shaklee.

Begitulah giat aktifnya group iReach ini. Setiap bulan ada sahaja perjumpaan, dan akan datang ialah di Ipoh, Perak insyaAllah. Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai kelas pemasaran online yang insyaAllah akan diadakan lagi beberapa hari sahaja. 

Anda bukan ahli iReach? Apa tunggu lagi.. hubungi kami untuk mendaftar ahli Shaklee di bawah naungan iReach dan anda bakal menikmati banyak program dan aktiviti bagi membantu perniagaan online anda! Lagi lambat anda join gruup kami, lagi banyaaakkk anda terpaksa miss aktiviti dan program menarik kami!Hubungi Ummi seperti di bawah:-

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Friday, November 7, 2014

Misteri terbongkar!!! Siapakah ZURAIDAH?

Assalamualaikum semua,

Tajuk?? Dah macam entri yang nak kan publicity je. Ahaks!! Bukan nak cari publisiti ye, tetapi nak cerita kisah bisnes Ummi yang baru dilalui, ada misteri!

Kisahnya bermula dengan PROMOSI ESP BUY 6 FREE 1 pada bulan lepas. Ada seorang customer kata dia nak ESP. Yelah, peluang terbaik kan…

So, selepas customer ni bank-in, Ummi pun terus pos ESP Shaklee ke customer. Kedudukan customer ni di Miri, Sarawak.  Nombor tracking pun Ummi dah beri padanya agar mudah nak trace barang.

Selepas beberapa hari, Ummi pun check tracking di laman web poslaju… tertulis “delivered ZURAIDAH”, namun customer mengadu barang belum sampai.

Ohoiii, mau berderau darah!! Ini pertama kali Ummi handle kes seperti ini. Dok mesej dengan customer sampailah ke malam. Mana pula hilangnya ESP tu? Dah 3 hari dah barang sampai tetapi customer belum dapat lagi barang. Yang terima barang tu nama ZURAIDAH, siapa zuraidah? Kenapa zuraidah tidak pulangkan barang kepada penerima sepatutnya (customer Ummi lah).

Dengan tenang Ummi beritahu Ummi akan call poslaju Miri tanya tentang penyambut barang. Siapa dan di mana lokasi.

Syukur Alhamdulillah customer Ummi ni baik orangnya. Dia pun redha, siap kata “ini ujian dari Allah”. Kalaulah terjadi pada customer yang….. haha, faham-faham je lah kan. Hurm, adat orang buat bisnes, kena cekalkan hati!

Malam tu customer Ummi ni pun buat penyelidikan. Dah jadi macam detective conan pula. Ahaks! Jiran-jiran dia habis dia tanya. Semua tiada bernama zuraidah atau mengenali yang bernama Zuraidah!

Malam sebelum tidur Ummi buat solat sunat, doa minta Allah permudahkan. Moga-moga barang dijumpai, moga-moga orang bernama Zuraidah tu jujur, moga-moga misteri ini selesai dengan lancar.

Keesokkannya, belum sempat Ummi call poslaju Miri, customer dah wassap.. Barang dah jumpa!! Alhamdulillah, syukur sangat. “Barokah hari Jumaat”, katanya. Sungguh!

Rupa-rupanya posmen poslaju pergi hantar barang kepada admin hospital (kediaman customer adalah kediaman staff hospital), barang itu disambut oleh pekerja di situ bernama Zuraidah. Peliknya, cik Zuraidah ni tak hubungi pun customer Ummi ni walhal nombor henpon dah tertera dengan terang pada kotak. Huhu.




Baiklah, mari kita bersangka baik. Mungkin Zuraidah tiada kredit atau sumber nak call pemilik barang, atau Zuraidah ni tak sempat nak call atau hantar barang dek apa sebab pun lah, atau… DAH DAH, kata nak bersangka baik? Syukur barang belum dibuka pun, dan barang telah selamat sampai ke tangan customer Ummi.

So, now it’s time for consultation and action!! Customer ni menambahkan taraf kesihatan dia dan ingin menambah berat badan. InsyaAllah boleh!

p/s: adatlah orang berbisnes menghadapi situasi begini kan. Cuma ini kali pertama Ummi menghadapinya, jadi terkejut juga lah. Alhamdulillah Allah beri pengalaman dengan customer yang baik, sabar dan kooperatif. Kita sama-sama selesaikan masalah dengan tenang dan penuh kebergantungan kepada Allah. Alhamdulillah ala kulli hal.

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Thursday, November 6, 2014

Panduan Menggunakan Basic H Shaklee dengan betul

Assalamualaikum semua,

Tips and tricks datang lagi!! Dalam entri kali ini Ummi ingin kongsikan panduan penggunaan Basic H Shaklee dengan betul. Tahukah anda bahawa satu botol Basic H Shaklee ni mampu bertahan sehingga setahun (atau mungkin lebih?). Rahsianyaa? Kena ikut panduannya lah! Lagi pula, kalau sikit sangat, nanti tak puas hati.. kalau banyak sangat, cepat benar habisnya.


APAKAH ITU BASIC H SHAKLEE?


Sebelum kita lihat panduan penggunaan Basic H Shaklee ni, kita haruslah kenal apakah itu Basic H Shaklee.


Haa, ni dia gambar Basic H Shaklee yang botolnya kecil tapi ia adalah PENCUCI SERBAGUNA yang super duper hebat! Apa hebatnya Basic H Shaklee? Klik link di bawah


Siapa yang perlu gunakan Basic H Shaklee?

Senang kata, SEMUA ORANG WAJIB GUNA BASIC H SHAKLEE!! Kerana? Basic H Shaklee TIADA PARABEN, TIADA BAHAN KIMIA MERBAHAYA, SEMUANYA SEMULAJADI DAN SELAMAT.

  • SANGAT BAGUS UNTUK MEREKA YANG ADA ECZEMA.
  • SELAMAT PADA BAYI DAN KANAK-KANAK.
  • SANGAT MUDAH MENGGUNAKANNYA.
  • SANGAT JIMAT MENGGUNAKANNYA.
  • SANGAT BERKESAN MENGGUNAKANNYA.



PANDUAN PENGGUNAAN BASIC H SHAKLEE 

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Benda yang dicuci
Sukatan Basic H Ideal
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi

Campurkan ¼ sudu teh Basic H Shaklee dengan 16 auns air
Periuk, besen dan pinggan mangkuk

Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin

Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air
Lantai

Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air


Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam



Nota:
1 gelen air = 3.7L
16oz air = 473ml (lebih kurang 2 cawan air)

Untuk kegunaan dinding, perkakas, perabot, tingkap dan sebagainya, masukkan campuran Basic H Shaklee dan air yang disarankan ke dalam botol penyembur, goncang-goncang dan semburlah tempat berkaitan. Biarkan seketika kemudian lap. Tak perlu sental, tak perlu bilas!

Untuk fabrik, apa-apa pakaian, rendam sebentar ke dalam campuran Basic H Shaklee beserta air suam dalam besen. Angkat dan bilas!


Nampak dah kan kesenangan menggunakan Basic H Shaklee ni? Sangat mudah! Sangat selamat! Bagi anda yang sayang tangan anda, jangan korbankan ia dengan menggunakan pencuci serbaguna yang “konon-konon”nya bagus tetapi tidak bagus untuk tangan anda! Basic H Shaklee sedia membantu.

Testimoni mama tersayang
“Berkesan sehingga tiada kesan!!!”

Baiklah, tok usah cerita panjang2 lagi. Dapatkan sekarang Basic H Shaklee anda sekarang. Klik gambar di bawah untuk pesanan..


ATAU jadi ahli Shaklee DAN DAPATKAN HARGA LEBIH MENJIMATKAN sehingga 20%. Hubungi Ummi untuk menjadi ahlis sekaligus membeli Basic H Shaklee.

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Tuesday, November 4, 2014

Bab Thaharah (kesucian); Elakkan solat dalam keadaan bernajis!

Assalamualaikum para pembaca semua,

Kali ini Ummi ingin kongsikan ilmu yang Ummi dapat dari medium WhatsApp yang diforwardkan kepada Ummi. Ilmu yang sangat bermanfaat!

Tolong Peka - Bab Thaharah Ramai di antara kita membasuh pakaian yg terkena najis (air mazi pada seluar dalam, air kencing, pakaian anak yg bernajis) dengan pakaian yg tiada najis dalam satu mesin basuh. Air dalam mesen basuh sekaligus menjadi air >>MUTANNAJIS<< dan dibawa solat. Perlu diasingkan pakaian yg bernajis basuh berasingan. Selepas basuh, tanpa bilasan manual (bilasan terakhir dengan air lalu/mengalir/paip) adalah TIDAK SAH dibawa solat.Kaedahnya:Baju yg sudah bersih tapi masih tidak suci pada ukuran Thaharah, perlu dibilas dengan air yg lalu pada setiap pakaian dan di spinkan balik. Jawapan berdasarkan jumhur ulama Mazhab Syafie. ‪#Perlu diingat, jika kita ABAIKAN perkara ini, kita SOLAT DALAM NAJIS.
"Tidak berdosa jika tidak tahu, berdosa besar jika tidak ambil tahu" Wallahua'lam.Sampaikan pada yang lain.-Kuliah-

Huhuhu.. Ini kesalahan yang rasanya ramai dari kita yang buat (termasuklah Ummi) kan?? Kalau ada najis terkena seluar anak, sumbat je terus dalam washing machine.


Bab thaharah (kebersihan/kesucian) ini sangat penting. Kalau baca buku fiqh, rata-rata bab thaharah ni menjadi bab pertama. Sebab? Kalau tubuh tidak suci, bagaimana amal ibadah kita akan diterima. Takutnyaa kalau amalan kita ditolak! Apa lagi bekal kita untuk akhirat. Kena lebih berhati-hati selepas ini.


Nota: nak masukkan baju-baju dalam mesin basuh boleh saja, baju yang bernajis tu scrub dulu bawah air lalu di sinki, kemudian boleh lah campur sekali dengan baju tanpa najis yang lain.

Semoga amal ibadah kita diterima Allah insyaAllah.

Pesanan kasih sayang dari Ummi Abida

Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


7 Aktiviti Merangsang Otak Bayi Semasa Menyusu

Assalamualaikum mommies yang hebat.

Sejak kebelakangan ini, permintaan untuk set menyusu memang antara set terlaris di Malaysia. MILK BOOSTER; tidak kiralah milk booster dari produk mana sekalipun, mommies-mommies ak­an berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan penyusuan sehingga dua tahun. Syabas Ummi ucapkan! Semoga usaha kalian dirahmati dan diberkati Allah, amin!

Antara kebaikan (yang sangat banyak kebaikan menyusukan anak berbanding memberikan susu formula) menyusukan anak ialah “bonding” antara ibu dan si bayi. Selain dari itu, banyak aktiviti-aktiviti menarik dan mudah dapat dilakukan semasa menyusukan anak dan di samping itu dapat merangsang otak bayi.

Otak bayi berkembang pesat bermula dari dalam Rahim ibunya lagi. Otak bayi berkembang sesuai dengan persekitaran dan pengalaman yang dia hadapi. Kegembiraan, ketawa, melihat pada objek berwarna terang semua dapat merangsang minda bayi seawal dari lahir. Otak bayi terdiri daripada sel-sel otak yang harus di sambung antara satu sama lain (synapse). Makin banyak pengalaman bayi seperti di bawah, makin banyak jaringan sel-sel otak yang bersambung. Makin banyak jaringan, makin bijak seorang bayi itu insyaAllah. Oleh itu, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang otak bayi yang dapat dilakukan semasa mommies menyusukannya?




Menyentuh telapak tangan bayi

Pernah terbaca, apabila mommies menyentuh, membelai perlahan telapak tangan bayi, ia akan merangsang otak bayi. Pegang tangannya, usap telapak tangannya, belai jari-jemarinya satu persatu. Lakukan untuk sebelah tangan setiap kali menyusu. Tambahan jika mahu, sambil membelai sambil berdoa moga-moga tangan kecil ini membesar dan bermanfaat untuk masyarakat dan agama ketika bayi mommies menginjak usia dewasa.


Memperlihatkan objek berwarna terang.

Warna yang terang dapat merangsang otak bayi apabila dia melihatnya. Semasa menyusu, mommies boleh perlihatkan objek yang terang warnanya pada bayi. Boleh nyatakan padanya, “ini warna merah sayang”, contohnya. Lakukan untuk beberapa warna lain untuk satu sesi menyusu. Jika mahu menggunakan flash card berwarna-warni juga boleh!




Perlihatkan flash card (kad imbas)

Untuk bayi yang sudah pandai memberi respon, mommies boleh gunakan flash card untuk meransang mindanya. Samada flash card itu bergambar, atau ingin memperkenalkan padanya huruf-huruf, ataupun perkataan-perkataan. Jangan terkejut, seawal usia setahun lebih, bayi sudah pandai membaca!!


Nyayian atau alunan.

Alunan suara yang merdu juga dapat merangsang minda bayi. Nyanyilah lagu yang sama untuk beberapa ketika dan tukar kepada lagu yang lain (untuk beberapa ketika), dan ulang lagu yang pertama (untuk beberapa ketika) dan seterusnya. Aktiviti ini dapat membantu bayi mengingati intonasi dan tatabahasa yang sama yang terdapat dalam lagu tersebut. Pilihlah lagu yang sesuai untuknya seperti “kasih ibu”, “ibu, kaulah ratu hatiku”, “Alif Ba Ta”. Jangan pula nyanyi lagu cinta ke, rock ke.. tak sesuaiii gitew!



Biasakan dengan alunan al-Qur’an.

Menjadi kebiasaan mommies memasang alunan al-Qur’an di laptop, TV atau smartphone. Ketika menyusu, apabila mommies sendiri membacakan ayat suci al-Qur’an kepada bayi, dia akan memandang tepat pada kita kan? Dia sedang menikmati bait-bait kata-kata Sang Rabb nya yang dialunkan oleh ibunya sendiri! Berbanggalah.




Kenalkan anggota badan

Skil bahasa bayi berkembang pesat dari 0 hingga 3 tahun. Oleh itu, gunakan waktu menyusu untuk mengajar bayi benda yang dekat dengannya iaitu anggota badan. Pegang tangannya sambil berkata “ini tangan baby, tangan baby comel, halusnya tangan baby ni”, usap-usap lah sikit kan? Boleh juga tambah ayat bertanya, “mana tangan baby? Ini tangan baby!” Kemudian pegang kaki pula dan anggota lain. Ulang banyak kali. Umur belum sampai setahun pun dia dah boleh bezakan mana rambut, mana tangan, kaki, perut dan lain-lain.



Bermain geletek-geletek.

Prinsip Ummi, bayi yang sentiasa gembira, otaknya berkembang lebih pesat berbanding bayi yang ditinggalkan bermain sendirian, sering menangis dan jarang ketawa. Sewaktu menyusu, Ummi suka bermain “round round garden”. Ambil telapak tangannya, nyanyi bait-bait di bawah ini sambil jari kita pusing-pusing pada telapaknya..
“Round a round a garden
Like a teddy bear..”

Kemudian, sambil berkata “one step, two step..” sambil dua jari kita bergerak ke lengannya (seolah-olah jari itu adalah kaki yang sedang berjalan), dann… “tickle you under there” dan geleteklah bahagian yang dia geli. Ada masa, geletek kakinya, ada masa geletek ketiaknya. Dia akan ketawa berdekeh-dekeh dan dia pasti akan minta lagi!



Bayi yang melalui pelbagai jenis pengalaman akan lebih teransang mindanya berbanding bayi yang ditinggalkan bermain sendirian. Mommies haruslah membantu bayi mommies untuk melalui pengalaman-pengalaman ini dengan penuh emosi gembira dan tenang.

Merangsang otak bayi haruslah melalui semua jenis deria iaitu deria penglihatan, pendengaran, percakapan, rasa dan sentuh. Dan aktiviti-aktiviti di atas sangat mudah dilakukan, tidak memerlukan tenaga yang banyak, dan menggembirakan.

Kebanyakan mommies keluar bekerja dari pagi sampai petang, ada juga yang malam baru balik. Ambillah peluang bermain sambil bonding sambil meransang otak insan yang insyaAllah menjadi kebanggaan mommies bila dia besar kelak.

Hurmm, lepas ini berkuranglah mommies yang main candy crush kan kan kan? Tak mengapa, korbankan candy crush untuk dapatkan anak pintar, mulakanlah hari ini!
Sebelum mengakhiri artikel tak seberapa ini, tahukah mommies omega-3 terbukti membantu menyambung jaringan synapse di dalam otak dan memeliharanya agar synapse ini tidak mudah reput? Ini bermakna omega-3 membantu meransang otak bayi mommies! Salurkan omega-3 tulen semulajadi Omega Guard melalui susu mommies agar mommies dapat meransang otak si kecil mommies semaksimum mungkin. Nak tahu lebih tentang Omega Guard, boleh baca di sini!

Untuk order Omega Guard pula, mommies boleh melakukan pembelian online sekarang jika mommies memegang kad kredit mahupun kad kredit. Sila klik gambar di bawah.



ATAU!! INGIN PENJIMATAN SEHINGGA 20% UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE? BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN HARGA AHLI SEKARANG. HUBUNGI UMMI SEPERTI DI BAWAH YA!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...