Sunday, December 14, 2014

Tips Travel; Menaiki Kapal Terbang Bersama Bayi dan Anak Kecil

Assalamualaikum semua,

Musin cuti sekolah ni lah ramai ibu bapa mengambil peluang untuk bercuti jauh sikit. Mungkin dari Kelantan ke Johor, atau KL ke Langkawi, mahupun dari KL ke Shanghai, Korea dan lain-lain. Kalau dah namanya family holiday, pasti kita akan angkut anak-anak naik kapal terbang kan?

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang inilah kali pertama membawa anak kecil travel menaiki kapal terbang. Maka timbullah kerisauan seperti:
  • Boleh ke bawa susu, minuman, makanan untuk anak ke dalam kapal terbang
  • Macamana ye nak mengelak anak kecil atau bayi tidak selesa naik kapal terbang?
  • Di mana dan bila nak tukarkan lampin bayi/anak kecil?
  • Kalau bayi/anak kita melalak, apa nak buat?
  • Makanan (meal) untuk anak macamana?


  bayi.menaiki.pesawat.kapal.terbang


Alhamdulillah, dengan izin Allah, Ummi telah pun merasa naik kapal terbang bersama bayi, anak kecil dan anak besar sikit. Pertama kali naik kapal terbang masa bersama bayi ketika kak long berusia 25 hari, manakala pernah bawa adiknya Asma’ ke “kampung Doha, Qatar” (dua flight 3 jam dan 4 jam, transit 2 jam) ketika usianya setahun sebulan tanpa iringan suami.

Ia tidaklah begitu susah dan leceh untuk membawa anak kecil menaiki kapal terbang. Mungkin tips di bawah dapat membantu ibu bapa meringankan kerisauan serta kepayahan mengendalikan anak kecil semasa travel menaiki kapal terbang. 
  1. Di rumah, seminggu sebelum travel, bisik-bisik pada anak “Ahmad, kita nak naik kapal, nanti dalam kapal Ahmad GudBoy je ok? Tak yah ragam, tak yah buang air masa dalam flight. Kalau lapar makan, kalau mengantuk tidur, ok?” haa, ini namanya set minda anak siap2. Berkesan tau!
  2. Bertolak ke lapangan terbang awal untuk mengelakkan kecoh, terkejar-kejar. (boleh check-in online di rumah untuk memudahkan perjalanan)
  3. Sebelum naik ke kapal, tukarkan lampin anak anda terlebih dahulu. Harap-harapnya sepanjang perjalanan anda tidak perlu menukar lagi lampin dalam tandas kapal yang sangat sempit itu.
  4. Susu anak (susu perahan, susu botol) boleh dibawa naik ke kapal tetapi pastikan jumlah setiap botol tidak melebihi 100ml.
  5. Makanan dan snek boleh dibawa naik, tiada masalah.
  6. Bawalah stroller, anda boleh menolak anak anda dalam stroller sehingga sampai ke pintu kapal terbang.
  7. Pilih tempat duduk yang ada bassinet (atau seat yang paling depan). Walaupun kita rasa bayi kita tak nak pun duduk dalam bassinet, tetapi ruang kerusi yang ada fasiliti bassinet luas, selesa lah kita dibuatnya!   
  8. Sediakan susu, atau bersedia untuk menyusukan bayi anda semasa take-off dan landing untuk mengelak tekanan pada telinga.
  9. Jika ada anak kecil, bawa bersama entertainment seperti mainan, games atau movie. Ada flight yang menyediakan khidmat ini.
  10. Order makanan yang sesuai dengan anak anda. Ada flight yang boleh pilih makanan untuk anak kecil.
  11. Jika anak anda picky eater, jangan lupa bawa makanan kegemaran dia naik ke atas kapal!
  12. Jangan segan silu minta krew kapal untuk membantu anda dalam apa jua kesulitan yang anda hadapi.
  13. Doa naik kenderaan jangan lupa! Doakan juga Allah permudahkan perjalanan.


Barang bayi/anak kecil yang perlu dibawa ke dalam kapal terbang:
  • 2 salinan baju bayi dan ibu (takut bayi muntah ke, terkena najis ke atas kita, mau nya tak nak tukar??)
  • 3 keping lampin pakai buang (ada flight yang sediakan lampin, seperti SriLanka Air tapi kualitinya tidak berapa bagus, kikiki)
  • Tisu basah; nak lap tangan ke, lap tudung sebab kena muntah ke, nak lap punggung baby ke..
  • Bantal kecil; kebiasaannya bantal kecil akan disediakan oleh pihak kapal terbang. Tapi kalau nak lapik tangan semasa menyusu, atau anak kecil nak lebih bantal, elok bawa sendiri.
  • Tuala kecil (juga boleh digunakan sebagai selimut semasa dalam kapal atau dilapangan terbang).
  • Shawl juga sesuai dibawa. Fungsi sebagai selimut atau penutup ketika anda menyusukan anak.


Nota 1: jika anda menaiki kapal terbang melalui KLIA2, jangan berlengah-lengah untuk menaiki kapal. Sesungguhnya anda perlu jalan jauh dari imigresen nak naik kapal. Jika anda lambat, anda harus berlari-lari bersama anak kecil. Sangat penat dan stress!

Nota 2: persediaan kesihatan untuk anda dan anak-anak untuk travel adalah sangat penting. Pastikan anda sudah mengambil vaksin yang sesuai jika tempat anda ingin lawati mengalami risiko kepada penyakit tertentu.

Nota 3: “ubat demam” dan handy first aid jangan lupa, seperti Vitamin C untuk mengelak demam, selsema batuk. Juga Nutriferon bagi boost up imunisasi tubuh anak. Nak travel ni, demam lah yang kita nak elak, betul tak? Kalau nak bawa vita-E sikit pun ok, mana tau kalau terluka mana2, picitkan minyak vita-E, insyaAllah cepat je sembuh luka tu.

Nota 4: Vitamin dan suplemen untuk ibu bapa pun bagus juga. Seperti AJHT dan Ostematrix untuk mengelak sakit belakang, sakit sendi dok dukung anak dan angkat lagej je sepanjang travel. Gabungan B-Complex dan Ostematrix untuk mengelak migraine, pedih ulu hati dan kawal stress. Stress sambil travel?? Travel dengan anak kann? Hehe.

Vitamin C sangat penting untuk dibawa. Elak selsema, batuk demam. Sangat berkesan dengan Vita-C Plus Shaklee. Omega Guard juga bagus untuk menguatkan imuniti tubuh kita.

Kata kuncinya, kita pergi travel nak enjoy. Lagi-lagi bila bawa anak kan? Kita mesti nak elak demam sakit bagai. Mencegah ialah jalan terbaik untuk kita dapat maksimakan ke”enjoy”an holiday kita.

Apa-apa pun, masa Ummi travel gi Australia raya haritu, memang satu beg bawa vitamin. Vita-C dan Omega Guard adalah kawan baik sepanjang perjalanan sebab dah mula nak selsema batuk. Alhamdulillah tak jadi sakit. Alih-alih, kulit muka jadi licinn semacam je penangan Vita-C Shaklee dan Omega Guard! Hehehe.

Baiklah, jika anda belum mendapatkan Set Kesihatan Travel Shaklee, hubungilah Ummi sekarang untuk bincangkan vitamin terbaik untuk dibeli dan dibawa (mengikut keperluan dan bajet anda).

Selamat melancong dan selamat bergembira bersama anak-anak!!

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID#929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

2 comments:

  1. tak pernah lagi naik kapal bersama suami anak ahai, apa lagi seornag diri uh..mengidam ar juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh lah ajak suami bercuti jauh sikit, dapat naik kapal terbang

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...