Assalamualaik semua,
Sekarang
ini musim demam, batuk dan selsema kan. Tengahari panas, petang dan malam hujan
lebat. Inilah musim virus sedang ber”hang-out” cari mangsa. Dari Jumaat lepas
anak-anak Ummi dah terjebak dengan demam, batuk, selsema ini. Alhamdulillah
setakat ini Ummi sedang bertahan, tak nak batuk kalau boleh!
Ubat
batuk? Kasihan apabila kita melihat anak kecil batuk tak henti-henti, terutama
bila nak tidur malam. Pusing sana batuk sana, pusing sini batuk sini. Tambah lagi
hidung tersumbat. Sayu hati ini melihatnya. Dan bila kita pergi ke klinik,
doktor akan beri ubat batuk walaupun untuk kanak-kanak. Kalau tidak ke klinik,
ramai juga mommies akan ke farmasi beli ubat batuk untuk kanak-kanak.
Sesuai
kah ubat batuk ini untuk kanak-kanak? Berkesan kah ubat batuk untuk
menghilangkan atau meredakan batuk mereka? Soalan paling penting… SELAMAT KAH
UBAT BATUK INI UNTUK KANAK-KANAK?
Menurut
Dr Hj. Zubaidi dalam artikelnya “Berwaspada Memberikan Ubat pada Bayi Anda”
Mari
kita highlightkan!
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini (ubat batuk dan demam) sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan demam mereka…. Ubatan ini boleh memudaratkan apabila diberikan dalam dos yang berlebihan. Selain daripada memberi kesan sampingan…”
Bukan
setakat ubat batuk tidak berkesan untuk kanak-kanak, ia juga memberi “side
effect” kepada mereka. Bahaya pula ubat
batuk ini untuk kanak-kanak kan?
Jadinya,
apa nak diberikan pada anak-anak kalau mereka batuk, tak kan nak tengok saja?
Inilah,
Ummi nak kongsikan pengalaman. Bukan pengalaman lama dah, pengalaman semalam je
pun. Kikiki. Tetapi boleh dipercayai! UBAT BATUK YANG MUJARAB DAN SELAMAT UNTUK
KANAK-KANAK.
VIT C CHEWABLE SHAKLEE
Aik,
cadangan pertama dah nak promo Shaklee? Deeva betul kan SID Ummi sorang ni? Ahaks!
Tidaklah begitu. Apa yang Ummi alami, kesan hebatnya Ummi nak share dengan
pembaca. Mana tau ia juga amat mujarab untuk anda semua. Bak kata pepatah
femes, sharing is caring, kann?
Alkisahnya
begini, Ummi kan sedang bertarung untuk melawan batuk selsema yang sangat mudah
berjangkit dari anak-anak. Selsema dah tewas, sekarang ni dah tersumbat dah
hidung ni. Tetapi batuk dah mula dah, rasa gatal saja tekak. Mana tidaknya, si
kenit bijak tu bukan boleh kita tegur suruh batuk tutup mulut ke, suruh batuk
tempat lain ke, dia batuk kalau kena pada muka kita, kita yang kena alihkan
muka.
Jadinya,
malam tadi dah mula nak berkokoh Umminya. Gatal sangat rasa tekak. Sekali tu
batuk kuat sikit, dah rasa lain macam. Terus bangun, cari botol Vit C Chews ni,
ambil dua biji, baca bismillah dan hisap kuat-kuat.
Kenapa
Vit C Chews? Kerana bila kita isap tu, kita isap laju-laju, kemudian jus vit C
tu bagi duduk lama sikit kat kawasan gatal tu. Boleh bayangkan tak? Hehe.
Vit
C Chews Shaklee ini mengandungi 100mg vitamin C yang sangat sesuai bertujuan
melawan virus dan menguatkan antibody badan kita. Dan ia sesuai dimakan oleh
kanak-kanak.
Alhamdulillah
terus hilang rasa gatal tekak, dan tak rasa nak batuk lagi! Hisap “ubat batuk”
ni teringat alkisah Ummi kumam ubat batuk dalam kelas masa O-level beberapa
tahun lalu. Nanti Ummi share ye.
Habbatus Sauda’ + Madu
Oh,
ini memang hebat! “Makanan Sunnah” yang sangat power. Kenapa Ummi tak berikan
habbatus sauda’ dari hari Jumaat? Sebenarnya botol pertama yang kami ada
tempohari kami berikan pada Pak Ngah yang ada masalah paru-paru. Kemudian belum
beli lagi botol yang baru. Semalam Ummi kecek kat encik Zauj, terus dia
round-round cari Habbatus Sauda’ ni.
Malam
tadi sebelum tidur Ummi beri dua titik habbatus sauda’ dan sesudu madu untuk
Asma’. Alhamdulillah malam ni senyap je dia, Ummi pula yang batuk (tu yang
telan vit c tu). Kalau nak dibandingkan malam sebelumnya, fuhhh, pusing sana
batuk sana, pusing sini batuk sini dianya.
Makanan
Sunnah ini haruslah dimakan dengan cara makan ikut Sunnah, iaitu baca basmallah
dan gunakan tangan kanan!
Inilah
alternative Ummi dalam nak beri reda batuk kepada anak-anak. Daripada beri ubat
batuk farmasi yang tidak berkesan dan tidak selamat itu, baiklah kita berikan alternative
yang lebih selamat dan berkesan insyaAllah.
Alhamdulillah
biiznillah, dua-dua ubat batuk di atas sangat berkesan untuk mengurangkan batuk
Ummi dan juga anak Ummi. Semuanya halal, berkesan dan selamat walaupun untuk
anak-anak yang kecil.
Nota:
Ubat batuk ini hanya sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas ye. Kanak-kanak
di bawah setahun dan masih menyusu boleh mommy yang makan Vit C dan
habbatussauda’ dan salurkan khasiatnya pada bayi mommy melalui penyusuan.
Di mana mahu cari ubat batuk MUJARAB dan SELAMAT untuk kanak-kanak ini?
Hubungi
Ummi sekarang di:
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
iR
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail
Penghantaran
ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
musim cuaca tak menentu memang ramai yang mudah demam...semoga sis dan anak anak cepat sembuh :)
ReplyDeleteTerima kasih Puteri Kasih <3 bagi Ummi, setiap rasa sakit itu ujian dari Allah. Di doakan puteri juga sihat sokmo :)
ReplyDeletedalam blog saya juga ada petua untuk hilangkan batuk harap rawatan ini sedikit sebanyak dapat meredakan hati ibu bapa
ReplyDeleteTerima kasih Suri atas perkongsian ilmu. Mana yang baik kita sebarkan banyak2..
ReplyDelete