Teknik pernafasan yang betul semasa mula rasa
kontraksi hingga lah kita bersalin adalah suatu teknik yang harus dipelajari
oleh semua mommies bakal melahirkan anak secara normal. Teknik pernafasan
ketika bersalin ini mudah secara teori tetapi perlukan latihan supaya dapat
buat dengan betul.
Mommies yang bakal masuk labour room, jom berlatih
pernafasan ini semasa mengandung lagi! Bak kata orang, practice makes perfect. Dengan
teknik bersalin yang betul diamalkan, mommies lebih relax, fokus pada kelahiran
bukan pada kesakitan contraction, dan insyaAllah dapat mengurangkan risiko
mengalami komplikasi pada mommies mahupun pada bayi, biiznillah!
Kebaikan Teknik Pernafasan yang Betul Semasa Bersalin
Kebiasaannya bila kita stress ketika rasa sakit atau
rasa takut, pernafasan kita menjadi cetek dan pendek. Belum sempat oksigen
masuk ke dalam dengan sempurna, kita dah hembus kembali nafas. Bernafas dengan
teknik yang betul semasa bersalin membantu memaksimakan kuantiti oksigen masuk
ke dalam tubuh baik untuk mommies juga kebaikan untuk bayi.
Selain itu, teknik pernafasan semasa bersalin
menjadikan mommies lebih tenang ketika proses kelahiran dari awal sehingga bayi
keluar. Mommies lebih relax dan dapat mengawal kesakitan kontraksi. Yang paling
penting, kita harapkan dapat bersalin normal dan selamat, kan?
Cara Pernafasan Ketika Bersalin yang Betul
Selepas air ketuban habis keluar, sakit yang amat
sangat mula datang. Sakit ini lah yang tak tertahan-tahan tu. Masa anak pertama
Ummi ambil epidural kerana tak dapat tahan rasa sakit contraction. Akhirnya? Tak
dapat rasa pun baby keluar sebab dah kebas!
Masa mengandung anak kedua, Ummi dah tanya Dr Google
tentang teknik pernafasan semasa bersalin ni. Memang bermanfaat betul ilmu ini,
Subhanallah!
Caranya?
- Masa mula contraction datang, mommies tutup mata dan baca Bismillah, cuba fokus pada cara mommies bernafas, bukan pada sakit tu. Kemudian..
- mommies tarik nafas dalam kiraan 3 atau 4, dalam kepala sebut “re”. apabila tarik nafas, gunakan hidung.
- tahan nafas sesaat atau dua
- lepaskan nafas mommies perlahan dalam kiraan lima macam tu, melalui mulut. Kadang-kadang akan ada bunyi “hoohhh” atau “haahhh”…
Dalam satu sesi contraction, mommies boleh ulang
teknik pernafasan ini beberapa kali.
Jangan Push Jika Bukaan belum 10cm!!
Ini nasihat yang Ummi dapat sebelum melahirkan anak
kedua; Jangan meneran lagi jika bukaan belum sempurna walaupun kita dah rasa
nak push sangat-sangat!
Ummi dapat rasa perkara ini! Lepas air ketuban kering,
sakit kuat datang, Ummi praktikkan teknik pernafasan macam kat atas tu. Lepas satu
jam, Ummi dah rasa baby nak keluar. Terus panggil bidan. Doktor pula belum
datang.
Saat ini adalah sangat kritikal!!
Bila bukaan belum sampai 10cm kita dah mula push,
risiko nak “dapat” jahitan luka bersalin yang banyak adalah sangat tinggi!
Bila doktor dan nurse belum bersedia (dengan
kelengkapan bersalin belum siap semua), bagaimana mereka nak sambut baby kita
dengan baik?
Kalau kita sebagai mommies pula, tahan baby dari
keluar, pernafasan pun tak betul… ini lah kemungkinan penyebab berlaku sebarang
komplikasi. TAK CUKUP OKSIGEN!! NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!!
Oleh itu, sangat sangat lah penting teknik pernafasan
yang betul ketika saat genting ini! Caranya.. Mommies tarik nafas seperti masa
sakit contraction tu datang, kemudian hembus melalui mulut pendek-pendek banyak
kali. Bunyinya akan jadi macam ni.. “huh, huh, huh, huh…”. Kemudian ulang tarik
nafas guna hidung dalam-dalam, dan hembus pendek-pendek, laju-laju guna mulut.
Jangan ambil mudah teknik pernafasan semasa bersalin
ini. Ia bukan sahaja dapat memudahkan proses bersalin, tetapi juga dapat
mengelakkan komplikasi atau perkara yang tidak diingini. Biiznillah!!
Selepas bersalin, tubuh yang lemah dek kerja keras
meneran dan hilang banyak darah.. boleh lah top up dengan nutrisi yang baik dan
berkualiti.
Vitalea – salurkan zat besi khusus untuk pengembalian
darah. Dan multivitamin lain untuk tubuh sihat.
B-complex – membantu pembentukan sel darah, membantu
memberi tenaga, mengelak dari stress (meroyan).
Vita-C Plus – mempercepat penyembuhan luka, menguatkan
kekebalan tubuh.
Zinc – membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman
dan luaran, elak masuk angin, elak rambut gugur, kasi kuku kuat dan cantik.
Add-on
ESP – keperluan protein ibu berpantang dan menyusu. Badan
lebih bertenaga, susu ibu menjadi lebih pekat!
Alfalfa – juga sebagai milkbooster, dan bertindak sebagai
“kacip Fatimah” selepas bersalin.
Saya dan ramai mommies di luar berpuas hati dengan
produk Shaklee terutama bab berpantang (selepas bersalin) dan ketika menyusu. Anda
juga ingin merasai ShakleeEffect? Jom mulakan hari ini!
Anda boleh membeli produk Shaklee sendiri (tanpa saya
menjadi orang tengah) dengan KLIK DI SINI
Selepas membuat pembelian, sila contact Ummi untuk
konsultasi ye! Cara pengambilan vitamin yang betul akan mengoptimakan hasil
ShakleeEffect anda.
Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk
Sabah Sarawak
masa tahu diri hamil cepat3 kedai buku caru buku pasal hamil dah belajar teknik baru lega dan permudahkan hee...
ReplyDeletememang kena timba ilmu bab kehamilan, kelahiran, parenting... tp ramai prefer tanya encik google je kan? kita share lah kat sini, mana tau dapat membantu ramai mommies kat luar sana
Deletemasa masuk wad bersalin gabrakan sis heee..
ReplyDeletedup dap dup dap dibuatnya bila masuk labour room tu pn Suri
Delete