Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich simple giler

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua? Dalam ke”busy”an kita dah nak hujung tahun ni, sarapan kita jangan remehkan. Sebab sarapan ni sangat penting untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga. Hari ini Ummi nak kongsi resepi sangat mudah tapi lazat, sesuai dibuat sarapan atau minum petang.

Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich, ecewah! Nama glemer mak aih, tapi resepi simple lah sangat2! Hehehe. Sebelum share resepi sandwich ala omputih ni, jom usha gambar dulu… (gambar nanti ye upload, tak internet hang nak search balik kat timeline photos fb)


Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich

Bahan-bahan:
  • 2 keping roti
  • 1 keping cheese
  • Sedikit margerin
  • Banyak sikit mayonnaise


Cara-cara:
  1. Ambil dua keping roti dari plastic rott, sapu margerin secukupnya pada kedua-dua belah luar roti.
  2. Letak cheese ditengah-tengah roti (bahagian tiada margerin) dan sapu mayonnaise di atasnya.
  3. Tutup semula roti dan bakar di atas pemanggang ajaib atau pan biasa api sederhana tinggi. Terbalikkan roti sehingga rangup kedua-dua belah roti.
  4. Sedia dinikmati! Sangat sedap dimakan suam (hati-hati kalau masih panas, cheese boleh membakar lidah).


Haa, siap sudah satu juadah sarapan pagi. Tapi kalau rasa dua keping roti tak cukup, silalah tambah lagi ok! Jap jap, perhatian untuk mereka yang nak turunkan berat badan, sandwich ini makan sekali sekala boleh lah sebab kalori tinggi! Haha.

Ummi bakar roti pakai pemanggang ajaib sebab boleh muat dua set sandwich sekali bakar. Kalau pakai sandwich toaster yang akan membentuk sandwich tiga segi tu pun ok, lagi senang!

Resepi ini sesuai untuk dibuat “cooking class” untuk budak-budak tadika macam anak Ummi yang sulung (selain French toast).

Opss. Anak-anak dah bangun! Masa untuk siapkan sarapan untuk mereka!
Selamat mencuba!!



Thursday, November 13, 2014

Resepi Nasi Telur Kicap 2 Minit

Assalamualaikum semua.

Pagi tadi Ummi buat nasi telur kicap untuk breakfast. Awalnya si kenit bijak nak makan nasi lemak yang en. Zauj beli kat kedai. Nasi nya dah bercampur aduk dengan sambal. Pedas lah pula untuk dia. Kebetulan ada nasi lebihan (leftovers) semalam. Jadi, apa lagi? Nasi telur kicaplah jawabnya!!

Nasi telur kicap ni rasanya ada orang panggil nasi telur ataupun nasi planta. Ummi panggil nasi telur kicap sebab wajib makan dengan kicap! Dan kicapnya ialah kicap masin.

Nak membuat nasi telur kicap ni cuma 2 minit je, lagi kenyang dari mi segera 2 minit.. dan lagi sihat juga! Rasanya sangat sedap! Jom tengok resepi nasi telur kicap 2 minit ini...


Bahan-bahan:
Semangkuk kecil nasi leftovers
Sebiji telur
Sedikit margerin
Kicap masin

Cara-cara:
1. Panaskan margerin dalam kuali. Bila margerin sedikit panas, masukkan telur dan kalau laju-laju.
2. Tunggu telur separuh masak, kacau lagi. Api perlahan sahaja pun tak mengapa.
3. Apabila telur 3/4 masak, masih basah-basah sikit (tidak terlalu basah), masukkan nasi. Kacau cepat-cepat.
4. Bila dah sebati dan rata nasi dan telur, tutup api dan terus angkat letak dalam pinggan.
5. Curahkan kicap dan makan panas2!


Owh tersangatlah sedap you!!


Senang kan? Sesuai sangat untuk orang bujang atau ibu yang sibuk bekerja, anak-anak, ibu hamil yang tak selera nak makan, orang yang dah lambat nak ke meeting ataupun orang yang dah terlalu kelaparan tak sempat nak masak ikan asam pedas ke..

SELAMAT MENCUBA!!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Sunday, October 19, 2014

Resepi kentang goreng yang boleh dimakan dengan nasi

Assalamualaikum semua,

Kentang goreng? Nyum nyum!kentang goreng cheese wedges macam KFC punya pun sedap, kentang goreng panjang-panjang macam fries kemudian salut garam dan serbuk lada hitam pun sedap. Tetapi biasanya kentang goreng kita makan gitu-gitu aje kan? Atau makan dengan burger/sosej/nugget/fishNchips dan sebagainya. Kali ini Ummi nak kongsikan resepi kentang goreng yang boleh dimakan dengan nasi, kalau nasi panas2 lagi kaw!

Resepi asli dari mama tersayang. Memang sesuai untuk budak-budak, atau kita-kita yang tak ada banyak masa nak masak. Ada du acara nak masak kentang goreng ini, samada rebus dulu kentang, atau goreng dulu.. resepi asal goreng dulu kentang. Cumanya Ummi nak jimat masa, Ummi rebus dulu, sambil rebus boleh kupas bawang dan cincang bahan-bahan lain.

Mari kita lihat resepinya:-

Bahan-bahan

  • Beberapa biji kentang, kupas dan potong 6 (wedges)
  • Sebiji bawang besar, potong 6 atau 8 (wedges)
  • Sebiji cili hijau atau merah, hiris saja
  • Segenggam udang basah (lagi banyak lagi sedap)
  • Daun celery, hiris halus2
  • Sos tiram


Cara-cara

  1. Kalau anda berhajat nak goreng dulu kentang tu, goreng sampai kekuningan dalam minyak banyak, kemudian keluarkan hampir kesemua minyak dari kuali, tinggalkan dalam sesudu besar sahaja minyak. Kentangnya biarkan sahaja dalam kuali. Untuk mengelak kentang hangus, proses mengeluarkan minyak tu perlahankanlah api ye.
  2. Jika anda memilih untuk rebus kentang itu, jangan rebus sehingga kentang terlalu empuk. Agak-agaklah ye. Kemudian toskan. Dalam kuali, panaskan sesudu besar minyak masak dan gorengkan sebentar kentang tadi.
  3. Setelah kentang agak kekuningan, masukkan bawang dan udang. Goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan sos tiram dan daun celery. Gaulkan rata.
  5. Tutup api dan siap untuk dimakan!


Memandang Ummi ni jenis main campak-campak je bila masak tu. Tak ada lah ikut sukatan sangat. Jadi sos tiram tu curahkan sampai warna kentang jadi seperti gambar di bawah


Hehe, mengancam tak? Dah siap satu hidangan. Dalam 10 minit pun dah siap kentang goreng, sedap kalau makan dengan telur goreng mata bulat, nasi panas-panas. Ini menu emergency ni ;)

Senang je resepi kentang goreng ni kan? Oklah, selamat mencuba!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Monday, October 6, 2014

Resepi minuman ESP Shaklee + Oat Krunch

Assalamualaikum semua!

Hari-hari kita buka resepi kek pisang kukus aja, hari ini Ummi nak share resepi minuman ESP pula. Sebelum tu, Ummi nak habaq mai yang bulan Oktober ni bulan ESP seMalaysia tau! Napa pula bulan ESP seMalaysia? Sebabnya… bulan ini ESP on PROMOTION!!! Beli 6 tong ESP, dapat 7! Ramai dah dok pakat borong ESP bulan ni, jimat sangat-sangat… anda bila lagi?

Minuman ESP ni boleh buat pelbagai resepi sedap-sedap. Masa bulan puasa dulu Ummi minum ESP dengan pisang (dan Meal Shakes dan Performance Drink). Ummi amalkan 3 sekawan ni, atau nama up sikit… “Mighty Triple Gems”. Alhamdulillah puasa penuh walaupun fully breastfeed masa tu.

Ok, kali ini resepinya mudah sahaja. Idea resepi ni diambil dari adik yang dok belajar kat Cyberjaya tu. Dia kata campur Oat Krunch je, tak dan nak beli-beli pisang. Orang dok asrama memang susah sikit la nak beli pisang kan, belum sempat apa-apa dah nak busuk pisang tu. Oat krunch ni beli di kedai-kedai runcit memang ada. Ada banyak perisa, tapi Ummi suka yang dark chocolate punya.




Rezeki kali ini beli oat krunch dapat tumbler free!! So, Ummi pun gi grab 4 paket Oat Krunch! Haha. Tapi dua paket Ummi kasi adik la. Dia nak campur dengan ESP dia kan.

Eh… cerita pasal Oat Krunch, jom tengok resepi ESP + Oat Krunch.

Bahan-bahan

  • Sesudu ESP Energized Soy Protein Shaklee
  • Oat Krunch perisa pilihan sendiri (tapi yang dark choco memang sedap!)
  • Susu segar


Cara-cara

  1. Tuang susu segar dalam tumbler. Masukkan sesudu ESP ke dalam susu tadi. Goncang sehingga ESP sebati dengan cecair.
  2. Patah-patahkan biskut Oat Krunch kecil-kecil dan masukkan ke dalam minuman ESP anda. Kalau nak bagi lagi sedap, biarkan biskut cair sedikit dalam minuman ESP tu, bila minum nanti dia ada rasa biskut oats yang sedap.
  3. Campurkan ais jika suka. Setiap kali nak minum, seeloknya goncang sikit tumbler supaya biskut tak mendap pada bawah bekas minuman.
  4. Nikmatilah minuman ESP Shaklee anda yang lazat dan penuh khasiat!


Kalau anda ada blender khas untuk minuman, memang sesuai sangat blend ke semua bahan di atas dan minum, lagi sebati rasa dia! Ini untuk mereka yang taka da blender minuman macam Ummi :)

Resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang

  • Tak sempat nak breakfast (mengenyangkan, dan membekalkan nutrisi berkhasiat untuk kita memulakan hari)
  • Ibu menyusu (gabungan ESP Shaklee dan oats menjadi double milk booster yang hebat).
  • Mereka yang ingin diet. Sesuai dijadikan minuman petang 2 in 1. Dah lah mengenyangkan, rendah laktosa, tanpa kolestrol, sedap pula tu!!


Jika anda ada bahan-bahan di atas (Oat Krunch, ESP Shaklee, susu segar), boleh lah cuba resepi ini sekarang! Jika anda belum ada, susu segar dan oat krunch boleh didapati dari kedai-kedai runcit berdekatan manakala ESP anda boleh pesan di bawah. Sila KLIK gambar di bawah!



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7c2174131255d8e906a502237185a436

Atau anda mahu rebut peluang promosi ESP Shaklee bulan ini? Bagus sangat dah tu.. sebabnya:

  1. Anda akan dapat satu tong ESP secara PERCUMA!! (bernilai RM150)
  2. Anda akan dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA (bernilai RM65)
  3. Anda akan dapat tawaran POSTAGE PERCUMA (bernilai RM10)
  4. Cash rebate RM36 dimasukkan ke bank akaun anda pada pertengahan bulan depan.


Jom kira berapa anda jimat jika anda grab promosi ESP Shaklee bulan ini!!

  RM150
   RM 65
   RM 10
+ RM 36
= RM261

TUNGGU!!! Sesungguhnya apabila anda menjadi ahli Shaklee, secara automatic anda akan dapat membeli ESP (dan produk Shaklee yang lain) dengan harga ahli di mana setong ESP adalah lebih murah daripada RM150!! Jadinya, anda jimat LEBIH DARI RM261!!

NAK DAPATKAN ESP PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1 INI? Hubungi Ummi sekarang seperti tertera di bawah ye.

Pengedar Sah Shaklee area Gombak, KL
iR Iffah Azhar
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Wednesday, June 4, 2014

Resepi Fish N’ Chips Mantapzz


Assalamualaikum semua.

Hari ini teringin pula Ummi kongsikan resepi masakan. Sejak tinggal di “kampung” ni, orang di rumah ni nak makan pelik-pelik. Pelik di sini maksudnya yang special2 laa, bukan pelik merapu! Ehehe…tapi pelik juga la kan balik “kampung” masak western laa, arab laa.. bila kat rumah kat Gombak tu masak simple-simple saja. Ahakz!

Wednesday, February 26, 2014

Resepi kuih bakar sangat senang, cepat tetapi lazat

Assalamualaikum semua.

Ni kisah semalam. Ummi setelah sekian lama tak buat kek atau kuih, semalam tetiba "ngidam" nak makan kuih bakar resepi dari mama Ummi. Resepi kuih bakar ini memang serious senang dan cepat tetapi sangat lazat. 

Wednesday, February 12, 2014

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Berlapis Cheese

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? Hari ini cuaca agak panas bukan? Begitu juga dengan hari-hari sebelumnya. Hujan sudah lama tidak turun. Semoga hujan rahmat turun tak lama lagi. Hari ini Ummi nak kongsikan resepi kek coklat kukus yang hasilnya jadi moist/lembap gitu.

Monday, November 25, 2013

Resepi kek pisang kukus yang mudah, gebu dan lazat

Assalamualaikum mommies semua. Jom kita tengok resepi mudah ni! Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang kukus ni, memang senang, lembut dan sedap!!

Resepi ni asalnya dari Puan Mama. Ummi bab kek kukus ni memang sukalah sebab ummi tak ada oven dan tak berkeinginan pun nak beli oven. Kalau kek tu boleh dibuat kukus, berbunga-bungalah hati ummi kan.

Kek ni ummi dah kali ketiga ummi cuba buat. Ada lagi satu resepi Resepi Kek Kukus Sedap ummi akan kongsikan kemudian.

So, jom tengok resepinya:

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung
1 cawan minyak Mazola/minyak masak
1 cawan pisang yang dilenyek-lenyek
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara:
    
    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.

Senang kan?

Disebabkan ummi juga tak ada mixer, ummi pukul telur dan gula di dalam pengisar (blender). Mula-mula ummi blend pisang beserta minyak sehingga pisang betul-betul hancur. Ummi curahkan ke dalam bekas lain.

Ummi cuci (guna air sahaja) blender tu baru pukul telur dan gula. Rasanya kalau tak cuci pun tak mengapa. Dah kembang baru masukkan campuran minyak pisang tadi, pukul lagi.

Bila nak masukkan tepung, blender dah jadi berat dan tak mahu pukul lagi. Jadi, ummi keluarkan terus adunan ke dalam loyang, dan kaup sahaja tepung dan gaul rata. Lepas tu, masukkan kek dalam kukusan, tinggalkan selama 45 minit tanpa perlu risau, hehe!!
Haa.. dah siap untuk dimakan; makan panas pun sedap, makan sejuk pun sedap, lembut gebu dan nyum nyum!!


walaupun gambar dari google, tapi ni la bentuknya 
kek pisang kukus bila dah diporong

zoom sikit, zoom sikit bagi terliuq, hehe!!


**Selingan**



Mommies kalau nak try buat pun, silalah. insyaAllah tak menyesal. Api jangan besar sangat, kalau tak, kek akan berlubang kat tengah. dan tidak masak sekata. Ok, selamat mencuba!!!

Selamat Mencuba!!

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...