Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Asid Folik dan Kepentingannya untuk Ibu Mengandung

Asid folik sangat penting diambil oleh ibu mengandung, malah sebelum si ibu mengandung lagi. Pengambilan vitamin pre-natal yang dilengkapi dengan 400mcg asid folik sebelum dan semasa mengandung dapat menghindari kecacatan pada otak dan tulang belakang “spinal cord” bayi yang dikandungnya. Oleh itu, ibu mengandung tidak boleh memandang remeh tentang pengambilan asid folik ini.

Apakah itu Asid Folik?

Asid folik, juga dikenali sebagai folate, adalah salah satu dari B vitamin. Asid folik memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah dan membantu perkembangan “neural tube” janin anda ke otaknya dan tulang belakangnya. Gangguan pada perkembangan ini akan menyebabkan kecacatan yang dikenali sebagai spina bifida dan/atau anencephaly.


Masa Terbaik untuk Mula Mengambil Asid Folik

Jika anda berjumpa dengan doktor untuk cuba mengandung, kemungkinan tinggi doctor anda akan menasihati anda untuk mula mengambil asid folik.

Ini kerana birth defects dan masalah kecacatan pada otak dan tulang belakang janin berlaku seawal 3-4 minggu kehamilan. Oleh kerana itu, kehadiran asid folik dalam sistem tubuh anda sebelum anda mula mengandung adalah sangat digalakkan.

Di samping itu, salah satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid folik bermula setahun sebelum mula mengandung dapat mengelak daripada kelahiran pra-matang baby sehingga 50%.

Jika anda bercadang untuk mengandung, masa mula pengambilan asid folik ialah sebulan sebelum mengandung. Ambillah setiap hari dengan kadar yang dicadangkan iaitu 400mcg setiap hari.

Berapa Banyak Asid Folik Saya Harus Ambil?

Adalah digalakkan bagi ibu yang ingin mengandung, dan ibu mengandung untuk mengambil 400mcg asid folik setiap hari. Jika anda mengambil multivitamin, pastikan kandungan asid foliknya mencukupi. Selain itu, terdapat juga suplemen asid folik yang selamat diambil ibu mengandung.
Jumlah keperluan asid folik semasa proses kehamilan setiap hari: 
  • Ketika anda cuba untuk mengandung: 400mcg
  • 3 bulan pertama kehamilan: 400mcg
  • Antara bulan ke-4 hingga kelahiran: 600mcg
  • Ketika menyusukan anak: 500mcg


Suplemen Terbaik Asid Folik

Shaklee sentiasa menawarkan produk terbaik kerana vitamin dan suplemen nya adalah vitamin semulajadi, selamat dan berkesan insyaAllah. Antara suplemen Shaklee yang mengandungi asid folik ialah:-

B-Complex – asid folik yang merupakan salah satu B vitamin telah dilengkapkan dalam B-Complex Shaklee. Kandungan asid folik dalam B-Complex Shaklee ialah 200mcg dalam satu pil. Selain memberi nutrisi asid folik kepada ibu mengandung, B-Complex Shaklee membantu memberi tenaga dan juga mengelak stress ibu yang berbadan dua.

Vitalea – Multivitamin terbaik di pasaran dari Shaklee ini juga dilengkapi dengan asid folik. Kebaikan multivitamin kepada ibu mengandung dijamin dengan pengambilannya setiap hari. Vitalea mengandungi 200mcg asid folik dalam setiap pil.


Oleh itu, ibu mengandung yang mengambil satu biji B-Complex Shaklee dan satu biji Vitalea setiap hari sudah pun melengkapkan keperluan asid folik dalam diet hariannya.

SET HAMIL SHAKLEE 

Vitalea dan B-Complex merupakan antara produk yang terkandung dalam SET HAMIL SHAKLEE. Untuk melengkapi keperluan nutrisi ibu mengandung, SET HAMIL SHAKLEE terdiri daripada Vitalea, B-Complex, Vita-C Plus, Ostematrix, Omega Guard dan ESP.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang SET HAMIL SHAKLEE dan kepentingannya untuk perkembangan janin dalam kandungan di sini.

Untuk memesan SET HAMIL SHAKLEE, anda boleh KLIK gambar di bawah.


ATAU hubungi Ummi untuk mendapatkan penjimatan harga sehingga 20%.

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak






Monday, May 12, 2014

Cara mengatasi stress secara natural dan tidak menjejaskan kesihatan

Assalamualaikum pembaca Joys of Ummi

Pulang kampung ni teringat2 kisah2 lama, zaman2 belajar dulu. Ummi ni memang jenis mudah stress dan bila stress, memang senang jatuh sakit. Masa ujian akhir tahun tingkatan 4 pun masuk hospital sebab stress. Haha!!

Thursday, April 10, 2014

Kurangkan Sakit Migrain dengan Vitamin Semulajadi Shaklee

Sakit kepala migrain berpunca daripada pengembangan saluran darah dan bahan kimia yang berpunca daripada gentian saraf yang melilit saluran darah di kepala. Semasa sakit kepala, arteri temporal yang terletak di bawah kulit tengkorak membesar dan mengembang. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, pembesaran dan denyutan arteri.

Tuesday, March 25, 2014

B for BOOSTER; vitamin semulajadi untuk menambah tenaga


Assalamualaikum semua.

Sering kita merasa badan tidak bertenaga, lesu dan tidak bermaya. Badan kita mudah letih tatkala melakukan aktiviti-aktiviti harian. Tahukah anda apa penyebab badan kita mudah kehilangan tenaga?

Ramai yang tahu bahawa manusia memerlukan makanan untuk memberi tenaga pada tubuh. Namun, tahukah anda bahawa tubuh kita memerlukan vitamin untuk menukarkan makanan  itu kepada tenaga?

Thursday, February 27, 2014

7 sebab kenapa lebih baik beri susu ibu kepada bayi.

Assalamualaikum breastfeed atau bakal breastfeed mommies semua.

Jangan ragu-ragu untuk memilih untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Ini kerana susu ibu adalah pilihan terbaik tiada tandingannya. Susu ibu adalah percuma, mudah diberikan kepada anak dan memberi banyak kebaikan kepada bayi mommies semua.

Sunday, February 16, 2014

Vitamin ibu hamil, pentingkah ia untuk ibu mengandung?

Assalamualaikum mommies semua.

Pada hakikatnya, mommies yang mengandung memerlukan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Ini untuk memastikan kesejahteraan kesihatan mommies dan juga janin di dalam kandungan. Janin yang baru ingin berkembang akan menyerap banyak zat-zat dari ibunya sehinggakan keperluan nutrisi ibu itu sendiri terjejas jika tidak ditampung dengan makanan tambahan.

Wednesday, February 12, 2014

Set Kesihatan Optimum Shaklee; Vitamin untuk keluarga

Assalamualaikum para pencinta kesihatan.

Kesihatan merupakan tunjang kepada kejayaan seseorang. Ini kerana aktiviti hariannya akan terganggu akibat daripada kesihatan yang terjejas. Shaklee menawarkan Set Optimum Health yang sangat sesuai diamalkan oleh suami, isteri dan anak-anak. Set ini dapat meningkatkan kesihatan seisi keluarga secara optimum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...