Assalamualaikum.
Hari yang damai tetapi agak sepi. Mana
tidaknya, mama, abah dan adik bongsu Ummi dah balik Doha dua minggu lepas. Abang
sulung pula beraya kampung isteribya, buat aqiqah untuk anak bujangnya tu. Tinggallah
Ummi anak-beranak dengan adik perempuan yang bakal jadi doctor tu (jom doakan!
Amin Amin!!!).
Malam tadi menyempatkan diri
membeli-belah sedikit di econsave berdekatan dengan rumah. Sebenarnya, nak
sangat ke econsave ni, nak beli minuman malt chocolate dia. Rasa malt chocolate
econsave ni sedap lah juga. Disebabkan kami boikot MILO kerana ia produk NESTLE
di mana syarikat Nestle ni berbangga menyokong zionis, setakat ini.. inilah alternative
kami (semoga usaha kecil kami diberkati Allah).
Sabtu malam, malam raya… dalam hati
agak gembira membayangkan mall yang legang kerana ramai orang sudah pulang ke
kampung halaman. Rupa-rupanya… harapanku meleset sama sekali. Punyalah ramai
manusia!! Masing-masing nak shopping last minute. Hahaha.
Balik rumah, dah penat.. tetapi
sempat je ajar kak long membaca sebelum tidur. Esok raya!! Syukur
Alhamdulillah.
Pagi-pagi bangun, siap-siap untuk
raya. Inilah hidangan istimewa hari raya!
gambar ehsan: google.com
Memang simbolik kan lemang buluh ni
dengan hari raya. Tapi ni bukan Ummi bakar sendiri pun. Mana lah ada ruang dan
waktu nak bakar lemang, ahaks! Ni lemang beli tepi jalan. Tetapi specialnya
lemang ni dibakar di situ. Lemangnya fresh, lemak dan sedap!!! Sebatang yang
besar boleh mencecah RM15! Ok lah kan.
Petang pula kami ziarah rumah mak saudara.
Rumah makcik ni best, banyak tempat nak posing. Ada kolam ikan, ada gazebo,
dulu siap ada bela rusa lagi!! Sekarang dah mati rusa dikerjakan anjing. Huhuhu.
Ni kira gambar raya. Aci tak?
Masa makan-makan, makcik ingatkan
kami suruh jaga kesihatan baik-baik. Sebabnya keturunan kami ramai yang ada
kencing manis. Masing-masing teruk kencing manisnya. Seriauu dengarnya. Kena pacat
je dah melarat-larat luka sebab bila ada kencing manis, luka memang susah nak
baik. Huhu.
Nasihat Ummi lah, untuk elak kencing
manis ni, PERTAMA, elakkan minum minuman yang ada rasa. Dan banyakkan minum air
kosong sahaja!! KEDUA, kurangkan gula dalam makanan. KETIGA, makan makanan
berkhasiat. Kalau terpaksa ambil suplemen, mulakan dari sekarang. Ingat,
mencegah lebih baik dari mengubati!!
Apa suplemen yang sesuai untuk masalah
kencing manis ni?
Nanti Ummi buat entri khas untuk
SUPLEMEN MERAWAT MASALAH KENCING MANIS.
Esok cadang untuk sambung ziarah
menziarahi lagi.
EID MUBARAK SEMUA!!
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM
AIDIL ADHA 1435H
~Ummi Abida~
No comments:
Post a Comment