Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah hari ini rasa sihat sikit berbanding dua
tiga hari lepas. Dapatlah nak mengadap laptop kesayangannya ni :) Tadi pergi
jumpa doktor, balik-balik tak makan ubat pun lagi.. dah rasa baik. Sedut aura
dari doktor. Hee hee. Alhamdulillah tak serius pun, doktor kata sinus aja, insyaAllah tak kronik. Amin!
Hari ini hari pertama kak long exam. Ujian akhir
tahun kata cikgu. Haish, tak tau laa nak kata apa, budak umur lima tahun dah dikenalkan
dengan ujian peperiksaan. Kesiannyaaa…sampai umur berapakah dia harus melalui ujian bertulis setiap tahun dalam hidup dia??
Bahasa Melayu, dan mata pelajaran yang bertulis bahasa
Malaysia boleh lah Ummi ajarkan sebab kak long dah boleh membaca bahasa Melayu.
Kalau English ke Bahasa Arab ke.. nak ajar dalam masa dua hari ni mana lah
mampu. Matematik Ummi dah ajar dah kak long tambah tolak, dia suka!
Ummi tak ada nak push dia pun. Kata Ummi, “kalau kak
long tahu jawab, kak long jawab elok-elok, kalau tak tahu, biarkan saja lah”. Lagipun
hari tu kan cuti tiga bulan, hoho.
Tapikan, jiran bawah tadi bagitahu anak dia (yang sama
kelas dengan kak long) belum pandai membaca, walaupun Bahasa Melayu. Huhu.. Rasa puas lah dua bulan
pulun ajar kak long membaca!
Ummi tak mahu kejarkan kak long MESTI dapat nombor
satu dalam kelas.. No No No!! Ummi nak, apa yang cikgu atau Ummi ajar, dia
faham dan boleh praktikkan dalam kehidupan. Bukan bagus atas kertas saja,
tetapi praktikalnya fail, adabnya fail, human sense nya fail. No No No.
Lupa nak ajar kak long supaya baca Bismillah sebelum
mula menjawab peperiksaan. Tetapi tadi dengar sebelum start, ramai-ramai mereka
baca doa sebelum belajar tu, ok lah kan. Alhamdulillah.
Tahun depan kita cari pengalaman baru di tadika baru
ok sayang.
<3 <3 <3
sama baya anak saya.tapi baru habis minggu lepas heee..sehari ada 2 subjek..haa..anak saya blh baca.seronokan sis..
ReplyDeletekalau saya suka abaikan dia dpt resut berapa..sb rata2 cikgu ckp budak nakal suka meniru hee..masa bt raya terbuka jiran sama sekolah dg anak sbuk je tanya anak dpt ni berapa. saya ckp entah malas nk layan.bt apa nak banggakan anak bagai cukup dia tahu asas tu dh ok..kan..
Anak kita sebaya ke ukhti? Boleh lah nanti kita sharing aktiviti sepanjang cuti sekolah nanti :)
DeleteSaya tanya je kak long, "exam senang ke susah". bila dia kata "susah", saya kata.. "hurm, biar je la". serious tak nak push dia seawal usia macam ni kan. tapi kalau dia hafaz banyak Surah, baru lah bangga.. kan?
hehehe...pandai ummi dia aja...
ReplyDeleteAlhamdulillah sis. Saya mmg ada minat nak besarkan anak-anak dan didik mereka sendiri. Alhamdulillah ala kulli hal
Deletelama-lama anak lentur akan mudah juga ikut nasihat kita.semoga berjaya ..yey
ReplyDeletejangan lupa doa juga! yey!!
DeleteBetul,jangan push sangat masa peringkat ini.tetap beri galakan dan sokongan kepada mereka walaupun kurang berjaya lagi.
ReplyDeletekan sis Norhayati Suaib kan? saya tak nak anak jadi exam oriented, biar pandai secara menyeluruh termasuklah berhikmah.
DeleteinsyaAllah, amiinn!!