Subhanallah,
MasyaAllah.. Banyak info kali ini Ummi dapat dari artikel hebat ini. Kredit dan
terima kasih kepada Hj Khairol Amin Mohd Salleh yang menterjemah catatan ini,
Jazahullahu Khaira! Mari kita lihat apa dia 10 sebab Jepun Mencapai Kemajuan,,
1. Di
Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu
matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari
akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak
ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga
pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan
pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun
walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji
(servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4.
Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min
bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun
yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5.
Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di
“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap
kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6.
Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi
memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa
depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7.
Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya
sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan
lisan.
8. Di
larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat
yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai
“akhlak/etika”
9. Jika
anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang
akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan
meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10.
Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun,
ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada
ketepatan saat dan minit.
********
Bila kit
abaca dan teliti semula 10 sebab kemajuan negara Matahari Tertib, Jepun ini,
banyak aspek dan nilai yang telahpun diajar oleh agama kita agama Islam, betul
tak? Aspek Akhlak, kebersihan, penjagaan waktu, keselamatan dan sebagainya. Dan
kalau dibaca berulang-ulang kali, aspek ini dididik ke dalam jiwa anak-anak
Jepun dari awal usia lagi!
Begitu pentingnya
pelajaran Akhlak/Etika ini rupanya ya. Ia bukan sekadar salah satu subjek di
dalam kelas. Tetapi dengan akhlak yang baik, etika dan disiplin yang tinggi ini
lah asset kepada kemajuan sebuah negara.
Sekarang
adalah tugas kita, ibu bapa, untuk mendidik anak dengan akhlak, adab dan
disiplin untuk membentuk sebuah negara Islam yang maju! Akhlak, adab dan
disiplin ini WAJIB diterapkan ke dalam diri kita dahulu baru boleh kita didik
anak-anak tau! Bermulalah dengan diri sendiri, kemudian didik keluarga kita.
Adab,
akhlak sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW. Kehidupan beliau dipenuhi dan
dihiasi adab dan akhlak yang baik. Tugas kita dari sekarang ialah untuk
mengkaji (membaca buku-buku) Seerah Nabawi dan ikut apa ajaranNya. Semoga
dengan usaha kita ini, Allah juga akan membantu kita untuk maju ke hadapan.
insyaAllah!!
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah
Azhar (SID #929407)
SMS/WA:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
No comments:
Post a Comment