Assalamualaikum
semua,
Anak
genius, itulah harapan kita sebagai ibu bapa. Siapa yang tidak mahukan anak
yang genius! Lahir sebagai genius? Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa
genius akan melahirkan anak yang genius. Akan tetapi, tidak mustahil kita
membentuk anak genius walaupun dia berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Yang
penting? Usaha ibu bapa itu harus LUAR BIASA!
Sejak
dua menjak ini, Ummi sering membaca tentang bagaimana cara untuk mengajar anak
membaca dengan berpandukan gambar. Membaca kepada anak-anak sudah dibuktikan
banyak kebaikan terutama dalam membantu perkembangan optimum otak anak kita.
Namun, membaca berpandukan gambar disertai interaksi adalah satu langkah ke depan untuk membentuk
anak genius.
Itulah
yang dinamakan DIALOGIC READING
Apakah itu Dialogic Reading?
Dialogic
Reading ialah satu teknik membaca bersama anak-anak yang kaya dengan interaksi
di antara ibu/bapa (pembaca) dengan anak-anak (pelajar). Pertanyaan dan jawapan
berdasarkan cerita semasa membaca buku dapat mengembangkan bahasa anak-anak di
samping melatih anak-anak berfikiran luas, kreatif dan menjadikan sesi membaca lebih menarik dan
hidup (life).
Bagaimana Dialogic Reading dapat membentuk anak genius?
Dengan
kaedah Dialogic Reading, anak-anak mendapat pengalaman baru ketika membaca.
Anak-anak didedahkan dengan kemahiran berfikir, meneliti, mengembangkan
imaginasi, mengembangkan idea, kreativiti dan memperkaya tatabahasa.
Kemahiran-kemahiran
ini dapat membantu anak-anak mengatasi masalah atau “problem solving” dengan
cara berfikir secara kritikal “critical thinking”, mencambah imaginasi, berani
mencuba pengalaman baru dan tidak statik pada kemahiran yang lama.
Teknik Dialogic Reading
Apa
yang anda perlu?
- Buku bergambar
- Anda
- Anak anda
Cara-caranya
Bacalah
buku bergambar dengan anak anda semasa moodnya sedang tenang dan dalam keadaan
positif.
Langkah
Dialogic Reading dirumus dengan perkataan singkat PEER, dan setiap satu huruf
mengandungi cara tertentu.
Langkah
|
Cara Melakukannya?
|
Bagaimana ia membantu?
|
P = Prompt
e.g.
Anda: Apa itu?
Anak: Kucing
|
Tanya anak anda soalan,
atau ajaknya bercerita tentang apa yang dia nampak pada mukasurat yang sedang
dibaca.
|
|
E = Evaluate, apa yang
disebut anak tadi
|
Adakah jawapan anak tadi
betul? Apa lagi info yang anda boleh tambah?
|
|
E = Expand, kembangkan
idea
e.g.
Anda: ye, ini kucing. Bulunya
berwarna oren. Boleh kamu sebut sekali lagi?
|
Penambahan beberapa
perkataan atau idea.
Jika jawapan awal tadi
salah, betulkan secara lembut.
|
Membina tatabahasa.
|
R = Repeat
e.g.
Anak: kucing itu bulunya
berwarna oren
|
Ajarkan anak mengembangkan
response kepada soalan pada langkah pertama tadi
|
|
Tidaklah
begitu susah untuk menggunakan kaedah Dialogic Reading ini kan? Ia akan memberi
pengalaman dan pengembaraan dalam pembacaan. Anak-anak pun akan lebih gembira
dan semangat untuk membaca bersama-sama.
Jenis-jenis pertanyaan untuk Dialogic Reading
Bagaimana
kita ingin bertanya dengan cara yang betul semasa kita membaca dengan anak
kita? Soalan yang diutarakan kepada anak berusia 2-3 tahun pastilah tidak sama
dengan anak yang berusia 4-6 tahun. Secara asas, ada lima cara untuk bertanya
atau “prompt” tadi, juga diringkaskan dengan perkataan CROWD.
Jenis pertanyaan
|
Cara Melakukannya
|
C = Completion,
e.g. “mari kita habiskan
mukasurat ini bersama-sama..
Tiba-tiba hujan turun,
kucing oren itu pun ____”
|
Ajak anak anda
menghabiskan ayat atau cerita (terpulanglah berdasarkan teks cerita mahupun
ideanya sendiri)
|
R = Recall
e.g. “ingat tak, apa jadi
pada kucing oren semasa dia berlari untuk mengelak hujan sebelum ini (pada
mukasurat sebelumnya)?”
|
Tanya anak anda apa
terjadi dalam cerita tersebut.
Tanya dia apa yang watak
dalam buku itu sedang lakukan.
|
O = Open-ended
e.g. “agak-agak apa kucing
itu akan lakukan?”
|
Mengajak anak berfikir
untuk mengembangkan ceritanya sendiri
|
W = Pertanyaan Wh
(what, where, why, who,
how)
|
Tunjukkan pada gambar dan
tanya apakah objek itu atau apa ia sedang lakukan dan sebagainya
|
D = Distancing
e.g. “ingat tak semalam
kita ke sekolah, kita nampak kucing. Tetapi warna bulunya putih kelabu,
bukannya oren”
|
Mengkaitkan cerita di
dalam buku dengan kehidupan harian anak anda
|
Dialogic
Reading merupakan satu teknik atau kaedah membaca yang sangat menarik. Ia akan ada
interaksi membina antara ibu/bapa dan anak-anak. Bila kita baca teori Dialogic
Reading, nampak seperti susah ingin praktikkan. Namun, cubalah! Ia akan menjadi
pengalaman indah membaca bersama anak-anak.
Percaya
atau tidak, dari “bunga itu warna merah” (seperti yang terdapat dalam gambar
pada buku) boleh dikembangkan ceritanya kepada “madu yang kak long makan dengan
Omega Guard tu”. Biarkan anak-anak yang mengembangkan cerita, kita bantu-bantu
sahaja.
Yeay!!
Jumpa dah satu aktiviti untuk cuti sekolah yang bakal datang nanti, aktiviti
untuk mengembangkan minda kedua-dua puteriku insyaAllah. Misi mencari dan
mengumpulkan buku bergambar akan bermula tidak lama lagi!!
Selamat
membaca buku bersama anak-anak, dan selamat melahirkan anak yang genius :)
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah
Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
dialogic reading antara apa yang puteri praktikkan masa ajar budak-budak tadika dulu...budak-budak memang tumpukan perhatian lebih dan teruja bila dapat menerangkan tentang gambar dalam buku cerita tersebut :)
ReplyDeletePuteri mengajar budak-budak tadika dulu? bestnya! lagi2 bila bercerita guna teknik dialogic reading. can imagine! then we can see their creativitiy. awesome!
ReplyDeleteterima kasih maklumatnya, lengkap ni bagus dicuba kalau ada anak kecik.
ReplyDeleteterima kasih denaihati sudi singgah dan beri komen. kalau ada anak kecil, bolehlah mencuba. jika belum ada... boleh cuba pada anak saudara, hehe!
ReplyDeletemasa anak umur tiga tahun boleh lagi mereka cerita dengan gambar tapi sekarang 4 ke5 tahun tak boleh tipu sebab dia boleh membaca hua.....
ReplyDeletekalau tak kan suri, bagi satu gambar suasana (tanpa teks).. suruh dia bercerita sendiri. kat situ bolehlah kita tengok kreativiti mereka berfikir. macam buku kamus ADIK tu best gambar suasana dalam satu kawasan.. ummi nak start dengan kamus ADIK kemudian baru buku cerita bergambar insyaAllah
ReplyDelete