INFO
KESIHATAN; 13 Kesalahan Lazim dalam Pengendalian Makanan Harian Kita
🔶 Sayuran yang dimakan mentah, contoh tauge,
daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam, yakni tidak
dimasak, perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada
jangkitan virus e.coli
🔶 Petua beli ayam segar. Beli ayam pada waktu
pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika membeli pada waktu tengahari,
pastikan balik ke rumah dan terus cuci seterusnya masukkan ke dalam peti sejuk
beku sebelum dimasak. Ini untuk membunuh bakteria pada daging ayam tersebut. Masak
ayam dengan sempurna. Jika tidak cukup masak, bakteria tidak mati dan akan
aktif semula bila makanan itu sejuk
🔶 Panaskan makanan setelah sejuk, Jangan makan
makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam. Makanan perlu dipanaskan sehingga
mendidih
🔶 Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana
pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh di tangan kita.
🔶 Elakkan telur separuh masak kerana ia
mngandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkn demam panas dan kekejangan
otak
🔶 Pastikan telur dibasuh sebelum ia digunakan
🔶 Makanan sejuk beku seperti nugget, burger,
sosej perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Jangan
biar makanan berada pada suhu bilik kerana ia mengundang bakteria. Pastikan ia digoreng
di dalam minyak yang betul2 panas
🔶 Pastikan tukang masak bersih semasa memasak.
Ini kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak. Itu
sebabnya orang berniaga wajib ambil suntikan vaksin untuk mengelak dijangkiti penyakit
dan menyebarkan kepada orang lain
🔶 Pastikan tin makanan dan minuman dalam tin dibasuh
dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan kencing tikus
🔶 Jika makan di kedai, daripada mengelap sudu yang
nak digunakan, basuhlah terlebih dahulu. Jangan gunakan sabun buku yang
disediakan di kedai makan. Tetapi sebaiknya gunakan pencuci cecair atau tidak
salah jika kita sendiri bawa kemana2 pencuci tangan bersama kita.
🔶 Khasnya ayam golek. Pastikan ayam itu panas.
Jangan beli jika ayam sudah sejuk atau yang sudah siap dipotong.
🔶 Pastikan papan pencincang ayam diperbuat daripada
plastik. Jika papan pencincang daripada kayu, serbuk kayu mugkin akan melekat pada
ayam dan daging yang dicincang
🔶 Pastikan makanan yang dibungkus dengan
polisterin perlu dilapik dengan plastik untuk mengelakkan pengaktifan sel-sel
kanser yang terdapat pada polisterin
***************
Allahu
Allah, begitu banyak kesalahan yang sering kita buat ketika kita mengendalikan
makanan. Tak hairanlah penyakit senang menyerang kita dan keluarga!
Info ini
pun Ummi dapat daripada group WhatsApp. Info ini dipelajari semasa kursus
pengendalian makanan. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi ilmu berguna
ini.
Jika
anda merasakan info ini bermanfaat, jangan lupa sebarkan! Kita mampu
mengubahnya!!!
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
IR Iffah
Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
haha. hadoi. banyak jugak yg nak kena repair nih.
ReplyDeletebab telur separuh masak tu itu lah yg paling murah nak makan brekfast kt KLCC ni. tu pun dh RM3 utk 2 bijik. ni lepas minyak naik, tak tau lah berapa pulak. lama tak makan situ
haa, betul tu! banyak nak kena ubah kan?
Deletebiar la mahal sikit makanan yang kita beli tu, asalkan kesihatan terjaga. jangan pula nak cari yang murah je, last-last...?? betul tak? hihi
Banyaknya tip penyediaan makanan. Ia bagus untuk kesihatan kita dan keluarga.
ReplyDeletebetul tu kamil salleh! lagi-lagi musim demam sekarang ni.
Delete