Assalamualaikum
semua,
Dari
semalam sebenarnya dah tunggu posmen datang. Siap ketepikan tudung dan baju
lengan panjang lagi. Alhamdulillah tadi poslaju call. Akhirnya sampai juga
bunting yang ditempah jauhhh dari ganukite.
Encik
Zauj kata biarlah dia nak mengajar anak-anak mengaji dulu sementara dia sedang
buat thesis ni. Yelah, pahala pun dapat, kerja tak berat, income pun dapat. Mudah-mudahan
Allah lancarkan perjalanan thesis dia dan bagi dia ilham banyak-banyak supaya
cepat dia siapkan thesis. Aminnn!!!
Nanti
dah habis thesis boleh buat tuisyen bahasa Arab pula. Atau buka kelas bahasa
Arab melalui WhatsApp/weechat dan apa-apa medium pun ok.
Harapan
Ummi pula, moga-moga ramailah anak-anak ingin mempelajari Al-Qur’an, lagi-lagi
nak musim cuti sekolah ni kan. Kak long kena ikut abi mengaji lepas maghrib ok?
Sebenarnya
ada seorang Jutawan Muslim ni dah mewakafkan rumah tu untuk diadakan majlis ilmu.
Tak kiralah apa, asalkan bermanfaat buat ummah. Setakat ni belum ada apa-apa
aktiviti lagi di rumah tu. So, encik Zauj ambil peluang lah. Peluang untung
dunia akhirat, Aminnn!
Dan
semoga usaha kecil kami diredhai Allah. Ada lagi satu tawaran, jadi fasilitator
di ILuvQuran.com. menarik dan kreatif mereka nak didik sayangkan al-Qur’an. Boleh
lah usha website mereka! Tempat mengajinya pun tak jauh dari rumah.
Siapa
kata rezeki susah nak dijemput? Kita usaha,
doa, tawakkal… Allah beri pada kita insyaAllah.
Ummi
duduk rumah jual produk best Shaklee lah ye, sambil time lain ajar kak long
English, Math, Science.. dan adik juga!
Juga
noga-moga usaha untuk menaiktaraf kesihatan orang lain juga dikira amal
kebaikan olehNya. Kesihatan yang baik adalah elemen penting supaya Muslim lebih
maju ke hadapan.
Doakan
kami berjaya ya! Eh, bukan kami sahaja, dan untuk kamu yang membaca dan
mendoakan juga. Kejayaan di tangan kita insyaAllah!
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah
Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
semoga semua niat yang baik dipermudahkan :)
ReplyDeleteAminn Amiinnn ya Rabb!!
DeleteMasa kecik lagi sepatutnya ajar anak ngaji. Bila dah jadi buluh, susah pula nak lenturkan
ReplyDeletepepatah femes tu "meluntur buluh biar dari rebungnya". tapi seeloknya, lepas pandai mengaji, suruh anak khatam sekali, lepas khatam sekali, ajarkan tadabbur pula ayat-ayat suci Al-Quran. Siri ILuvQuran untuk didik GenQ (generasi al-Quran) insyaAllah
Delete