Assalamualaikum semua.
Hari ini teringin pula Ummi kongsikan resepi masakan. Sejak
tinggal di “kampung” ni, orang di rumah ni nak makan pelik-pelik. Pelik di sini
maksudnya yang special2 laa, bukan pelik merapu! Ehehe…tapi pelik juga la kan
balik “kampung” masak western laa, arab laa.. bila kat rumah kat Gombak tu
masak simple-simple saja. Ahakz!
Oklah, resepi Fish N’ Chips ni olahan dari beberapa sumber
resepi Fish N’ Chips dari Chef Google. Resepinya simple, sedap, murah dan
menjimatkan. Jom tengok resepinya di sini…
Bahan-bahan Perapan
1 peket ikan dori fillet
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada sulah
Garam
Perahan lemon
Bahan untuk tepung
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Garam secukup rasa
Breadcrumbs (serbuk roti)
Cara-cara:
- Basuh ikan fillet sehingga bersih, keringkan dan lap dengan kitchen towel.
- Lumurkan fillet dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Kemudian curahkan perahan lemon. Perap sebentar.
- Sementara itu, campurkan semua bahan untuk tepung ke dalam satu bekas leper.
- Panaskan minyak, salutkan ikan fillet dengan campuran tepung, dan goreng ikan sehingga nampak crispy.
- Angkat dan toskan lebihan minyak
**Tips: minyak haruslah betul-betul panas bagi mengelakkan
ikan lembik dan soggy. Jika salutan tepung tidak kembang, ini bermakna tidak
cukup baking powder!
Kalau ada Fish nya, mana boleh tiada Chips nya kan? Bukan Fish
N’ Chips laa namanya. Biasanya orang guna chips yang ready dari kedai tu,
tinggal goreng sahaja. Sejurus selepas goreng, taburkan sedikit garam dan
lambung-lambunglaa chips tu supaya garam tersebar secara rata.
Disebabkan chips readymade tiada di rumah, Ummi dengan
rajinnya buat wedges. Sepatutnya cheesy wedges laa baru kick, tengok2 cheesy
sauce yang buat dua hari lepas dah tak elok, adik-adik pula dah kelaparan,
makan gitu saja laa. Resepinya?
Kentang wedges rangup
Bahan-bahan
4-5 biji kentang. Basuh bersih-bersih dan rebus kentang
(tanpa buang kulit) sehingga empuk.
Campuran tepung untuk ikan tadi
Setengah cawan tepung ayam KFC
Sedikit garam
Cara-cara:
- Kebiasaannya campuran tepung untuk ikan fillet tadi akan ada lebih. Jadinya Ummi tambah saja tepung ayam KFC dan sedikit garam ke dalam campuran tepung awal tadi, dan salutlah wedges ke dalam tepung itu.
- Kentang setelah empuk direbus, keluarkan dan potong 6 atau 8 berbentuk wedges, salut tepung dan goreng sehingga rangup. Api biar tinggi tetapi haruslah sentiasa dijaga dan diterbalikkan selalu.
Haa, dah siap satu menu; Fish N’ Chips, makan di rumah boleh
makan banyak-banyak dan tak lah mahal mana modalnya! Potong sedikit sayuran
(carrot, timun, salad dan tomato), hidangkan bersama baked beans, sos cili,
mayonis dan thousand island.
Yummylicious!!
Yummylicious!!
Kepada yang suka makan Fish N’ Chips diluar, boleh cuba buat
sendiri. Sekali cuba, pasti nak buat lagi!! Psstt psstt, abah Ummi pun komen “sedapnyaa!!”.
Alright, selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment