Assalamualaikum mommies semua,
Hari ini Ummi ingin berkongsi ilmu tentang penyusuan badan
iaitu faktor-faktor atau punca susu badan mommies berkurang atau merundum. Kebanyakkan
faktor-faktor ini boleh dielakkan atau kita boleh mengambil langkah alternatif
(seperti tidak minum air sejuk atau berais dan sebagainya).
Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat apakah antara
faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu badan kita berkurang
- Faktor utama – tidak menyusukan bayi (atau pam) sekerap mungkin. Mommies harus memahami konsep demand-and-supply, boleh baca di sini
- Tidak mula menyusukan seawall mungkin (sejurus bayi lahir).
- Mengambil ubat-ubatan tertentu.
- Stress (badan mahupun fikiran).
- Badan sentiasa letih dan lesu.
- Mommy kurang rehat.
- Jatuh sakit, atau mendapat jangkitan virus/bakteria.
- Datang period bulanan.
- Pernah menjalani pembedahan payudara.
- Kelahiran pramatang
- Mommy yang obesity.
- Mommy yang mengidap diabetes.
- Pengambilan kafein.
- Pengambilan pil perancang.
- Pengambilan diet yang tidak seimbang.
- Mengandung/hamil semula.
- Kurang minum air.
Ini adalah antara faktor-faktor atau punca kenapa susu badan
atau susu ibu boleh berkurang. Nasihat Ummi, jadual pam wajib dipatuhi untuk
mengekalkan pengeluaran susu, dan juga wajib minum air masak sekurang-kurangnya
2 liter sehari.
Haaaa… selain itu, boleh cuba elakkan daripada “terjebak”
dengan faktor-faktor di atas. Dapatkan tidur yang cukup, jangan stress,
makanlah makanan yang seimbang dan jangan berdiet! Oh ya, untuk cadangan
makanan superb yang dapat menambahkan susu badan, boleh baca di sini ye ==> Makanan Superb Untuk Tambah Susu Ibu
Semoga entri kali ini bermanfaat buat mommies. Jangan putus
harapan! Ummi percaya mommies juga boleh berjaya menyempurnakan penyusuan
selama dua tahun seperti Ummi juga. Chaiyyok chaiyyok!!!
Jika mommies ada menghadapi masalah penyusuan, boleh hubungi
Ummi dan kita sembang-sembang :)
iR Iffah Azhar, SID No. 929407
WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com
No comments:
Post a Comment