Wednesday, November 27, 2013

Kenapa seseorang itu perlu kurus?


Kenapa perlu kurus?

Ramai orang menhubungkaitkan “kurus” dengan kecantikan diri, slim melim dan dapat menunjuk di hadapan orang lain. Sebenarnya kita harus menukar persepsi ini. Seharusnya kita memikirkan bahawa kurus membawa kepada kesihatan yang lebih baik dan menjadi seorang manusia yang lebih produktif.

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana, apabila seseorang membawa berat badan yang tidak ideal, ia akan menjadi beban buat dirinya, sentiasa dan cepat lemah dan hasilnya, dia tidak optimum dalam pekerjaannya. Di samping itu, dia lebih berisiko menghidap pelbagai penyakit kronik yang akhirnya tidak menguntungkan diri sendiri.

Mari kita lihat “kurus” dari perspektif yang berbeza.

Apabila seseorang itu kurus, dia tidak membawa “extra berat” pada badannya. Dia mudah untuk bergerak dan tidak mudah merasa penat. Kurus di sini juga tidak bermaksud tubuh yang slim semata. Apabila seseorang menjaga pemakanan dan aktiviti hariannya, kesihatannya juga terpelihara.

Seseorang yang tubuhnya diliputi lemak-lemak tidak berguna, dia akan mudah letih dan tidak bermaya. Aktiviti hariannya pasti terganggu dan kurang produktif berbanding orang lain. Dari segi kesihatan pula, dia lebih mudah dijangkiti penyakit termasuklah diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

Di samping itu, seseorang yang lebih “kurus” pasti mempunyai keyakinan diri lebih berbanding yang “kurang kurus”. Cuba kita tanya pada mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan, adakah tahap konfidens mereka bertambah atau berkurang. Mereka lebih yakin pada diri dan pastinya prestasinya akan meningkat. Apabila seseorang berkeyakinan tinggi, dia mampu untuk berfikir dengan lebih rasional.  

Oleh itu, kurus ini tidak semestinya dithabitkan dengan kecantikan dan menunjuk-nunjuk semata. Kita sebagai seorang Muslim haruslah berusaha untuk sentiasa tampil cergas, berkeyakinan tinggi, proaktif, produktif dan juga menjaga kesihatan seoptimum yang kita mampu. Bak kata pepatah Arab; al-aqlus salim fi jismis salim – akal yang sihat terletak pada tubuh yang sihat. Ini kerana kekuatan ummah terletak pada kekuatan ahli di dalamnya. Dan kekuatan ummah terletak pada produktiviti yang berkualiti dari kalangan ahlinya. Kekuatan ini datang dari tubuh yang sihat bukan?

Cara untuk kurus antaranya ialah jaga pemakanan, kurangkan lemak, gula, garam, karbo dan makanlah dengan sederhana kuantitinya. Selain itu, bersenamlah!! Bersenam tidak perlu 2 jam sekali gus, biar sikit asalkan istiqamah. Setengah jam sudah memadai bagi satu sesi senaman tetapi haruslah dibuat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. DAN minumlah air masak/kosong/putih sebanyak yang mungkin. Saranan paling mudah, minumlah air paling sedikit 2 liter sehari, jangan kurang daripada itu, jangan liat dan jangan mengelat!

Mari-mari kita menjadi insan yang lebih sihat, mempunyai berat badan yang ideal dan menjadi lebih produktif supaya kita berjaya di dunia juga di akhirat. Tiada asalan untuk malas dan tiada alas an untuk tidak mahu! Usaha tangga kejayaan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




Tuesday, November 26, 2013

Kurus dengan set bersalin Shaklee



Assalamualaikum semua.

Saja la hari ini Ummi nak kongsi pengalaman sendiri kan. Sebelum melahirkan Asma', Ummi dah tercari-cari set bersalin yang sesuai. Disebabkan Ummi ni jenis bajet je selalu (hihihi), Ummi takut nak pandang set nona rogue ke sendayu tinggi ke, takut tengok harganya. Mungkin bagus tu la harganya mahal, ye tak?

Masa berpantang dengan si kak long, Ummi ambil set bersalin A ni. Murah juga la,
siap ada barut herba lagi. Tapi sayangnya Ummi tak gunakan set tu sepenuhnya. Mandian periuk dan the dia je ummi consume, lain-lain ummi tak guna. Keputusannya? Luka lambat baik, sakit sana sakit sini. Sedih jugalah bila dikenang pengalaman bersalin kali pertama dulu.

Apa-apa pun, yang dah lepas tu biarkan, kita jadikan pengajaran. Masa anak kedua ni mama Ummi yang cadangkan set bersalin Shaklee. Search punya search, ada kata harganya hanya rm100 (trialpack). Hurm, kira ok la tu kan. Beli pula dengan kawan mama, best sebab dapat konsultasi sepenuhnya. Siap akak tu tanya cemana makan Shaklee, ok dak? Heee.. terharu la ada yang ambil berat tentang kita kan.

Minggu pertama bersalin badan masih lemah. Nak jalan pun kena perlahan-lahan je. Nak pula, masa tu Ummi batuk teruk. Sebenarnya start batuk sebulan sebelum bersalin lagi. Penat juga bila batuk teruk masa berpantang ni, badan dah lah lemah, nak kena jaga jahitan bawah semasa batuk, nak kena pakai mask semasa menyusukan si kecil. Kafarah minallah.

Masuk minggu kedua dah terasa segarnya badan. Badan lebih bertenaga. Habis semua kerja buat sendiri, breakfast sendiri, siapkan air mandian sendiri, mandikan baby sendiri. Masuk minggu ketiga pula Ummi dah start duduk kat bilik atas. Pepagi jam 5 dah turun minum milo+ESP dan jamah sikit roti.

Time berpantang tu cik abg tak dapat temankan sebab dia ada kuliah. Ummi duduk dengan mama. Mama pula busy keluar sana keluar sini. Sesekali dapat balik Malaysia kan. Hihi. Jadinya, memang kena independent la, basuh baju baby kat atas, bawa turun, sidai kat bawah. Kejap naik kejap turun la sejak dari tu.

Kesimpulannya, bila badan segar bugar lepas bersalin, kita mampu untuk aktif turun naik tangga, buat kerja sana sini. Alih-alih, lemak-lemak pun terbakar masa dalam pantang lagi. Nak-nak lagi memang menyusu badan sepenuhnya. Kawan yang datang ziarah pun tegur “aih, dah kurus lah you”, kombang den dibuek ea, hehe!!

Kalau nak bersalin nanti memang Ummi akan consume set bersalin Shaklee ni lagi (aik, dah ada ke??? hoho). Ummi juga recommendkan set bersalin Shaklee ni untuk mommies yang bakal melahirkan. Badan sihat dan segar, senang dan cepat nak turunkan berat badan dan kurus kembali seperti sebelum mengandung.

Lots of love from Ummi

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuik Sabah Sarawak




Monday, November 25, 2013

Kenali Ummi


Assalamualaikum semua.

Sudah hampir sebulan ummi menulis di blog ini dan barulah ummi perasan yang ummi belum pun mengenalkan diri. Allah!! Bak kata femes “tak kenal maka tak cinta”, ye dak? Jom lah kita jalinkan ukhuwah kerana interest yang sama dan insyaAllah ke arah mencari redha Allah.

Ummi adalah seorang ibu kepada dua anak perempuan yang comel-comel ni; Ummi panggil yang seorang "kak long" dan adiknya "Asma'". Allah kurniakan dua princess untuk ummi setakat ini, Alhamdulillah. Keduanya juga kini berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan sempurna. Syukur syukur syukur.


Ummi seorang yang sangat suka kepada baby, tak kira lah baby girl ke boy. Minat nak jaga baby ni dah tertanam sejak ummi kecil lagi. Adik bongsu kami lahir sewaktu ummi 10 tahun dan ummi sangat suka menjaga dia. Sehinggakan mama ummi sering “pass”kan adik kepada ummi andai dia ingin tidur. Kata mama “sepuluh minit je baby dah tidur bila dia (ummi) yang dodoikan”. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Apa yang menariknya baby ni? Comel? Wangi? Ahli syurga lah katakan. Ummi suka perhatikan keindahan baby ni, cara dia gerak, cara dia senyum, cara dia membesar, semuanya menunjukkan kehebatan dan keagungan kebesaran ciptaan yang Maha Kuasa.

Ummi sebenarnya tidaklah berapa  suka memasak, kiranya bukan hobi lah. Tetapi, bila dah berumah tangga ni, nak tak nak, kena jugalah keluarkan bakat kan? Hehe. Dan Alhamdulillah, kata orang putih “practice makes perfect”, masakan ummi dah bertambah baik dari masa ke masa. Sekarang ni, sebelum tidur ummi sering google resepi-resepi baru dan bersemangat pada keesokan harinya untuk mencuba resepi baru tu, cewwaaahhh.. Hehe

Dan ummi menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu. Sejak ummi berjaya menyusukan anak kedua sepenuhnya, ummi percaya mommies juga mampu menyusukan seperti ummi juga.  Bukannya apa, apabila ummi tidak berjaya menyusu penuh anak pertama, hati ummi sentiasa resah dan rasa seperti ada yang kurang. Kini ummi tidak berperasaan sebegitu lagi. Susu ibu itulah yang terbaik. Nak tahu kelebihan susu ibu, boleh baca di sini ye mommies-mommies.

Haa, satu lagi, ummi minat bisnes juga. Sejak ummi join Shaklee, ummi dapat bantu ramai orang untuk mereka mencapai kesihatan optimum mereka. Sebarkan kebaikan!! Ummi dapat berkenalan dengan lebih ramai orang, dan mereka menjadi rakan, malah, dah jadi macam adik-beradik sendiri. Best kan?

Itu je la rasanya. Nak tahu lebih lanjut, boleh email ummi ke imariza87@gmail.com. Lots of love dari ummi untuk mommies semua!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Resepi kek pisang kukus yang mudah, gebu dan lazat

Assalamualaikum mommies semua. Jom kita tengok resepi mudah ni! Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang kukus ni, memang senang, lembut dan sedap!!

Resepi ni asalnya dari Puan Mama. Ummi bab kek kukus ni memang sukalah sebab ummi tak ada oven dan tak berkeinginan pun nak beli oven. Kalau kek tu boleh dibuat kukus, berbunga-bungalah hati ummi kan.

Kek ni ummi dah kali ketiga ummi cuba buat. Ada lagi satu resepi Resepi Kek Kukus Sedap ummi akan kongsikan kemudian.

So, jom tengok resepinya:

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung
1 cawan minyak Mazola/minyak masak
1 cawan pisang yang dilenyek-lenyek
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara:
    
    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.

Senang kan?

Disebabkan ummi juga tak ada mixer, ummi pukul telur dan gula di dalam pengisar (blender). Mula-mula ummi blend pisang beserta minyak sehingga pisang betul-betul hancur. Ummi curahkan ke dalam bekas lain.

Ummi cuci (guna air sahaja) blender tu baru pukul telur dan gula. Rasanya kalau tak cuci pun tak mengapa. Dah kembang baru masukkan campuran minyak pisang tadi, pukul lagi.

Bila nak masukkan tepung, blender dah jadi berat dan tak mahu pukul lagi. Jadi, ummi keluarkan terus adunan ke dalam loyang, dan kaup sahaja tepung dan gaul rata. Lepas tu, masukkan kek dalam kukusan, tinggalkan selama 45 minit tanpa perlu risau, hehe!!
Haa.. dah siap untuk dimakan; makan panas pun sedap, makan sejuk pun sedap, lembut gebu dan nyum nyum!!


walaupun gambar dari google, tapi ni la bentuknya 
kek pisang kukus bila dah diporong

zoom sikit, zoom sikit bagi terliuq, hehe!!


**Selingan**



Mommies kalau nak try buat pun, silalah. insyaAllah tak menyesal. Api jangan besar sangat, kalau tak, kek akan berlubang kat tengah. dan tidak masak sekata. Ok, selamat mencuba!!!

Selamat Mencuba!!

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com



Sunday, November 24, 2013

Keistimewaan Vitamin C Sustain Release Shaklee

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Hari ini mari kita menambah sedikit info tentang vitamin C. Tubuh badan kita memerlukan pengambilan vitamin C yang secukupnya. Oleh itu, Ummi mengesyorkan vitamin C Sustained Release Shaklee. Ia bukan sahaja dapat memenuhi keperluan vitamin C dalam tubuh kita, tetapi ia mengandungi extra elemen termasuklah "sustained release" yang Ummi akan huraikan sebentar lagi dan juga bioflavin.

Sebelum itu, mari kita lihat apakah akibat kekurangan (atau deficiency effect) vitamin C dalam tubuh kita :

 Mudah selsema
 Mudah tertekan ( stress)
 Mudah dapat ulcer mulut
 Mudah demam
 Tapak kaki keras dan kasar
 Mudah bersin
 Penyakit Skurvi
 Luka yang lambat baik
 Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
 Wajah nampak tua berbanding umur
(Vitamin C merangsang pembentukan kolagen dalam kulit)

Vitamin C Sustained Release Shaklee


Setiap tablet vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.






Antara 8 manfaat utama Vita-C Shaklee ialah :

  • Merangsang pembentukan kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot jadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun badan - Mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma, juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel sel kanser.
  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen yang menyebabkan kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia serta masalah stres yang berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat - Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dan skurvi.  
  • Mempercepat penyembuhan luka – pesakit yang baru saja melepasi operasi pembedahan atau selepas bersalin akan dibekalkan dengan vitamin C. Vita-C Shaklee yang “sustained release” ini dapat mengekalkan kandungan vitamin C dalam tubuh lebih lama dan meningkatkan kadar kecepatan penyembuhan luka baik luaran mahupun dalaman.


Memang tidak dinafikan bahawa ramai pengguna Vita-C Shaklee telah berpuas hati dengan produk hebat ini. Antara rahsia kehebatan Vita-C Shaklee ialah ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, selamat digunakan dan halal. Tiada ruginya jika anda ingin mencuba. Sebotol Vita-C Shaklee boleh bertahan selama 6 bulan jika ia dikonsumsi setiap hari, memang sangat menjimatkan!





Jom dapatkan Vita-C Sustained Release Shaklee anda sekarang!
KLIK gambar di bawah untuk pesanan Vita-C Sustained Release secara online


ATAU anda inginkan penjimatan sehingga 20%? Mari jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan harga sehingga 20% bagi setiap produk Shaklee. Hubungi Ummi sekarang!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...