Friday, December 13, 2013

BAHAYA AIR DAN SUSU FORMULA BAGI BAYI KURANG 6 BULAN


Bahaya Air:kepada bayi

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik


2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan rendah, kembung atau sawan tarik.

Keburukan susu formula/susu botol :

1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selesema, demam)

2. Kesihatan ibu akan terjejas - risiko tinggi mendapat kanser
payudara dan ovari.

3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.

4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan.

5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.

6. Mudah tercemar

7. Kegemukan

8. Mudah mendapat cirit birit

Sumber : Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...