Wednesday, December 17, 2014

Tips Bawa Anak Berjumpa Doktor Gigi dan Penjagaan Kesihatan Gigi

Awal minggu ni Ummi terpaksa ke klinik pergigian untuk mencabut gigi kak long. Wahh, dah besar dah anak Ummi, dah tumbuh gigi kekal! Tapi yang peliknya gigi susunya tak goyang langsung walhal gigi kekal dah tumbuh separuh.

Alhamdulillah gigi kak long cantik dan bersih. Mana tak nya, Umminya control tak bagi makan pelik-pelik, kemudian kena gosok gigi. Bila gigi kekal dah tumbuh tetapi gigi susu masih kukuh di tempatnya, mama Ummi komen “gigi kuat sangat kot sebab banyak ambil kalsium”. Haha, adakah penangan MealShakes? Ohh tidaakkk!!

Masa jumpa doktor gigi, katanya gigi yang keluar tu tidak tumbuh betul-betul bawah gigi susu, tu yang tak goyang. Adoila, tak terfikir pula begitu sebabnya. Hihi. So, terpaksalah cabut, dan terpaksalah inject bius dan kena cabut dua batang gigi terus.



Alhamdulillah kak long tak menangis langsung, malah tak melawan langsung masa kena bius tu. Sebenarnya Ummi pernah kena bius pada gusi juga, jadi tau memang sakit masa kena inject tu. Tetapi Alhamdulillah kaki tangan dia pun takde nak tolak-tolak ke apa. Malah kak long tak keluar suara pun masa inject tu, senyap je dia tahan. Ada juga lah rasa dia crampkan tangan dan kaki, tu je!

Ini nasihat dentist.

"Mengikut pengalamannya selama menjadi seorang doktor gigi, seorang kanak-kanak yang bila di rumah dia sering dimarah, dicubit, dipukul bagai.. apabila di klinik gigi mesti buat hal, tantrum, dan susah nak dikawal. Sebaliknya, seorang kanak-kanak yang sentiasa dilimpahi kasih sayang akan tenang jiwanya walaupun dia sakit kena bius!"

Sebagai ibu bapa, pernah tak terdetik, aihh risaunya nak bawa anak jumpa doktor gigi, mesti diorang takut, tantrum, tak nak dok diam. Haaa, cuba amalkan nasihat doktor gigi Ummi ni, insyaAllah anak-anak ok je ke klinik gigi.

Ok, kesihatan gigi dan gusi pun kita kena jaga. Setiap enam bulan kita harus berjumpa dengan doktor gigi. Selain itu, suplemen penting diambil untuk memastikan kesihatan gigi dan gusi ada pada tahap yang optimum semestinya…

Ostematrix Shaklee
Kalsium yang tiada lemak kolestrol, dilengkapi dengan Vitamin D dan magnesium untuk menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam gigi dan menghindari endapan kristal kalsium dalam darah.

Vita-C Plus
Bersifat sustained release yang mengekalkan vitamin C optimum dalam darah dalam jangka masa yang lebih panjang. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan penyakit skurvi, dan gusi berdarah, luka pada gusi lambat baik dan lain-lain.

Chews Vita-C
Untuk kanak-kanak dan mereka yang susah nak telan Vita-C tu, digalakkan kemam Chews Vita-C Shaklee, memang superb!

Tips Penjagaan Kesihatan Mulut

Bengkak Gusi; setelah kita berkumur-kumur dengan air garam, elok juga kita telan Vita-E Complex, Ostematrix dan B-Complex. Cepat je reda bengkak tu insyaAllah!

Gigi berlubang; tak sempat jumpa doktor gigi lagi? Ambil sebiji Zinc Complex, tumbuk hingga lumat dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian tampalkan pada kawasan berlubang itu.

Ulcer, bibir pecah; amalkan Vita-C Plus higher dose (kalau biasa ambil sebiji sehari, bila naik ulcer boleh ambil 2 biji sehari). Dan bagus juga amalkan Omega Guard untuk mengurangkan bengkak pada bibir.

Minum air masak yang mencukupi, antara 2 hingga 3 liter sehari!

Banyaknyaa nak kena makan, untuk mulut je kott! Sebenarnya kalau anda memang mengamalkan kesihatan bersama Shaklee, “B-Complex, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard” dah memang vitamin asas. Cuma apabila terjadi kesakitan pada mulut seperti yang diterangkan di atas, bolehlah ambil dos lebih sikit dan pada masa yang sesuai!

Apa-apa pun, gosok gigi jangan miss, kurangkan makan yang manis-manis, kalsium jangan abaikan. Dan berjumpa lah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap enam bulan. InsyaAllah kita nak pakai gigi ni lama!

Kalau nak konsultasi, atau sebarang pertanyaan terutama produk Shaklee, boleh hubungi Ummi
Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Tuesday, December 16, 2014

Be Punctual, Masa itu Emas

Assalamualaikum,

Tadi Ummi ada temujanji dengan prospek, janji jumpa di sini sini, jam sekian sekian. Masa tu ada setengah jam sahaja nak siapkan diri dan siapkan anak-anak. Dalam perjalanan, Ummi teringat kisah ni…

“Ummi ada appointment urut shiatsu dengan seorang kawan Arab Algeria. Dia pernah tinggal lama di France dan Germany (sehingga fasih berbahasa French). Kebetulan Ummi keluar dari rumah agak lewat dan jalan nak ke rumah teman ni agak jammed. Disebabkan itu Ummi sampai 10 minit lewat. Terus kena tegur dengan dia. Katanya orang Germany kalau janji sekian sekian waktu, lambat lima minit pun dah kira teruk dah tu”


Huhuhu!!

Kita orang Melayu?? Janji pukul 9, pukul 10.30 baru nampak batang hidung. “Standard laa kan”??

Walhal Islam sangat menitikberatkan penjagaan masa dan tepati waktu.

Kalau di Jepun pula, katakan ada satu bas ni, jadual bergeraknya pukul 3. Pukul 2.45 enjin bas dah on, 2.50 pemandu bas dah siap-siap, 2.55 dah bunyi vroom vroom, tepat pukul 3 bas gerak. Tidak lewat walau sesaat.

“Be Punctual”

Bila dengar pasal bas kat jepun tu, rasa malunya! Tidak hairanlah Jepun negara maju, mereka sangat menghormati masa. Masalah suka melewat-lewatkan masa sepatutnya bukan masalah yang kita hadapi. Jika kita masih suka melakukannya, ermm… kenalah ubah dari sekarang!

Hargai masa, tepati masa, jangan buang masa… Itulah ciri orang berjaya.

**Selingan**




Btw, tadi jumpa bakal customer Shaklee tu di UIA Gombak. Rupa-rupanya customer tu kawan encik Zauj. Terus close deal Alhamdulillah!

Bagaimana nak latih tepati waktu?

Siap awal! Andai anda ada temujanji pukul 10am. Bangun awal (opss, orang maju tak tidur lepas subuh tau!), siap awal, keluar awal!

Lebihkan waktu “kecemasan”. Contohnya.. biasanya dari rumah Ummi nak ke UIA ambil masa 5 minit. Janganlah dah pukul 9.55 baru nak bertolak dari rumah. Bertolaklah 9.45am atau lebih awal. Mana tahu ada halangan (jammed, terjumpa kawan terborak lama…).

Solat tepat waktu. Haaa! Ini satu latihan hebat untuk sentiasa tepati masa. Lagi bagus sentiasa solat di masjid/surau. Pastinya imam tidak menunggu kita, kita yang harus kejar imam.

Latihan demi latihan, insyaAllah kita mampu melakukannya! Ingat, masa itu emas. Siapa nak buang emas, kan? Rugii..



Monday, December 15, 2014

Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich simple giler

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua? Dalam ke”busy”an kita dah nak hujung tahun ni, sarapan kita jangan remehkan. Sebab sarapan ni sangat penting untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga. Hari ini Ummi nak kongsi resepi sangat mudah tapi lazat, sesuai dibuat sarapan atau minum petang.

Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich, ecewah! Nama glemer mak aih, tapi resepi simple lah sangat2! Hehehe. Sebelum share resepi sandwich ala omputih ni, jom usha gambar dulu… (gambar nanti ye upload, tak internet hang nak search balik kat timeline photos fb)


Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich

Bahan-bahan:
  • 2 keping roti
  • 1 keping cheese
  • Sedikit margerin
  • Banyak sikit mayonnaise


Cara-cara:
  1. Ambil dua keping roti dari plastic rott, sapu margerin secukupnya pada kedua-dua belah luar roti.
  2. Letak cheese ditengah-tengah roti (bahagian tiada margerin) dan sapu mayonnaise di atasnya.
  3. Tutup semula roti dan bakar di atas pemanggang ajaib atau pan biasa api sederhana tinggi. Terbalikkan roti sehingga rangup kedua-dua belah roti.
  4. Sedia dinikmati! Sangat sedap dimakan suam (hati-hati kalau masih panas, cheese boleh membakar lidah).


Haa, siap sudah satu juadah sarapan pagi. Tapi kalau rasa dua keping roti tak cukup, silalah tambah lagi ok! Jap jap, perhatian untuk mereka yang nak turunkan berat badan, sandwich ini makan sekali sekala boleh lah sebab kalori tinggi! Haha.

Ummi bakar roti pakai pemanggang ajaib sebab boleh muat dua set sandwich sekali bakar. Kalau pakai sandwich toaster yang akan membentuk sandwich tiga segi tu pun ok, lagi senang!

Resepi ini sesuai untuk dibuat “cooking class” untuk budak-budak tadika macam anak Ummi yang sulung (selain French toast).

Opss. Anak-anak dah bangun! Masa untuk siapkan sarapan untuk mereka!
Selamat mencuba!!



Sunday, December 14, 2014

Cara Menghilangkan Jerawat; Atasi Masalah Jerawat Teruk dalam Masa Singkat

Assalamualaikum semua.

Masalah jerawat ni ramai yang ada, sehingga ada yang sampai tak terbendung. Malu nak keluar rumah, malu nak bersosial kerana ada masalah jerawat yang sangat teruk, sampai lagu tuu noo?? Oleh itu, bagaimanakah cara untuk merawat masalah jerawat yang teruk dan memburuk ini?

Sebelum Ummi share tips, cer tengok betapa teruknya jerawat akak dalam video ni. Tak kan kita nak biarkan masalah jerawat melarat? “Malunyaaa nak keluar rumah”, kata akak ni!



Kalau disedut kesimpulan dari video ni, masalah jerawat dia makin teruk dan menjadi-jadi selepas memakai produk kecantikan wajah yang salah, produk pembersih muka yang ada bahan kimia.

Last-last apa dia buat untuk mengatasi masalah jerawat yang teruk tu? Dah tengok video ni sampai habis tak?

Tips untuk menghilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan ialah mengambil Set Kecantikan Shaklee! OPSSSSS.....

Psstt psstt… bulan ni super duper promotion untuk kecantikan wajah tau!! VITA-C PLUS, VITA-E COMPLEX DAN COLLAGEN!!!!! Mano nak dapek triple promotion macam ni!

Kita bagi hint la ye.. KEBAIKAN SET KECANTIKAN SHAKLEE..

  • Semulajadi, tiada bahan kimia, merawat sel-sel wajah (merawat dari dalam), sesuai untuk semua jenis kulit muka.
  • Mengatasi masalah jerawat (teruk ataupun biasa-biasa)
  • Kulit wajah menjadi lebih cerah, licin, gebuss.
  • Kulit wajah jenis kering menjadi lebih segar dan lembut.
  • Jeragat juga malu-malu kucing nak timbul
  • Lingkaran panda pada mata makin pudar.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit (kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitif)
  • Sesuai untuk semua peringkat umur kecuali bawah 12 tahun. So sangat sesuai untuk remaja, para pelajar, lelaki, perempuan dan juga warga emas!

Jom usha apa kata pengguna tegarr Vita-C Plus

atasi.masalah.jerawat.dengan.cepat

cara.menghilangkan.jerawat

Ada lagi satu testimoni, akak tu tumbuh jerawat kat dage. Dua bijik, besar2! Lepas dua hari jerawat tu hilang sendiri. Rupa-rupanya dia telan SR Vita-C Plus Shaklee.

Ni baru Vita-C Plus Shaklee, kalau digabungkan dengan Vita-E dan Collagen lagi superbbb!

Promotion2 macam nil ah orang tunggu-tunggu. Sebab? Dapat beli stok kecantikan wajah selama setahun dengan harga super duper besttt!

SR VITA-C PLUS BUY 6 FREE 1 OR BUY 2 DISCOUNT 5%
VITA-E COMPLEX BUY 6 FREE 1 OR BUY 2 DISCOUNT 5%
SHAKLEE COLLAGEN POWDER BUY 6 FREE 2 (BUY 3 FREE 1)

Jom cantik! Jom rawat masalah kulit wajah dari dalam (dengan harga yang sangat berpatutan!)

Hubungi Ummi untuk mendapatkan set kecantikan Shaklee ini, mana tahu anda layak dapat keahlian Shaklee secara percuma (dan dapat beli produk Shaklee dengan harga ahli!!!)

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Tips Travel; Menaiki Kapal Terbang Bersama Bayi dan Anak Kecil

Assalamualaikum semua,

Musin cuti sekolah ni lah ramai ibu bapa mengambil peluang untuk bercuti jauh sikit. Mungkin dari Kelantan ke Johor, atau KL ke Langkawi, mahupun dari KL ke Shanghai, Korea dan lain-lain. Kalau dah namanya family holiday, pasti kita akan angkut anak-anak naik kapal terbang kan?

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang inilah kali pertama membawa anak kecil travel menaiki kapal terbang. Maka timbullah kerisauan seperti:
  • Boleh ke bawa susu, minuman, makanan untuk anak ke dalam kapal terbang
  • Macamana ye nak mengelak anak kecil atau bayi tidak selesa naik kapal terbang?
  • Di mana dan bila nak tukarkan lampin bayi/anak kecil?
  • Kalau bayi/anak kita melalak, apa nak buat?
  • Makanan (meal) untuk anak macamana?


  bayi.menaiki.pesawat.kapal.terbang


Alhamdulillah, dengan izin Allah, Ummi telah pun merasa naik kapal terbang bersama bayi, anak kecil dan anak besar sikit. Pertama kali naik kapal terbang masa bersama bayi ketika kak long berusia 25 hari, manakala pernah bawa adiknya Asma’ ke “kampung Doha, Qatar” (dua flight 3 jam dan 4 jam, transit 2 jam) ketika usianya setahun sebulan tanpa iringan suami.

Ia tidaklah begitu susah dan leceh untuk membawa anak kecil menaiki kapal terbang. Mungkin tips di bawah dapat membantu ibu bapa meringankan kerisauan serta kepayahan mengendalikan anak kecil semasa travel menaiki kapal terbang. 
  1. Di rumah, seminggu sebelum travel, bisik-bisik pada anak “Ahmad, kita nak naik kapal, nanti dalam kapal Ahmad GudBoy je ok? Tak yah ragam, tak yah buang air masa dalam flight. Kalau lapar makan, kalau mengantuk tidur, ok?” haa, ini namanya set minda anak siap2. Berkesan tau!
  2. Bertolak ke lapangan terbang awal untuk mengelakkan kecoh, terkejar-kejar. (boleh check-in online di rumah untuk memudahkan perjalanan)
  3. Sebelum naik ke kapal, tukarkan lampin anak anda terlebih dahulu. Harap-harapnya sepanjang perjalanan anda tidak perlu menukar lagi lampin dalam tandas kapal yang sangat sempit itu.
  4. Susu anak (susu perahan, susu botol) boleh dibawa naik ke kapal tetapi pastikan jumlah setiap botol tidak melebihi 100ml.
  5. Makanan dan snek boleh dibawa naik, tiada masalah.
  6. Bawalah stroller, anda boleh menolak anak anda dalam stroller sehingga sampai ke pintu kapal terbang.
  7. Pilih tempat duduk yang ada bassinet (atau seat yang paling depan). Walaupun kita rasa bayi kita tak nak pun duduk dalam bassinet, tetapi ruang kerusi yang ada fasiliti bassinet luas, selesa lah kita dibuatnya!   
  8. Sediakan susu, atau bersedia untuk menyusukan bayi anda semasa take-off dan landing untuk mengelak tekanan pada telinga.
  9. Jika ada anak kecil, bawa bersama entertainment seperti mainan, games atau movie. Ada flight yang menyediakan khidmat ini.
  10. Order makanan yang sesuai dengan anak anda. Ada flight yang boleh pilih makanan untuk anak kecil.
  11. Jika anak anda picky eater, jangan lupa bawa makanan kegemaran dia naik ke atas kapal!
  12. Jangan segan silu minta krew kapal untuk membantu anda dalam apa jua kesulitan yang anda hadapi.
  13. Doa naik kenderaan jangan lupa! Doakan juga Allah permudahkan perjalanan.


Barang bayi/anak kecil yang perlu dibawa ke dalam kapal terbang:
  • 2 salinan baju bayi dan ibu (takut bayi muntah ke, terkena najis ke atas kita, mau nya tak nak tukar??)
  • 3 keping lampin pakai buang (ada flight yang sediakan lampin, seperti SriLanka Air tapi kualitinya tidak berapa bagus, kikiki)
  • Tisu basah; nak lap tangan ke, lap tudung sebab kena muntah ke, nak lap punggung baby ke..
  • Bantal kecil; kebiasaannya bantal kecil akan disediakan oleh pihak kapal terbang. Tapi kalau nak lapik tangan semasa menyusu, atau anak kecil nak lebih bantal, elok bawa sendiri.
  • Tuala kecil (juga boleh digunakan sebagai selimut semasa dalam kapal atau dilapangan terbang).
  • Shawl juga sesuai dibawa. Fungsi sebagai selimut atau penutup ketika anda menyusukan anak.


Nota 1: jika anda menaiki kapal terbang melalui KLIA2, jangan berlengah-lengah untuk menaiki kapal. Sesungguhnya anda perlu jalan jauh dari imigresen nak naik kapal. Jika anda lambat, anda harus berlari-lari bersama anak kecil. Sangat penat dan stress!

Nota 2: persediaan kesihatan untuk anda dan anak-anak untuk travel adalah sangat penting. Pastikan anda sudah mengambil vaksin yang sesuai jika tempat anda ingin lawati mengalami risiko kepada penyakit tertentu.

Nota 3: “ubat demam” dan handy first aid jangan lupa, seperti Vitamin C untuk mengelak demam, selsema batuk. Juga Nutriferon bagi boost up imunisasi tubuh anak. Nak travel ni, demam lah yang kita nak elak, betul tak? Kalau nak bawa vita-E sikit pun ok, mana tau kalau terluka mana2, picitkan minyak vita-E, insyaAllah cepat je sembuh luka tu.

Nota 4: Vitamin dan suplemen untuk ibu bapa pun bagus juga. Seperti AJHT dan Ostematrix untuk mengelak sakit belakang, sakit sendi dok dukung anak dan angkat lagej je sepanjang travel. Gabungan B-Complex dan Ostematrix untuk mengelak migraine, pedih ulu hati dan kawal stress. Stress sambil travel?? Travel dengan anak kann? Hehe.

Vitamin C sangat penting untuk dibawa. Elak selsema, batuk demam. Sangat berkesan dengan Vita-C Plus Shaklee. Omega Guard juga bagus untuk menguatkan imuniti tubuh kita.

Kata kuncinya, kita pergi travel nak enjoy. Lagi-lagi bila bawa anak kan? Kita mesti nak elak demam sakit bagai. Mencegah ialah jalan terbaik untuk kita dapat maksimakan ke”enjoy”an holiday kita.

Apa-apa pun, masa Ummi travel gi Australia raya haritu, memang satu beg bawa vitamin. Vita-C dan Omega Guard adalah kawan baik sepanjang perjalanan sebab dah mula nak selsema batuk. Alhamdulillah tak jadi sakit. Alih-alih, kulit muka jadi licinn semacam je penangan Vita-C Shaklee dan Omega Guard! Hehehe.

Baiklah, jika anda belum mendapatkan Set Kesihatan Travel Shaklee, hubungilah Ummi sekarang untuk bincangkan vitamin terbaik untuk dibeli dan dibawa (mengikut keperluan dan bajet anda).

Selamat melancong dan selamat bergembira bersama anak-anak!!

Iffah Azhar @ Ummi Abida (SID#929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...