Assalamualaikum para pembaca Joys of Ummi yang Ummi hormati.
Pertama sekali Ummi ingin mengambil kesempatan ini (walaupun dah pertengahan
syawal dah, tapi Malaysia raya sebulan kan? Wink wink) untuk mengucapakan “Eid
Mubarak, kullu am wa antum bikheir!” Ummi ingin menyusun sepuluh jari memohon
maaf andai ada bahasa atau entri yang menyinggung perasaan pembaca di sini.
Semoga semua amalan kita sepanjang Ramadhan tempohari diterima, dan kita boleh
kekalkan momentum ibadah kita walaupun Syawal telah menjenguk kita.
Raya kali ini merupakan pengalaman sedikit berbeza berbanding
tahun2 yang lalu. Tidak dinafikan Ummi pernah beraya di luar negara ketika kami
tinggal di Qatar dulu. Kami juga pernah beraya di Istanbul, berdekatan masjid
Sultan al-Fateh dan juga di Oman (selain beberapa tahun beraya di Qatar). Tetapi kali ini berbeza kerana kami beraya di negara yang
majoritinya bukan orang Islam. Negara orang putih la katakan! Negara mana tu?
Hhaa, silalah baca sampai habis entri ini.
Dalam pada nak bercuti bersama keluarga besar, kami diberi
pilihan samada nak ke korea (Jeju Island) atau ke negara kangaroo. Dan masa
yang terbaik untuk bercuti ialah sewaktu raya sebab kakak ipar cikgu, cutinya
terbatas.
Malam 29 Ramadhan tu kami dah berkumpul dah di KLIA 2.
Selepas berbuka puasa, ada juga di antara kami menyempatkan diri bertarawih di
surau di sini. Yang kelakarnya, kami berlengah-lengah sampai dah kena boarding
baru nak masuk ke dalam. Terkejar-kejar kami 12 orang berlari-lari takut kapal
terbang AirAsia tinggalkan kami. Sampai saja dalam plane, masing-masing
kepenatan. Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam waktu itu! Budak2 pun terus
lena dalam kapal.
Penat-penat pun, Ummi cuba berzikir dan berdoa sebanyak
mungkin malam tu; pertamanya kerana itu malam 29, mana tau itu malam
LailatulQadr, keduanya, orang musafir doanya maqbul kan. Makanan yang kami
order online pun kami ambil lewat sikit, kira sahur la kan. Sebenarnya ini kali
kedua Ummi bersahur dalam kapal terbang. Ummi siap bawa bekal Performance
Shaklee untuk memastikan badan Ummi tidak begitu keletihan walaupun masih
menyusukan anak sambal berpuasa dan bermusafir.
Kami sampai di airpot Adelaide awal pagi, so masa tu dah start
lama dah puasa. Dan di negara Australia ni banyak makanan/tumbuhan segar tak
boleh bawa masuk negara dia. Tumbuhan2 hidup, makanan berasaskan dairy product
semua tak boleh bawa. Kalau kita ada bawa makanan, kita kena declare dan terpulang pada
petugas samada dia lepaskan atau dia buang saja dalam tong sampah. Kalau kita tak declare satu item dan
mereka terjumpa, dan dan tu kita kena denda. Denda ribu raban duit depa woo!!
Cer darab dengan 2.99 untuk currency Malaysia Ringgit, mau rugiiii sajaa.
Alhamdulillah semua yang kami declare lepas, ada bawa bekal
kurma fresh untuk berbuka nanti, diorang lepaskan saja. Setelah ambil kereta
sewa, kami pun bertolak ke Ballarat menuju Melbourne. Malam tu, kawan yang kat
Adelaide tu SMS kata esok raya, gembiranya hati! Tahun ini puasa 29 hari sahaja
dan Ummi PUASA PENUH! Ini kali kedua Ummi puasa penuh, pertama masa
mengandungkan kak long. Tahun lepas ingatkan dapat puasa penuh juga, tapi Ummi
terkena diarrhea teruk, terpaksa buka puasa 5 hari.
Sambung cerita.. hihi. Masa dah tahu esok raya, sempat kami
google kat mana nak solat raya berdekatan dengan tempat kami menginap malam tu. Ada katanya di Ballarat ni dalam 10 minit
driving. Tapi memandangkan kami ni lambat siap, dan kami kena check-out terus,
last last kami solat raya di rumah saja. Ermm, ada 8 orang dewasa, cukup la kan
untuk kami berjemaah untuk solat raya.
Khutbah yang simple tetapi menusuk kalbu.
Lepas solat raya, sempat kami berfoto keluarga sebelum
berangkat menuju Mount Buller.
Aik, best pula tengok gambar ni. Hihi
Famili kecilku
Terjumpa sebuah tasik berdekatan dengan tempat kami tinggal
di Ballarat. Ada banyak itik kat situ, kebetulan Ummi tengah pegang biskut
lebihan Asma’ makan, kasi laa itik2 ni makan! Alamak, tak ada pula gambar
bersama itik di Lake Ballarat ni dalam simpanan Ummi. Usha gambar ni je la…
Cantikkan langit dia? Subhanallah!!!! Angin kuat masa tu.
Sejukkk!! Baru nak merasa kesejukan musim sejuk (winter) kat bumi kangaroo ni.
Banyak lagi cerita ceriti beraya di perantauan bersama
keluarga ni. Nantikan sambungannya ya. Nak tengok lagi banyak gambar, boleh
tengok di Instagram Ummi ye.. username umm_abida, nak add pun boleh! Jumpa di
entri seterusnya!!
Nota kaki:
** Berkunjung ke Australia merupakan keinginan hati Ummi sejak
sekian lama. Alhamdulillah Allah kabulkan. Rupa-rupanya, bila abah Ummi tanya
adik beradik lain, mereka pun sama; dah lama teringin nak melawat bumi kangaroo
dan koala ni, impian menjadi kenyataan!
No comments:
Post a Comment