Thursday, August 14, 2014

Beraya di perantauan – bermain salji!!


Assalamualaikum semua,

Haa, kalau antum semua dah baca entri ini, mesti antum tau Ummi dan keluarga beraya di mana kan. Bukan keluarga kecil Ummi sahaja (Ummi, Abi dan anak-anak) tetapi uwan dan atuk anak-anak, serta mak sedara pak sedara dan sepupu2 anak-anak pun ikut sama. Kami sekeluarga semuanya 12 orang, 8 dewasa, 4 kanak-kanak!

Hari kedua kami bertolak ke Mt Buller (lepas beraya, solat raya, bersalam-salaman dan berfoto bersama, nak tengok gambar? Boleh klik di sini!!), attraction famous untuk main snow ketika winter ni. Kalau dikira, ini kali kedua kak long main snow. First time dulu di Uludag Turki. Masa tu umurnya nak masuk 3 tahun. Sejak tu, asyik dia tanya Ummi “bila nak main snow lagi”. Haih, cerdik betul kak long ni!

Hari pertama di Mt Buller, kami cuba-cuba main tombogan, sedangkan atuk, mak teh, pak long dan paksu main snow board. Rupa-rupanya tempat kami main tombogan tu tempat yang salah! Nak tahu, ada signboard bagitahu kalau main di situ boleh kena denda ratusan dollar duit mereka! Masa nak balik tu baru perasan signboard tu. Kami main toboggan sikit, buat snowman sikit, sampai tengahari. Sayangnya petang tu hujan, memang kami tak keluar dah lah. Tetapi gigihnya Abi pergi cari tempat nak main toboggan, rupanya ada tempat khas. Walaupun hujan petang tu, Abi balut kak long punya muka dengan mafla supaya tak sejuk, pastu diorang  berdua gi main toboggan hujan2 tu!! Masa Abi cerita kat Ummi, Ummi dah jeles2 dah. Sebab kawan Ummi suruh gi main toboggan, best katanya. Tapi nak buat macamana, bukan rezeki kali ini. Sobs sobs.



Keesokan hari, kami sekali lagi panjat Mt Buller. Atuk, paklong, Abi dan paksu main snowboard. Ummi dan uwan bawa anak-anak main toboggan tempat yang Abi bagitahu tu. Subhanallah, memang best! Si kenit Asma’ tu enjoy laa sangat naik papan meluncur laju ke bawah. Dia paling best sebab setiap kali turun, dia ada.. ganti-ganti la kak long ke, Ummi ke yang duduk sama-sama dengan Asma’.


Lepas sejam main, hujan mula turun. Ummi kena dokong Asma’, dah lah berat, hujan, licin, jarak dia boleh tahan juga, huhu.. Baju snow Asma’ basah! Shawl pun kuyup. Alhamdulillah Ummi punya baju snow materialnya plastic, so tak basah sangat la. Masa dokong Asma’ tu, ada juga Ummi hampir jatuh, Ummi pun bersuara “Owowowo” (reflex sound bila rasa nak jatuh), haih budak kecik tu punya ikut bunyi “wowowo” dia. Hehehe. Lama juga kami rehat kat dalam restoran. Tunggu hujan reda. Sempat solat, sempat makan.. Tapi macam tak nak reda je hujan ni. Orang yang awalnya penuh dalam restoran tu, pukul 3 camtu dah berkurang sangat. Tunggu punya tunggu hujan berhenti, waktu dah singkat, kami berazam nak juga keluar main snow lagi. So, Ummi, Abi, Asma dan kak long redah je hujan nak main toboggan. Orang tak ramai masa tu. Kami turun naik snow tu, rasanya 10 round juga dapat turun toboggan. Puas hati!

Yang bestnya, kak long semangat main toboggan. Bila dah sampai bawah, dia yang tarik sendiri papan tu panjat bukit snow tu, pastu turun sendiri. Masa bagitahu dia kita dah kena balik (dah nak maghrib dan bas terakhir jam 6 petang, masa tu dah 5.20 petang), kak long nangis. Punya best main salji! On da way nak masuk restoran tu pun kak long tarik toboggan tu sendiri, walaupun hujan, walaupun jalan licin, BRAVO KAK LONG!

Alhamdulillah dah dapat main snow lagi sekali. Bila lagi ye nak main salji agaknya? Keindahan ciptaan Allah.
Next stop, Philip Island. Peguins, Koalas, Kangaroos!!!

Nota kaki
** banyak foto dalam kamera berasingan. Nanti bila dah dapat kompilasi foto aussie, Ummi try upload ye. Tak pun Ummi masukkan dalam Instagram saja. Boleh follow Ummi di UMM_ABIDA :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...