Thursday, May 15, 2014

Alahan atau mual ibu mengandung, cara dan tips untuk mengatasinya

Assalamualaikum mommies yang disanjungi,

Apabila seorang ibu yang sedang mengalami fasa-fasa kehamilan, secara langsungnya perubahan hormon dalam tubuh badannya akan berlaku. Perubahan hormon sedikit sebanyak menjejaskan keselesaan pada ibu yang sedang mengandung itu; yang dipanggil alahan ketika mengandung. Antara ketidakselesaan itu termasuklah mual atau muntah. 


Biasanya alahan atau mual-mual ketika mengandung ini berpunca kerana ketidakselesaan dari akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindakbalas di bahagian otak. Kebanyakkan ibu mengandungi yang mengalami masalah alahan ini akan menghadapinya di antara minggu ke-8 hingga minggu ke-12 kehamilan, namun ada juga yang berlarutan sehingga minggu ke-20 dan ada juga berpanjangan selama masa kehamilan!!

Ibu mengandung yang mengalami masalah alahan akan mudah menghadapi masalah letih badan, tidak bermaya dan lembik. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh ibu mengandung berkurang sedangkan nutrisi-nutrisi penting dikongsi bersama janin yang sedang pesat berkembang di dalam rahim. Oleh itu, sangat penting bagi ibu mengandung yang mengalami masalah mual-mual dan muntah ini mengatasinya secara berperingkat supaya kesihatan kedua ibu dan janin terpelihara dan janin dalam membesar dengan sempurna.

.::TIPS ATASI MUAL IBU MENGANDUNG::.

Berikut adalah antara cara dan tips untuk mengatasi  masalah alahan ketika mengandung; mual atau muntah ini antaranya adalah:

1. Makan dengan kerap, tetapi dalam jumlah yang sedikit
2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3. Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa
4. Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein kerana hal itu boleh menambahkan rasa loya
5. Jangan ambil jeruk atau asam kerana bahan itu mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6. Jika masalah berterusan, ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin. 

Tetapi, sebelum mengambil ubat tersebut, eloklah mommies mendapatkan nasihat pakar doktor dahulu. Ini kerana, Ummi pernah mengambil ubat tahan muntah sehingga menyebabkan komplikasi seperti otot tidak dapat dikawal sehingga mengakibatkan masalah yang lebih serius! Takut saja kalau-kalau ubat tahan muntah ini akan memberi kesan kepada janin secara langsung atau tidak langsung. Hati-hati itu amat penting!!!

Untuk mengatasi masalah alahan ibu mengandung dengan vitamin dan suplemen semulajadi tanpa dadah dan selamat untuk ibu dan janin, ibu mengandung boleh mencuba vitamin dan suplemen Shaklee; antaranya:-

Peppermint Ginger: peppermint ginger sangat efektif dalam membantu mengatasi masalah alahan seperti mual-mual dan muntah ibu mengandungi. Halia Shaklee  ini selamat dikonsumsi ibu mengandung kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi sahaja tanpa dadah dan bahan kimia berbahaya!!

 

Performance Drink: minuman bertenaga yang sangat berkhasiat, membekalkan tenaga berpanjangan buat ibu mengandung, mengelakkan dehidrasi akibat muntah, loya, tidak lalu makan dan minum.


Selain itu, set mengandung/hamil Shaklee amat sangat disyorkan untuk diambil oleh ibu mengandung untuk memastikan pertumbuhan yang optimum untuk janin dalam rahim dan mengekalkan kesihatan ibu mengandung.


Ingat, cabaran ibu mengandung terutama yang menghadapi masalah alahan loya, muntah dan mual-mual sebenarnya dapat diatasi dengan pengambilan makanan dan makanan tambahan yang sesuai, selamat, halal dan berkesan ini. Pengalaman mengandungi ibu hamil akan mommies hadapi dengan lebih selesa, lebih ceria dan lebih sihat insyaAllah!!!

Untuk pesanan set mengandung atau set hamil Shaklee, boleh hubungi Ummi terus seperti talian di bawah. Konsultasi sepanjang kehamilan dan selepas bersalin akan diberikan serta-merta insyaAllah!! Dan COD bagi area Gombak, Taman Melati, Batu Caves Ummi sediakan untuk pelanggan terhormat Ummi!! 

iR Iffah Azhar, SID #929407
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...