Monday, November 3, 2014

Kita adalah DUTA kepada agama kita

Assalamualaikum semua,

Tahun ini Allah beri kesempatan kepada Ummi untuk melawat dua buah negara bukan Islam. Kedua-dua negara adalah negara maju yang banyak “strict rules and regulation” yang kami harus ikuti, baik di tempat penginapan, di jalanraya dan sebagainya.

Pada awalnya Ummi sendiri rasa risau dan takut untuk ke negara bukan Islam. Apa persepsi mereka? Apa reaksi mereka terhadap kita nanti? Ini kali pertama setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke negara bukan Islam. Memang terasa amat kekok berada di sana, namun sebagai seorang Muslim, walau di mana sahaja kita berada, kita adalah Duta kepada agama kita. Apa saja yang kita lakukan, ia mencerminkan agama kita!

Di Immigration 

Ketika kami hendak keluar dari negara bukan Islam yang pertama itu, kami pun tahu bahawa air tidak boleh dibawa masuk ke dalam kawasan pelepasan. Pada ketika itu kami bawa juga (mencuba nasib) kerana ada anak kecil, kami bawa sebotol susu fresh yang sudahpun dibuka dan sebotol air mineral. Dengan lembut saja pak kastam yang jaga tu tanya, “you all together as a family?” dan terus kedua-dua air tersebut lepas! Dia considerate kami bawa anak kecil dan tak ada sesi selidik ke apa, walaupun kita ni pakai tutup liput (tutup aurat la kan).

Di negara kedua pun sama, ada satu beg handcarry yang kami letak barang baby. Dia tak selongkar langsung beg tersebut kerana dia tahu itu barang baby, pasti ada je cecair seperti sabun, lotion dan sebagainya.


Immigration di Malaysia? Maaflah bukan ingin memburukkan negara sendiri. Tapi marilah kita belajar dari kesilapan! Semasa kami ingin ke negara kedua, kami kecoh-kecoh baru buka puasa dan sedikit terlambat untuk boarding. Air mineral yang airnya tidak sampai separuh itu kami terlupa kami selit dalam beg.  Dengan terkejar-kejar, dengan tolak stroller, siap dengan nada peril pak kastam menegur kami “ni (air) kamu nak minum ke nak kami buang?” Bahasanya ya Allah!

Di immigration ketika masuk ke negara sendiri juga berlaku satu insiden di mana kami beratur di lane “Malaysian Passport” (tak pakai autogate sebab ada baby), datang seorang bukan warga kita.. terus diherdik mak immigresen yang bertudung, “what you want? This (lane) for Malaysian, can’t you read?” sambil bagi isyarat pada papan yang tertulis Malaysian Passport itu.

Bukankan Islam mengajar kita berbudi bahasa? Malah bukankah Melayu itu lembut bahasanya? Hohoho …

Kebersihan tandas


Kedua-dua negara bukan Islam yang kami lawat, tandasnya tiada paip air kecuali di sinki luar cubicle. Jadi kebiasaannya kami akan bawa botol air kosong, isi dulu air dari sinki untuk cebok, dan juga guna tisu yang disediakan.


Rata-rata tandas mereka bersih! Dan tiada tisu satu pun yang dibuang merata-rata. Nasihat mama Ummi, selepas gunakan tandas, pastikan kita bersihkan sedikit permukaan mangkuk tandas supaya tidak meninggalkan kotoran. Jangan tinggalkan botol di dalam tandas. Clean it up!

Kebersihan di restoran 

Ada beberapa restoran yang kami dapati halal makanannya seperti Nandos. Setelah selesai makan, encik Zauj akan mengemaskan meja, satukan pinggan dan lap sedikit meja. Senanglah pekerja restoran itu! Haha.

Kata encik Zauj, kita tunjukkan akhlak terbaik. Islam ajarkan kebersihan. Kalau kita tinggalkan meja kotor dan berselerak, macamana kita nak tunjukkan keindahan Islam pada orang lain?

Kebersihan di bilik penginapan


Rata-rata di tempat penginapan sepanjang Ummi berada di sana meletakkan peraturan di mana bilik yang ditinggalkan selepas check-out haruslah kemas, alatan seperti pinggan cawan harus bersih, katil kemas.. kalau tidak, ada caj yang akan dikenakan.

Ini pesan mama Ummi, walaupun kita di Malaysia ke, di mana-mana, walaupun tiada peraturan seperti di atas, haruslah kita meninggalkan tempat kita menginap itu bersih! Tarik sikit alas katil, kemaskan meja dan sebagainya.

Biasanya lah kan, kita rasa, “ah, aku dok hotel.. biarlah orang hotel yang buat, itu kerja dia bukan kita”. Tapi bukankah Islam mengajar kebersihan, baik siapa-siapa punya kerja, betul tak?


Akhlak sesama manusia


Islam sangat menitikberatkan akhlak, baik sesama manusia, kepada haiwan dan alam ini. Jika kita menunjukkan akhlak yang buruk, atau sombong, atau kasar bahasanya, di mana ruang kita ingin menunjukkan keindahan Islam?

Kadang-kadang kita menggunakan bahasa kasar, atau isyarat marah, atau sombong tidak murah senyuman untuk menunjukkan yang kita betul (dalam satu-satu insiden). Namun, begitukah caranya?

Di negara pertama meletakkan peraturan di mana kita tidak boleh memukul anak kita walau sedikitpun. Ter”tap” bahu anak kita sikit pun boleh ditangkap walaupun anak kita salah. Ada pesan buat Ummi sebelum ke sana, “hati-hati, jangan terpukul anak kita, undang-undang mereka tak bagi kita berbuat begitu”.

Memang agak sukar untuk kita praktikkan kerana biasalah kalau terpukul sikit kan, nak tegur anak. Kadang-kadang ia sudah menjadi reflex act sudah!

Namun, bukankah yang paling lembut terhadap anak-anak ialah Rasulullah S.A.W? Begitu sayangnya Baginda terhadap anak-anak.

Kadang-kadang malu dengan diri sendiri, dan malu dengan orang Islam jika tidak menunjukkan akhlak yang baik. Islam sangat-sangat menitikberatkan akhlak, dan ia sepatutnya menjadi niche untuk mengajak non-Muslim mengenali Islam. Tetapi, jika……….

Kita adalah duta kepada agama kita. Marilah kita bermuhasabah. Dalam setiap ketika, di mana jua, cerminkan agama indah ini kepada sesiapa sahaja. Baik dari segi bahasa, akhlak, kebersihan mahupun dari segi mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Dakwah bil haal ini adalah satu cabang yang penting untuk kita memperbaiki diri dan mencerminkan kebaikan Islam kepada orang lain insyaAllah!!

Moga-moga Allah memperbaiki diri kita, akhlak kita, kepekaan kita terhadap ini semua insyaAllah.

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



2 comments:

  1. kita sering lupa tapi itu pelru amalkan ya tak heee..tapi kalau sibuk itu jaid lupa harap jangan begitu ya

    ReplyDelete
  2. kena selalu ingatlah Suri, kita adalah cerminan agama kita. sebarkan keindahan Islam. dapat pahala juga!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...