Wednesday, November 12, 2014

Kelas pemasaran online (internet marketing) harga murah tapi HEBAT

Assalamualaikum semua,

Perniagaan online sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Pengguna memilih untuk membeli online barangan yang mereka sukai dan ingini. Manakala sudah ramai penjual memilih pemasaran online untuk menjual produk mereka. Produk yang pelbagai, daripada baju, tudung, produk kesihatan.. sehinggalah ke JERUK ASAM BOI pun ada!! Perniagaan online sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Semakin ramai penjual online, bermakna semakin sengit persaingan antara penjual. Pengguna pula, akan memilih faktor berbeza untuk menentukan dengan penjual online mana mereka membuat pembelian. Harga murah adalah antara faktornya, namun banyak lagi faktor tip top dan lagi mantopp berbanding “harga murah dia jual”  menjadikan pengguna ingin membeli dengan anda!

Kelas Pemasaran Online

Disebabkan persaingan yang tinggi antara penjual online, ilmu pemasaran internet (online marketing) merupakan satu asset yang berharga untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh penjual online. Internet marketing termasuklah cara pemasaran di blog, cara penulisan di facebook, copywriting, seo, buffer, email marketing. Fuhh, banyaknya!!




Disebabkan itu juga, banyak kelas-kelas pemasaran online (internet marketing)  telah diadakan oleh pelbagai pihak, bertujuan untuk membantu penjual online , seperti anda, meningkatkan mutu pemasaran online sekaligus menaikkan sales mereka.

Kelas pemasaran online seperti ini adalah sangat berharga sehingga harga untuk mengikuti kelas ini boleh mencecah ribuan ringgit! Namun, ada juga kelas internet marketing yang lebih murah, harganya dalam ratusan sahaja.

Seminar Mega ASB 2014 

Geng ASB dari group iReach dengan bangganya membuka kelas/seminar/support group untuk menampung pembelajaran internet marketing  kepada semua ahli iReach dengan harga yang sangat berpatutan dan lebih murah berbanding kelas pemasaran online yang lain.

Kelas dan seminar internet marketing dari geng ASB ini adalah EXCLUSIVE untuk ahli iReach sahaja. Satu seminar mega ASB telah diadakan minggu lepas dan ia adalah kelas “hands-on” iaitu kelas praktikal. Para peserta terus mempraktikkan apa yang mereka pelajari, sekaligus terserlahlah pemasaran online mereka di blog, facebook dan sebagainya. Jom usha sekitar seminar pemasaran geng ASB ini…


Istimewanya seminar dua hari ini, telah didatangkan beberapa pakar pemasaran online; ada di antara mereka memang penguasaha kelas pemasaran online, alumni kelas Dr Azizan Osman, dan tidak ketinggalan Jutawan yang telahpun berjaya membuat sales berjuta-juta sehingga mendapat keuntungan berjuta-juta!! Mereka bergabung berkongsi ilmu dan rahsia mereka menjalani perniagaan online.

Hebatnya lagi, kebiasaan bila individu-individu hebat begini bergabung, pasti harga 2-hari seminar nilainya tinggi seterusnya harga kelas yang mahal. Tetapi???

Harga kelas pemasaran online geng ASB ?? Murahnyaa!




Suasana sekitar kelas pemasaran online geng ASB pada 1&2 November 2014..




Hebatlah bapa ni! sambil dodoi anak sambil praktikal internet marketing!


mak bapak kat dalam berseminar, anak-anak berseminar di luar! ahaks..


Bukan setakat membuka kelas, geng ASB telah membuat follow-up group di WhatsApp, exclusive untuk mereka yang join pada hari itu! Memang super praktikal!

iReach Family Shaklee

Begitu hebat geng ASB dari group iReach Shaklee ni, giat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan peserta kelas pemasaran online mereka. Sedihnya, kelas ini exclusive HANYA TERBUKA untuk ahli iReach sahaja!!

Apakah itu group iReach?


Group iReach ialah sebuah kumpulan/jaringan Shaklee yang dikelola oleh P.Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Di bawah group ini telah lahir berpuluh-puluh lagi master Shaklee, berates-ratus bakal master Shaklee, beribu-ribu ahli SID yang giat berbisnes dan juga beribu-ribu ahli Shaklee yang sekadar untuk makan sendiri.



Kenapa group iReach?


Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar telah berjaya membuat berjuta-juta sales sehingga mereka naik Master Shaklee dengan majority sales mereka adalah dari pemasaran online! Ketika mereka naik menjadi master, orang-orang sepejabat mereka tidak tahu menahu mereka adalah pengedar Shaklee. Hebat kan?

Istimewanya pasangan suami isteri ini, mereka tidak tamakkan harta dan ilmu. Banyak ilmu yang mereka pelajari, pengalaman yang mereka lalui mereka curahkan kepada downline mereka. Oleh sebab itu, terjadilah banyak program-program, kelas-kelas, seminar-seminar, webinar-webinar bertujuan untuk membantu downline anak-cucu mereka untuk maju dan lebih maju dari mereka. Seperti yang disebut di atas, selain kelas pemasaran online geng ASB, antara aktiviti-aktiviti group iReach ialah:-

Solaris PRO


Sebuah support group khas untuk ahli iReach yang ingin berbisnes secara online. Banyak ilmu pemasaran online dikongsikan di sini. Tips and tricks pemasaran online semua dibincangkan di sini bersama ahli iReach yang hebat.

Email Exclusive iReach Family


Selain pendekatan group di fb, ahli iReach akan mendapat ilmu, info terkini, tips and tricks melalui email. Nak baca email masa breakfast/lunch ke, masa dah berbaring nak tidur ke, asalkan jangan baca sambil driving ye!

Jom Hebat


Satu lagi aktiviti bertujuan menambahkan ilmu, meningkatkan motivasi, perkongsian tips and tricks, dan inilah masa nak mengondeng bergambar bersama master hebat Akacan Master Lyna Noh!


haa.. ni la mommy Lyna! bergambar bersama mommy di gathering menjadi satu aktiviti wajib bagi kami anak cucu beliau. sedut aura!!




Webinar






Anda tidak dapat ke kelas pemasaran online kerana duduk di gunung Cameron sedangkan kelas internet marketing ni biasanya diadakan di KL, Putrajaya atau jauh dari rumah anda? Jangan risau, asalkan anda ada internet, laptop/smartphone, seminar secara online kami adakan secara berkala! Dan ia adalah PERCUMA!!

Yang bestnya, sambil lipat kain pun boleh dengar webinar, sambil tidurkan anak ke, sambil basuh pinggan ke.. WAHM laa katakan!



Gathering iReach




Ketuk-ketuk iReach laa, potluck gathering sebelum health&wealth talk laa, entah mana-mana lagi mereka ni suka berkumpul!

Meet the Nutritionist


Exclusive untuk ahli iReach, Master Lyba telah bawakan Nutritionist terlatih dari Shaklee untuk menerangkan dengan mendalam tentang tubuh manusia, nutrition dan Shaklee.

Begitulah giat aktifnya group iReach ini. Setiap bulan ada sahaja perjumpaan, dan akan datang ialah di Ipoh, Perak insyaAllah. Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai kelas pemasaran online yang insyaAllah akan diadakan lagi beberapa hari sahaja. 

Anda bukan ahli iReach? Apa tunggu lagi.. hubungi kami untuk mendaftar ahli Shaklee di bawah naungan iReach dan anda bakal menikmati banyak program dan aktiviti bagi membantu perniagaan online anda! Lagi lambat anda join gruup kami, lagi banyaaakkk anda terpaksa miss aktiviti dan program menarik kami!Hubungi Ummi seperti di bawah:-

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



4 comments:

  1. Ramai sekarang yang sudi melabur untuk ilmu buat duit online ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tak rugi melabur sedikit untuk menimba ilmu. akhirnya akan balik modal pun. Alhamdulillah!

      Delete
  2. Pasti banyak ilmu yang dapat dipelajari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, begitulah nampak gayanya. daripada tak tahu internet marketing langsung.. sehinggalah dapat tarik trafik, dapat sales.. Alhamdulillah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...