Sunday, June 8, 2014

Diari BKMP 2014 - "Putus Asa"

Pejam celik pejam celik, dah sebulan dah berada di bumi Qatar ni. Apabila menjejakkan kaki ke rumah ini sebulan yang lalu, banyak kenangan berlegar2 difikiran.


Rumah berbilik empat ini, setiap bilik mempunyai kenangannya masing-masing. Bilik yang paling belakang; bilik pertama Ummi duduk bersama satu-satunya adik perempuan Ummi, Aliya. Bilik Master pula telah menjadi bilik pengantin, kenangan manis laa kan. Ehemm ehemm... Bilik tengah pula selepas sebulan kawin tu, pindah bilik tengah. Bilik depan.. banyak kenangan semasa belajar di uni. Salah satunya lah Ummi nak kongsi di sini.

Bilik depan ni, katilnya bertilamkan dua tilam empuk tanpa tiang katil, tempat Ummi banyak merenung, berangan, berfikir tentang assignment dan macam-macam lagi.

Satu ketika, di tahun ketiga (ada lagi setahun utk habis belajar), Ummi ambil satu subjek namanya "World Religious Thought" dan dalam Arabnya " Al-Fikru Ad-Deen Al-'Alami.

Subjek ini awalnya sepatutnya diajar di dalam bahasa Inggeris. Tetapi disebabkan ramai studentnya orang Arab dan subjek ini di bawah fakulti syari’ah, terpaksalah ia diajar dalam bahasa Arab. Awal-awal masuk kelas ni pun dah stress. Serious nak kata, satu apa yang cikgu terangkan kat depan pun tak faham. Resource dalam bahasa Arab pun kurang. Bayangkan cikgu dok bum bang bum bang kat depan tentang globalisasi, liberalisasi, sekularisasi dan orientalis dalam bahasa Arab. Allah!!! Masuk kelas ok lagi laa, dengar je apa cikgu cakap walaupun tak faham. Assignment pula cikgu bagi peluang cari English resources dan tulis dalam bahasa Inggeris. Tetapi, bila tiba midterm exam, memang menggelabah. Bahan yang cikgu suruh baca tu memang berat bahasa dan isinya. Nak minta kawan tolong translate kan pun mereka tak reti.

Nangis!! Memang nangis. Tension sangat-sangat masa tu. Sampaikan satu masa, tengah baring atas tilam empuk tu.. menitik air mata. Sambil terdetik dalam hati, “I wanna quit!! No matter what, I just wanna quit!!” tak apa lah, nanti boleh buat Islamic Studies online ke apa, nak berhenti! Tak larat dah!!. Tetapi fikiran pula membantah, “come on lah, setahun je lagi, then that’s it! You’re done!! Takkan nak give up tiga tahun yang dah berlalu ni?” berperang diri ini buat seketika. Masa tu memang tak ambil pun midterm exam sebab demam disebabkan stress sangat2!


Tetapi akhirnya gagahkan juga, midterm exam buat lambat sikit, exam final buat betul2. Dan nak tahu?? Ummi seorang je dalam kelas yang dapat A dalam subjek ni!!! Memang masa dapat result tu, rasa puas hatinya tak dapat digambarkan. Puas hati kerana tak give up, puas hati kerana tak ikutkan hati! Berbekalkan sedikit semangat walaupun sudah dijurang, hampir terjatuh, akhirnya sampai ke puncak kecemerlangan! Bayangkan masa midterm tu dah putus asa, bayangkan masa tu dah give up dan quit belajar... apa akan jadi sekarang ini? Huh!


Dan Alhamdulillah, itu tiga tahun yang lalu. Kini Ummi sudahpun tamat belajar dan ada komitment lainnya. Dan pengajaran ini Ummi jadikan supaya Ummi tidak berputus asa dalam apa yang Ummi usahakan, iaitu berjaya menjadi SuperWAHM yang hebat! Ummi ingin berjaya dalam bisnes yang Ummi ceburi. Ummi percaya Ummi boleh berjaya kerana Ummi minat, suka dan sayang apa yang Ummi buat sekarang ini.

Jadi, harapan Ummi, kepada anda yang membaca, jangan cepat putus asa. Memang banyak pilihan diluar sana, tetapi jangan terlalu mudah untuk swing dari satu ke satu pilihan kerana akhirnya yang ni gagal, yang itupun akan gagal juga.

Salam motivasi Isnin anda semua!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...