Monday, June 2, 2014

17 faktor yang boleh menyebabkan susu badan berkurang, merundum atau kering.

Assalamualaikum mommies semua,

Hari ini Ummi ingin berkongsi ilmu tentang penyusuan badan iaitu faktor-faktor atau punca susu badan mommies berkurang atau merundum. Kebanyakkan faktor-faktor ini boleh dielakkan atau kita boleh mengambil langkah alternatif (seperti tidak minum air sejuk atau berais dan sebagainya).


Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat apakah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu badan kita berkurang

  1. Faktor utama – tidak menyusukan bayi (atau pam) sekerap mungkin. Mommies harus memahami konsep demand-and-supply, boleh baca di sini
  2. Tidak mula menyusukan seawall mungkin (sejurus bayi lahir).
  3. Mengambil ubat-ubatan tertentu.
  4. Stress (badan mahupun fikiran).
  5. Badan sentiasa letih dan lesu.
  6. Mommy kurang rehat.
  7. Jatuh sakit, atau mendapat jangkitan virus/bakteria.
  8. Datang period bulanan.
  9. Pernah menjalani pembedahan payudara.
  10. Kelahiran pramatang
  11. Mommy yang obesity.
  12. Mommy yang mengidap diabetes.
  13. Pengambilan kafein.
  14. Pengambilan pil perancang.
  15. Pengambilan diet yang tidak seimbang.
  16. Mengandung/hamil semula.
  17. Kurang minum air.


Ini adalah antara faktor-faktor atau punca kenapa susu badan atau susu ibu boleh berkurang. Nasihat Ummi, jadual pam wajib dipatuhi untuk mengekalkan pengeluaran susu, dan juga wajib minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Haaaa… selain itu, boleh cuba elakkan daripada “terjebak” dengan faktor-faktor di atas. Dapatkan tidur yang cukup, jangan stress, makanlah makanan yang seimbang dan jangan berdiet! Oh ya, untuk cadangan makanan superb yang dapat menambahkan susu badan, boleh baca di sini ye ==> Makanan Superb Untuk Tambah Susu Ibu

Semoga entri kali ini bermanfaat buat mommies. Jangan putus harapan! Ummi percaya mommies juga boleh berjaya menyempurnakan penyusuan selama dua tahun seperti Ummi juga. Chaiyyok chaiyyok!!!

Jika mommies ada menghadapi masalah penyusuan, boleh hubungi Ummi dan kita sembang-sembang :)

iR Iffah Azhar, SID No. 929407
WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...