Pejam celik pejam celik, dah sebulan dah berada di bumi Qatar
ni. Apabila menjejakkan kaki ke rumah ini sebulan yang lalu, banyak kenangan
berlegar2 difikiran.
Rumah berbilik empat ini, setiap bilik mempunyai kenangannya
masing-masing. Bilik yang paling belakang; bilik pertama Ummi duduk bersama
satu-satunya adik perempuan Ummi, Aliya. Bilik Master pula telah menjadi bilik
pengantin, kenangan manis laa kan. Ehemm ehemm... Bilik tengah pula selepas
sebulan kawin tu, pindah bilik tengah. Bilik depan.. banyak kenangan semasa
belajar di uni. Salah satunya lah Ummi nak kongsi di sini.
Bilik depan ni, katilnya bertilamkan dua tilam empuk tanpa
tiang katil, tempat Ummi banyak merenung, berangan, berfikir tentang assignment
dan macam-macam lagi.
Satu ketika, di tahun ketiga (ada lagi setahun utk habis
belajar), Ummi ambil satu subjek namanya "World Religious Thought"
dan dalam Arabnya " Al-Fikru Ad-Deen Al-'Alami.
Subjek ini awalnya sepatutnya diajar di dalam bahasa
Inggeris. Tetapi disebabkan ramai studentnya orang Arab dan subjek ini di bawah
fakulti syari’ah, terpaksalah ia diajar dalam bahasa Arab. Awal-awal masuk
kelas ni pun dah stress. Serious nak kata, satu apa yang cikgu terangkan kat
depan pun tak faham. Resource dalam bahasa Arab pun kurang. Bayangkan cikgu dok
bum bang bum bang kat depan tentang globalisasi, liberalisasi, sekularisasi dan
orientalis dalam bahasa Arab. Allah!!! Masuk kelas ok lagi laa, dengar je apa
cikgu cakap walaupun tak faham. Assignment pula cikgu bagi peluang cari English
resources dan tulis dalam bahasa Inggeris. Tetapi, bila tiba midterm exam,
memang menggelabah. Bahan yang cikgu suruh baca tu memang berat bahasa dan
isinya. Nak minta kawan tolong translate kan pun mereka tak reti.
Nangis!! Memang nangis. Tension sangat-sangat masa tu. Sampaikan
satu masa, tengah baring atas tilam empuk tu.. menitik air mata. Sambil terdetik
dalam hati, “I wanna quit!! No matter what, I just wanna quit!!” tak apa lah,
nanti boleh buat Islamic Studies online ke apa, nak berhenti! Tak larat dah!!. Tetapi
fikiran pula membantah, “come on lah, setahun je lagi, then that’s it! You’re
done!! Takkan nak give up tiga tahun yang dah berlalu ni?” berperang diri ini
buat seketika. Masa tu memang tak ambil pun midterm exam sebab demam disebabkan
stress sangat2!
Tetapi akhirnya gagahkan juga, midterm exam buat lambat sikit, exam final buat betul2. Dan nak tahu?? Ummi seorang je dalam kelas yang dapat A dalam subjek ni!!! Memang masa dapat result tu, rasa puas hatinya tak dapat digambarkan. Puas hati kerana tak give up, puas hati kerana tak ikutkan hati! Berbekalkan sedikit semangat walaupun sudah dijurang, hampir terjatuh, akhirnya sampai ke puncak kecemerlangan! Bayangkan masa midterm tu dah putus asa, bayangkan masa tu dah give up dan quit belajar... apa akan jadi sekarang ini? Huh!
Dan Alhamdulillah, itu tiga tahun yang lalu. Kini Ummi
sudahpun tamat belajar dan ada komitment lainnya. Dan pengajaran ini Ummi
jadikan supaya Ummi tidak berputus asa dalam apa yang Ummi usahakan, iaitu
berjaya menjadi SuperWAHM yang hebat! Ummi ingin berjaya dalam bisnes yang Ummi
ceburi. Ummi percaya Ummi boleh berjaya kerana Ummi minat, suka dan sayang apa
yang Ummi buat sekarang ini.
Jadi, harapan Ummi, kepada anda yang membaca, jangan cepat
putus asa. Memang banyak pilihan diluar sana, tetapi jangan terlalu mudah untuk
swing dari satu ke satu pilihan kerana akhirnya yang ni gagal, yang itupun akan
gagal juga.
Salam motivasi Isnin anda semua!
No comments:
Post a Comment